Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Saturday, October 21, 2006

Selamat Hari Raya



SALAM SYAWAL 1427H
dari
AS SYRAMY
(ASHRAF),
NIE,
SYIFA',
MU'EIZ,
MUNZIR
dan
SOFEA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Friday, October 13, 2006

Artikel di "sinar Harian",6 Okt.2006,hal.29

PENULIS
MUDA BOLEH BERKARYA MENERUSI SIBER
Oleh : As Syramy




Penulis muda, siapakah mereka? Mengikut fahaman saya, penulis muda yang
dimaksudkan dalam persada penulisan atau sastera tanahair ialah penulis-penulis
yang berusia muda remaja walaupun karyanya matang seperti Fahd Razy, Nimoizty,
Ghafirah Idris, Ida Munira, Hafez Iftiqar, Amir Mukhriz dan lain-lain. Satu lagi
golongan yang boleh dipanggil penulis muda ialah penulis yang baru menceburkan
diri dengan serius dalam bidang ini atau baru menempatkan nama di arena sastera
walaupun usia mereka agak lewat contohnya seperti saya
sendiri.



MEMASARKAN ATAU MENGETENGAHKAN




Minggu lalu, Saudari Zanazanzaly ada mencadangkan tiga kaedah untuk
diaplikasikan dalam usaha memasarkan, mengkomersialkan atau mengetengahkan karya
iaitu beliau mencadangkan agar penulis
menitikberatkan sikap dan penampilan mereka untuk mengelakkan daripada
dianggap “cakap tak serupa bikin”.Cadangan kedua beliau supaya penulis mempunyai
komukasi sugestif yang bisa menarik khalayak membaca karya mereka dan ketiga
supaya karya yang dihasilkan adalah kreatif dan menarik.




Cadangan beliau adalah untuk menjadikan karya kita menarik perhatian dan
dibaca atau dibeli, tetapi untuk tersiar di akhbar atau majalah, adakah hanya
tiga perkara tersebut sahaja yang perlu? Jikapun digariskan berpuluh kriteria
atau garis panduan, kuasa penyiaran dan pemilihan karya adalah hak mutlak editor
sastera atau akhir sekali ketua pengarang sesuatu akhbar dan
majalah.



KECEWA DAN PUTUS
ASA




Masalah yang dihadapi oleh penulis baru dan belum ternama seperti saya
ialah karya yang “ditong sampahkan” oleh editor akhbar dan majalah. Jika diminta
resepi atau petua dari penulis mapan, jawapan klise dari mereka adalah tulis,
tulis, tulis dan hantar, hantar, hantar. Tetapi sejauhmanakah kesabaran dapat
bertakhta jika hampir beratus karya dihantar dan telah bertahun menunggu, namun
tidak satu pun tersiar?




Akhir sekali , kecewa mula menghantui diri dan putus asa mula melanda,
maka secara tidak langsung sebutir bintang yang wujud di angkasa tidak bisa
mengerdip. Tidak berkerdipan kerana tidak berbakat, mungkin boleh kita maafkan.
Tetapi jika kerana tidak diberi peluang, maka kita telah mensia-siakan masa
depan penulis dan mencantas tunas yang bakal menyinar di persada
sastera.



WADAH ALTERNATIF




Wahai penulis-penulis muda dan baru, andainya anda telah mengalami
peristiwa yang saya sebutkan dan
rasa kecewa serta putus asa hampir mencengkam anda, di sini saya mohon cadangkan
satu wadah alternatif untuk penyiaran karya anda. Mahukah
anda?




Wadah alternatif yang saya maksudkan adalah tidak lain dan tidak bukan
daripada sastera siber, sastera siber yang saya maksudkan pula adalah tidak lain
dan tidak bukan sebuah portal besar yang mengandungi lapan belas ( 18 )
komuniti.



Portal tersebut ialah laman esastera.com yang boleh dicapai melalui
www.esastera.com. Laman
atau portal ini mengandungi 18 komuniti lain yang meliputi pelbagai genre
sastera seperti berikut :

















































































Bilangan


Komuniti


Pentadbir/ Administrator


1.


Penyair


Drirwan


2.


Akademi


Belum
ditentukan


3.


Berita dan Bicara Sastera


Dahrie


4.


Cerpenis


Abdillatip


5.


Dramatis


Kablam22


6.


Haiku dan Tanka


Lelahiro


7.


Lagu
Puisi


Gitartong


8.


Madah


Anbakri


9.


Novelis


Saleha Ahmad


10.


Pantun


Tintasukma


11.


Poets


Airmas_SZ


12.


Profil


Fahdrazy


13.


Resensi


Amir
Mukhriz


14.


Sajen ( Sajak Jenaka )


Hasimah


15.


Sastera Sains


Hafeziftiqar


16.


Sastera Tradisional


Ramy0722


17.


Teka-Teki


Nimozty


18.


Tunas Karya


Ilhami



DAFTAR AHLI




Sebaik sahaja anda berjaya mencapai
www.esastera.com dan masuk
ke entri hadapannya, anda boleh terus ke komuniti dengan meng”klik” butang
Penyair untuk Bahasa Melayu atau Poets untuk Bahasa Inggeris di sebelah kiri
laman entri. Bila sahaja andai gapai komuniti tersebut, andai akan lihat
kata-kata aluan dan borang login. Jika anda belum menjadi ahli, anda perlu
mendaftar dengan menekan perkataan “DAFTAR” dan mengisi borang ahli.




Setelah anda mendaftar sebagai ahli esastera.com, anda boleh menyiarkan
karya anda tanpa tapisan pentadbir selagi karya anda tidak bersifat lucah,
fanatik kepartaian yang melampau atau menyentuh sentimen peribadi, bangsa atau
agama yang sensitif. Anda juga bebas membaca karya orang lain di
komuniti-komuniti tersebut untuk belajar.



KEISTIMEWAAN




Esastera.com berbeza dengan laman-laman berkarya yang lain atau dengan
blog-blog peribadi ialah dari segi interaktifnya. Apabila karya anda tersiar,
anda akan dapati karya anda dikomen di ruangan komen di bawah karya anda. Bahkan
kadang-kadang karya anda telah dikomen sebelum sempat anda melihat semula kali
kedua karya anda. Ya, memang secepat itu, jika anda bernasib baik, karya anda
akan diulas oleh penulis-penulis mapan dan prolifik di esastera.com. Atau jika
anda lebih berani, anda boleh meminta agar karya anda diulas oleh
pengulas-pengulas prolifik di esastera.com.



Keistimewaan lain, karya-karya anda di esastera.com juga boleh dihantar
secara multimedia interaktif. Anda bileh memasukkan gambar bersama karya anda,
dihiasi dengan “flash media”, dimasukkan latar muzik bahkan boleh dimasukkan
suara anda membaca atau mendeklamasi karya anda.



TERKENAL ATAU POPULAR




Penyiaran karya di sesuatu wadah pastinya kita mengharapkan akan menjadi
terkenal atau popular. Ramai yang menganggap karya yang tersiar di alam siber
adalah syok sendiri dan tidak popular, benarkah? Jika di esastera.com, perkara
ini tidak benar, kenapa? Jawapannya kerana esastera.com telah mempunyai lebih
dua ribu ( 2,000 ) ahli berdaftar yang aktif di seluruh dunia. Ya, seluruh
dunia, di esaster.com ada ahli dari Amerika Syarikat, England, Ireland,
Australia, Mesir, Jordan,Jepun, Singapura, Indonesia, Brunei dan dari
seluruh pelusuk tanahair.



Dengan dua ribu khalayak, tidakkah ia sama dengar khalayak yang membaca
ruangan sastera di akhbar atau di majalah-majalah? Jadi, dengan berkarya di
esastera.com, anda menjadi sama popularnya dengan mereka yang karyanya tersiar
di akhbar atau majalah. Apa ditunggu lagi, ayuh !! Marilah kita sama-sama
berkarya dan belajar di esastera.com.

Tuesday, October 03, 2006

Sajak Tersiar






















Sajak Tersiar

KAU DATANG LAGI

Seperti semusim lalu
kaudatang lagi
mengengsot
purnama demi purnama
menggendong
rahmat
maghfirah
bebas neraka.

Kau datang lagi
hulur ganjaran
di lapar dahaga
di bau mulut seharum kesturi
di lewat sahur
di cepat berbuka
di manis juadah
di solat Terawih.

Kau datang lagi
kunjungi kami tanpa jemu
ahlan wa sahlan wa marhaban
ya Ramadan.


AS SYRAMY
Pasir Mas, 24 2311H Sept 2006.

Tersiar di
BERITA MINGGU, Ahad, 01 Okt.2006

Kita Serupa Mereka




Tadi kau bertanya
tiadakah di hatimu
secebis simpati
pada saudara yang bermandi hanyir darah
pada teman yang
berirama rakus peluru
pada sahabat yang kering airmatanya
di tengah percaturan politik badan dunia
disambut tawa-hilai musuh durjana?




Simpati?
sekadar simpati kauhamburkan kata
sekadar simpati kau hulurkan dirham
sekadar simpati kau cerca sang celaka
sekadar itukah?




Di lubuk rasamu telanjang wanita mereka kau puja
di bibirmu menyala bara puntung neraka mereka
di lidahmu kumandang zikir syaitan ciptaan mereka
di rakus seleramu memamah dan menghirup hidangan mereka
tanda bencimu pada sang durjana?
tanda simpatimu pada saudara?




Padaku amarahmu menyala
kataku memang itu perangai mereka
tiada pincangnya
salahnya kita
janji mereka kita impi dikota
kata mereka kita percaya
sedang jelas telah disabda
sedang nyata firman KalamNya
mereka bangsa penuh murka
putar belit menyesatkan kita
di lurus pedoman takkan direda




Sampai bila simpati kita
sampai bila empati kita
sedang kata mereka ditelan seenaknya
sedang janji mereka digenggam seutuhnya
biarpun tahu mereka durjana
biarpun sedar mereka celaka
tidakkah kita menjadi durhaka?
tidakkah kita degilnya serupa?
jiwa kita sayangkan dunia
mati digeruni sepanjang masa
syahid dan jihad kita wasangka




-As Syramy
Pasir Mas,08 2300H Ogos 2006


Tersiar di majalah Dewan Agama dan Falsafah, Okt.2006