Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Thursday, July 28, 2005

Pantunku


Tongkah perahu mudik ke
hulu
dara termenung di hujung jeti
selangkah mahu
selidik ilmu
bicara ulung disemat ke
hati


Memburu
rusa di hutan dara
terjerat tenuk leher berbelang
terburu rasa syaitan
gembira
makrifat bukan jadi
penimbang


Mawar berduri hiasan sanggul
santun sunti lembut
bertingkah
sedar diri bukan terunggul
makin berilmu makin
merendah





-As Syramy

Pasir Mas, 25 0048H Julai
2005

Tuesday, July 26, 2005

Puisiku




Di rimbun tempat berteduh










Tunjang berpasak di bumi
lepas pucuk ke langit
sejak berzaman
Sunnah Ilahi










Melayu kita
tidak bertunjang
serabut akar merata
menyerap baja urea
menyerap segala najis
subur dedaun pancawarna
bukan lagi kita pepohon dulu










Kita kini diseru
tunjangkan banir berpasak budaya
seliratkan akar serata dunia
bina tamadun
junjung wawasan










Telah cemar jatidiri pepohon
ingin kita kembalikan hijau dedaun
ingin kita manis lazatkan rasa buahnya










Marilah kita indahkan
landskap masa depan
kembalikan hijau pepohon dan

manis lazat buahnya
semampunya


















-As Syramy
Pasir Mas,22 0000H Julai
2005
















Saturday, July 23, 2005

Sajen



Siapa Dia Selepas Daku


Siapa dia selepas daku
calon kau puja kepala desa
usah rahsiakan dariku


Siapa dia selepas daku
usah kau lobi habis berjuta
calonmu itu kupejam mata



Siapa dia selepas daku
pastilah ramai kelak kecewa
inilah trend politik kita


Siapa dia selepas daku
usah difikir serabutkan kepala
calonnya sudah kuada




Sejak kujadi orang nombor satu
tidak lagi kumati kutu
mudah aku untuk ditipu




Sejak kunaik di luar jangka
akan kubuat yang tidak disangka
biar cempedak menjadi nangka
biar ular lidi menjadi naga
biar biawak menjadi buaya




Aku di saat itu
hanya ketawa
hahahahahaha
padan muka










-As Syramy


Pasir Mas, 22 1140H Julai 2005

Wednesday, July 20, 2005

Ulasan sajak

Dua Wajah
di balik “wan-wan siber”karya abdullahjones





wan- wan siber
oleh
abdullahjones






aku ini angkasawan
yang terbang
di atas angin
aku melukis di kanvas siber,
nyaris saja sumbing
hidungku
yang dilanggar angin deras.
aku hanya turun ke bumi
untuk
berak,
kerana di surga tiada tempat
untuk ku buang
najisku.



untuk meor.





Assalamualaikum




Pendahuluan







Bukanlah saya orangnya yang layak mencoretkan sesuatu tentang sajak
penyair ini,abdullahjones atau lebih dikenali sebagai AJ adalah seorang penyair
mapan dan disegani di esastera.com.Hasil-hasil karya beliau mempunyai identiti
tersendiri dan unik,beliau seorang penulis yang berada di kelasnya
tersendiri.Namun oleh kerana sajak ini lari dari kebiasaan penulisan beliau yang
hanya rata-ratanya mengandungi tiga baris dan kalau banyak baris ianya ekonomis
pula pada perkataan,
ia berjaya menarik perhatian saya untuk mencoretkan sesuatu tentang sajak ini.







Izinkan saya untuk mengupas di nipis fahaman saya dari dalam selaut makna
yang ada pada sajak ini. Biarpun mungkin ulasan ini tidaklah ilmiah seperti
ulasan penulis terkenal di alam siber dan alam nyata iaitu Saudara Nik Mohd
Iznan Tuan Yaakub ( Nimoiz_ty), tetapi rasanya ia bolehlah disantap sebagai
makanan ringan atau pembasuh mulut sahaja. Itupun lebih dari cukup buat
saya.






Bentuk







Tajuk sajak ini “wan-wan siber” seperti kebanyakan sajak lain penulis ini
mengundang pembaca untuk menatapnya, ini juga satu lagi kelebihan penulis
ini.




Tajuk sajak ini mungkin diambil sempena baris pertama sajak yang jua
momentum bagi keseluruhan sajak iaitu angkasawan.





Sajak ini berbentuk bebas dan tidak terikat jika lihat kepada rima
hujungnya iaitu a,a,b,c,d,e,f,g,c pada sembilan barisnya.Dari segi bilangan
baris dan baitnya juga ia tidak terikat kepada mana-mana puisi tradisional
kerana hanya mempunyai satu bait dengan sembilan baris.
“kerana di surga tiada tempat” di baris kelapan mrupakan baris terpanjang dengan sebelas sukukata,manakala baris ketujuh “untuk berak” adalah baris terpendek dengan empat sukukata sahaja.







Tema







Lewat ulasan ini, seperti tajuk di atas, saya ingin melihat sajak ini dengan dua tema berlainan. Jika diselami sajak ini secara sepintas lalu sajak ini bernada melankoli iaitu tentang kekecewaan penulis yang enggan menghantar sajaknya kepada media.





Jika dilihat pada dedikasi penulis pada sajak ini dan jika kita meneliti
cerita penulis dan saudara meor, saya melihat sajak ini bertema kesufian dengan
nada keinsafan.









( i )










Ulasan versi pertama ini kita lihat kepada tema kekecewaan penulis kerana
karyanya tidak diterima media.








“aku ini angkasawan
yang terbang di atas angin
aku melukis di kanvas siber,”







Penulis pada tiga baris ini merasakan bahawa beliauadalah penulis yang
hebat, terkemuka yang karyanya cukup bermutu dan dinukilkannya di alam
siber.Beliau menggambarkan karya beliau “terbang di atas angin” iaitu tinggi
nilai seni dari penulis terkemuka “aku ini angkasawan”.








nyaris saja sumbing
hidungku yang dilanggar angin deras.







Dua baris ini, penulis menggambarkan bahawa beliau hampir hilang dan
tenggelam dalam syok sendirinya. Jika tidak kerana ditegur atau karyanya tidak
diterima media, beliau akan terus hanyut dalam kemegahan diri sendiri

( hidungku ).







Penulis menggunakan hidung kerana hidung adalah anggota kebanggaan bangsa Melayu seperti perumpamaan “Hidung Bak Seludang” menggambarkan hidung mancung idaman bangsa kita. Mungkin kerana memang bangsa Melayu dijadikan Allah majoritinya berhidung pesek dan penyek, maka mereka mengidamkan hidung mancung.





aku hanya turun ke bumi
untuk berak,
kerana di surga tiada tempat
untuk ku buang najisku.




Penulis hanya menulis karya di kertas atau antologi hanya untuk simpanan
peribadinya,kerana tiada tempat yang sesuai untuknya di media bagi karya-karya
polos seperti karyanya. Itulah saja wajah pertama sajak ini yang dapat saya
garapkan.







( ii )








Jika dilihat dari sudut tema sufi ( kerana dedikasi penulis kepada
saudara meor ) setelah penulis dan sahabatnya berbicara tentang
kesufian di papan nota dan papan mesej, maka beginilah yang dapat saya kupas
tentang sajak ini.





aku ini angkasawan
yang terbang di atas angin
aku melukis di kanvas siber,




Tiga baris sajak ini,penulis menceritakan bahawa beliau menghasilkan
karya-karya lurbiasa bertema sufi dan menjadikan beliau seolah-olah berada di
awang-awangan.





nyaris saja sumbing hidungku
yang dilanggar angin deras.







Kerana syoknya penulis menghasilkan karya-karya sufi, beliau hampir
tersungkur dilanda takbur,riya’ dan ujub. Jua mungkin beliau hampir tersungkur
ke lembah yang dalam bisa lemas dan melemaskan beliau.







aku hanya turun ke bumi
untuk berak,
kerana di surga tiada tempat
untuk ku buang najisku.





Pada rangkap ini penulis menyifatkan beliau turun ke bumi untuk menebus
dosanya kerana untuk menjadi penghuni syurga perlu bebas atau sedikit dosanya.
Beliau jua mengungkapkan bahawa syurga bukan tempat untuk orang yang
berdosa ( kerana di surga tiada tempat, untuk ku
buang najisku ) Ungkapan terakhir ini jika diamati dan dibaca dua kali, ia bisa
mengelirukan kita kerana di syurga segalanya ada. Mana mungkin tidak ada tempat
di syurga untuk penyair membuang najisnya, rasanya penyair tidak bermaksud
demikian. Beliau hanya menggambarkan tentang kontras dua perkara tersebut syurga dan najis. Perkataan “berak” juga bagi sesetengah orang agak kasar bunyi, tetapi bagi mengungkapkan sesuatu yang teramat hina saya rasa tidak ada salahnya perkataan ini dipilih.






Penutup









Demikianlah saja apa yang dapat saya kesan dari sajak ini pada dua wajah
berlainannya.Andainya ia menyimpang dan terpesong dari kebenaran,sebagai insan
yang lemah dan kerdil saya mohon ampun daripada Allah dan mohon maaf daripada
penulis. Kerana siapalah saya berbanding penulis ini, ibarat seluang ingin memamah jerung. Tetapi tetap saya gagahi jua kerana penulis adalah salah seorang penyair yang amat saya minati di esastera.com.







Sekian,terima kasih,







Wallahu a’lam bissawab,



Wassalamualaikum wrt wbh









-As Syramy Ashraf


Pasir Mas,17 0132H Julai 2005





Saturday, July 16, 2005

Puisiku


Tak Melayu Hilang Di Dunia



Tak Melayu Hilang Di Dunia
tak hilang dari perlembagaan




Kini Melayu
tidak lagi penyek hidungnya
tidak lagi sawo matang kulitnya
tidak lagi hitam rambutnya
tidak lagi hitam anak matanya




Kini Melayu
Islam bukan sinonimnya
jutaan hutang judi
ratusan ribu dikecewakan
tiada lagi tongkat emas




Melayu ada di perlembagaan
hakikat bertulisnya
hak tersuratnya
terhakis
terpadam




Tak Melayu Hilang Di Dunia
namanya






-As Syramy

Pasir Mas,13 2332H Julai 2005

Thursday, July 14, 2005

Wednesday, July 13, 2005

Puisiku



Bass Jumping





Keruh di kuala





Jernih alir mesra
galak menyusur
menari-nari di gigi air
sesekali mudik
menyongsang arus
seluang bersisik perak





Gagah kuak renang
tenang berlari arus
sesekali tunggul
terkadang balak
mengugah depang
tetap teruja tuju kuala





Jernih disangka kekal di kuala
rupanya keruh kaburkan mata
sisik perak kilau tiada
di sini menunggu sang buaya
meratah lahap enak daging
di sini menerkam sang lintah
menghirup manis darah





Ingin berenang seiiring sang jerung
ingin bebas di laut lepas
sangka sang seluang jernih serata
dari muara hingga kuala
rupanya keruh di muka cita
tewaslah ia diratah pemangsa





Megah sang seluang tidak ke mana
rupa
tenaga
cita
bukan segala
kerana takdir menanti di penghujungnya









-As Syramy
Pasir Mas,11 2002H Julai 2005

Tuesday, July 12, 2005

Puisi buat Kota London



Suka-Duka




Sukanya kami
jadi tuanrumah
percik bunga api




Berduka kami
subway jadi kuburan
percik merah merata




Suka seketika
dukalah pula
galang ganti







-As Syramy
Pasir Mas,10 0020H Julai 2005

Monday, July 11, 2005

Puisiku



Aku terhebat


Kauternak lembu
untuk kau tuai susunya
sesayup mata
kau tanam rumput ragutnya
agar sihat lembumu
agar melimpah susunya


Aku cuma
titiskan setitis nila
rosakkan susu lembumu
kau sudah melenting
kau sudah gelabah



Bukan cuma nila
racun..ya, racun
akan aku racun rumput ragut
akan aku racuni lembumu
akan aku miliki empayarmu


Aku terhebat



-As Syramy
Pasir Mas,08 1020H Julai 2005

Saturday, July 09, 2005

Puisiku



Kini akulah segala




Dulu diriku kau belai
dulu diriku kau bela
aku pernah mencubit pehamu
mencabar amarahmu
ramai membelamu
lalu kucium pipimu, kau tersenyum
kumohon maaf dan kau angguk cuma




Kini kau bukan sesiapa lagi
tiada sesiapa yang perlu kugeruni, sanjungi
kupijak kepalamu
lihatlah aku musnahkan kasihmu
dua dasawarwa kau bina
aku cuma perlu beberapa purnama cuma
kuhancur-luluhkan kasihmu itu




Merintihlah dikau kecewa
aku ketawa puas
meledak segala keangkuhanku
kau bukan lagi sesiapa
sedang kini akulah segala





-As SyramyPasir Mas,08 1010H Julai 2005





Wednesday, July 06, 2005

Puisiku


Hulurkan Kasihmu




Di saujana manusia ramai
kumengintai-ngintai
ku menjenguk-jenguk
mencarimu
menagih bahagia kaujanjikan
kudambakannya




Ke sana, ke sini, ke mana-mana
sukar kutemui kelibatmu
kerna kau idaman
kerna kau idola




Titiskanku kasihmu
titipkanku cintamu
nan membahagiakan
di hayat abadiku







-As Syramy

3K1, SMKRP, 30 1001H Jun
2005

Tuesday, July 05, 2005

Pantun : Jalan Menuju Mati

Anggerik desa sanggulan dara
semerbak harum menongkah angin
melarik dosa melangkah mara
menapak di kelam meredah ingin



Daun senduduk terbang ke hilir
diambil orang mengalas pinggan
insan yang tunduk senang menghilir
kandil terang menyuluh jalan



Duduk bersila menganyam rotan
akar melilit bersimpul mati
terbentang jalan jadi pilihan
penentu hidup selepas mati









-As Syramy

Pasir Mas, 25 0202H Jun
2005










Sunday, July 03, 2005

Sajen


Rantai Leher




"Cikgu !! ni kenapa rampas rantai leher anak
saya? Mahal tau saya beli"
"Kita dah larang pelajar pakai barang kemas, yang
dia pakai juga kenapa?"
"Sukahati kamilah harta kami, kenapa? Cikgu
dengki?"
"Kalau kena ragut siapa yang susah? Mereka dan keluarga mereka
juga"
"Tahulah kami jaga harta kami"




Shahadan nak jadi cerita
budak itu diragut

patah lengan, luka leher
tercalar muka
datanglah lagi ibunya
kali
ni berjumpa pengetua




"Cikgu, anak saya kena ragut pagi tadi
!!!
patah-riuk lengannya
luka lehernya
calar-balar mukanya, apa cikgu
sekolah ni buat sampai anak saya kena ragut dan la ni kena bermalam di
wad??????"
"Entahlah kak, apa cikgu disiplin sekolah ni buat?
Pelajar
pakai barang kemas pun tak dirampasnya, nantilah saya pangggil dia kak, tunggu
ye kak"
"Eh !! takpa lah, takpa lah, akak minta diri
dulu.
Assalamualaikum"







-As Syramy
Pasir Mas, 02 1313H
Julai 2005

Friday, July 01, 2005

Puisiku

Di sini aku

Kelam sempit
kamar beradu
diulit manik keemasan
diselimuti sepi
keseorangan


Selamat tinggal kekasih
selamat jalan ayahbonda
redakan aku beradu aman
bekalkan ikhlas hadiahmu
temankanku lewat kalimah suci

Aku di sini
hanya aku
amalku
aqidahku
ikhlasku
teman sejati
dakapan sepanjang lena

-As Syramy
3G,SMKRP.30 0850H Jun 2005