Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Friday, September 16, 2005

Puisi buat 'Izz

Bunga-bunga
cinta


Bunga-bunga cinta
mekar berkembangan
di taman kasih cinta
ayahanda bonda


Bunga-bunga cinta
harum semerbak
mewangi
di panca-persada kasih sayang
dinda kanda


Bunga-bunga cinta
yang dipetik
yang dihidu
semat kejap di jiwamu


Bunga cinta
yang kauhulur
menghias mahligai ayahanda bonda
mewangi di peraduan dinda kanda


Bunga-bunga cinta kita
segar mekarlah
selama
hendaknya



-As Syramy

Pasir Mas,13 2323H Sept 2005

Tuesday, September 13, 2005

Happy Birthday Anakandaku Wan Subhanal Mu'eiz

Happy Birthday Anakandaku Wan Subhanal Mu'eiz


Selasa,13 Sept.2005 - Selamat Ulangtahun Kelahiran anakandaku Wan Subhanal Mu'eiz ( Izz ) yang kedelapan tahun. Ayahanda doakan moga anakanda dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan dipayungi Rahmat serta Inayah Allah sentiasa. Harapan ayahanda jua agar anakanda menjadi anak yang soleh yang menyejukkan mata memandang. Aminn.

Saturday, September 10, 2005

Puisiku

Sampai Bila?

Ajaibnya kita
bertandang riang
bertepuk tampar
senda gurauan
bahagia

Tiba-tiba
kau palingkan mukamu
enggan kau tatap wajahku
tak sanggup bertentang mata
pilu hatiku

Ketahuilah
aku jadi penasaran
bila kau begitu
kerana kau sebenarnya luhur
jiwamu sebenar subur
cuma rasamu sedikit kabur

Sampai bila?
kan begini dirimu
Tuhan
restuilah dia
anugerahi inayah-Mu
bahagiakan kami
bersama

-As Syramy
Pasir Mas,09 2300H Sept.2005


#sebuah dedikasi buat esastera.com

Saturday, September 03, 2005

Siri Sajak "Ain"

ain v


Wajahmu dimana-mana
tubuhmu tak terangkul


Kumimpikanmu



-As Syramy
Pasir Mas,28 0040H Ogos 2005

# Siri sajak "ain" dimulakan oleh dahrie dan disambung oleh penulis2 lain.

Thursday, September 01, 2005

27 Rejab 1426,Salam Isra' dan Mikraj

Islamic Ecards !

Saksikanlah


Musafir
di kelam malam
di dua tempat suci
saksikan kebesaran Ilahi
penuh berkat




-As SyramyPasir Mas,27 2323H Ogos
2005