Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Friday, April 21, 2006

Puisiku

Sebotol air mineral di sudut meja

Sebotol air mineral 500ml
di sudut mejamu
kaubeli dengan harga RM 1.20
lebih kau yakini sucinya
jadi pilihan minummu

Segelas air masak
yang kauhidang
lancarkan santapku
yang kaudidihkan 100 darjah Celcius
membunuh kuman
matikan bakteria
kausangsikan kini kesuciannya

Kerana sebotol air mineral
yang kau beli
kaupunahkan yakinmu
pada air masak
yang dididihkan
sejak turun-temurun
sejak sekian lama

Mudahnya
kauhukumkan
kerana sedikit harga


-As Syramy
Pasir Mas,21 1934H Apr.2006

Thursday, April 13, 2006

Kursus JLD























Selasa
11 Apr
2006


kaaba9.jpg



Salam
Maulidur
Rasul


www.umaofflorida.com/gallery/gfx/mosque_madinah01_sm.jpg



11 - 13 Apr
2006
Kursus Jurulatih Dakwah,
Sektor
Pendidikan Islam dan Moral,
JPN Kelantan.
Di Demong Beach Resort,
Kuala Besut,
Trengganu

Sunday, April 02, 2006

Universiti Darul Naim

Politik

Tanda Kelantan masuki era pembangunan

KOTA BHARU 31 Mac - Pengumuman untuk membina sebuah universiti di Kelantan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) merupakan satu isyarat bahawa negeri itu bakal memasuki era pembangunan setanding negeri-negeri lain.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Annuar Musa berkata, ia dilihat sebagai pemangkin pembangunan yang boleh menjana kemajuan Kelantan secara keseluruhan.
``Setelah sekian lama menanti dan berusaha, kita akhirnya mendengar satu khabar paling bersejarah iaitu sebuah universiti akan dibina di Kelantan,'' katanya.
Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa membentangkan RMK-9 di Dewan Rakyat hari ini.
Di bawah RMK-9, Universiti Darul Naim akan ditubuhkan dalam tempoh tersebut.
Annuar berkata, pembentangan RMK-9 juga menunjukkan bahawa keluhan rakyat Kelantan yang dahagakan pembangunan dari segi pendidikan diambil perhatian serius oleh Kerajaan Persekutuan.
Untuk itu, beliau memberitahu, pihaknya akan mengadakan pertemuan secepat mungkin dengan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Mohamed bagi membincangkan perincian terutama dari segi lokasi, tarikh dan kos pembinaan universiti berkenaan.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan mengucapkan penghargaan tidak terhingga kepada Perdana Menteri di atas keprihatinan beliau dalam memacu kemajuan di Kelantan.
Katanya, peruntukan sebanyak RM7.6 bilion ke atas pembangunan negeri itu adalah di luar jangkaan.
``Berbanding RMK-8, Kelantan hanya menerima peruntukan RM2.7 bilion dengan penambahan kira-kira 300 peratus,'' ujarnya.

Sumber : Mingguan Malaysia, Ahad, 02 April 2006

Wow !! Bestnya tajuk, Kelantan takde pembangunan ke selama ini? Kalau tak ada siapa salah? Kerajaan Negeri saja ke? Kerajaan Pusat kenapa tak bg bajet ( betul ke istilah ni dan ejaannya? ) atau salurkan kemudahan dan bukakan peluang pelaburan? Aduhai !!! Juga satu perkara lagi jangan sampai peruntukan RM 7.6 b tu tiris dan bocor entah ke mana. Macam bajet PPRT di Pengkalan Pasir sebyk RM 1.6 j pergi ke mana? Sampai Datuk Seri Najib sendiri berkampung di Pasir Mas, ke mana Datuk Peng.Perh. UMNO Kelantan bocorkan dan tiriskan. Jangan pula bajet universiti ni berulang peristiwa Tangok, hanya tinggal pagar dan kawasan saja. Rasanya jawatan Peng. Perh.UMNO Kelantan sepatutnya kembali kpd Datuk Pa, agar universiti di Kelantan dpt. direalisasikan. Tambah sesuai sbb beliau skrg ni Menteri Pengajian Tinggi.