ARI GURU
Penyair adalah insan yang menukilkan peristiwa di persekitarannya dalam susunan kata-kata puitis.
Banners
About Me
- ramy0722
- Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.
Friday, May 19, 2006
Thursday, May 11, 2006
Surat buat penzalim dunia
Kepada,
Tuan Kofi Annan
Setiausaha Agung Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu
Tuan George Bush
Presiden Amerika Syarikat
Tuan Tony Blair
Perdana Menteri United Kingdom
Warga Dunia
Di mana saja berada
Lembaran warkah terbuang
Selamat Pagi
Tuan Kofi Annan
kami merintih
belas dari tuan
tiadakah rasa itu di jiwa tuan?
melihat ayahanda kami
dimamah peluru
memikul gelar pengganas dunia
diberi anugerah pemberontak
antarabangsa
disemat darjah pemisah ulung
tidakkah tuan tahu rasa
kami?
Ayahanda kami dituduh, dicop begitu
tanpa bicara, tanpa
beladiri
hukuman yatim tuan anugerahkan kami
Selamat Tengahari
Tuan George Bush
kami mohon
secubit kasihan
tuan yatimkan kami
sesukahati
tuan jandakan ibu
kami
seenak nafsu
tanpa rasa puas nyawa bonda tuan renggut
penyokong
jenayah ayahanda itulah dosa
subahat tindakan suami itulah
tuduhan
sudahlah yatim diri kami
kini kami piatulah
pula
Selamat Petang
Tuan Tony Blair
dengarlah tuan
rintihan ini
sahabat karib tuan nan berdua
angkuh mereka yatim piatukan
kami
kini tuan seperti mereka
tanpa rasa, tanpa jiwa
peluru rifel tuan
merobek daging kami
peluru mortar tuan mematah-riuk tulang kami
anak yatim
piatu ini
tidak lagi seperti manusia
anggota kami tidak
sempurna
pancaindera tak cukup lima
Selamat Malam
warga dunia
tataplah kami warga
cilik ini
merenung hari mendatang penuh kabur
makin pudar, kian
malap
doakanlah kami
andai lena kami ini tak terjaga lagi
andai tidur
kami tiada esok menjelma
bahagia kami di sana
bersama
ayahbonda
sempurna anggota, sempurna pancaindera
menghuni
syurga
Sekian, terima kasih kerana menatap rintihan ini.
Yang benar,
Anak Dunia
-As
Syramy
Pasir Mas, 10 2329H Mei 2006
Monday, May 01, 2006
Puisiku
Jeans biru dan baju bergambar
naga
Jeans biru dan baju bergambar naga
dipakai penuh
bergaya
serlahkan kacak
nampakkan macho
segak
pemakai
Jeans biru dan baju bergambar naga
sayangnya dipakai
ke jamuan
kenduri Maulidur Rasul
bercupak mata merenung
bagai seorang
pesalah
bagai banduan baru bebas
Jeans biru dan baju bergambar naga
tidak salah
pakaian itu
salahnya penampilan
ke majlis penuh ritual
Jeans biru dan baju bergambar naga
zahirkan
personaliti
tampilkan warna diri
-As Syramy
Pasir Mas, 28 2303H
Apr 2006