Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Wednesday, August 23, 2006

Puisiku

Silir Merdeka

Silir semangat pahlawan
di jiwa Melayu
menongkah tenang santai sang kolonial
nikmati hidangan hasil pertiwi
hirup cukai di cangkir nusa

Semilir patriotik warga
gegar ego dan gah penjajah
tidak terbendung lagi
di 31 Ogos 1957
terlepas jajah
merdeka sebuah tanahair

Selembut silir semangat pahlawan
silir jajah kembali menyapa
mendakap generasi merdeka
setelah empat dasawarsa

Merdeka, merdeka, merdeka
laungan YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Merdeka Yo, merdeka yo, merdeka yo
laungan remaja kita

-As Syramy
Pasir Mas, 21 1313H Ogos 2006

Sunday, August 20, 2006

I'm look stupid speak malay

"I'm look stupid speak malay"

Syarifah Amani mengungkapkan kata-kata di atas bila diberi peluang berucap setelah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik FFM19.
"Saya kelihatan (jadi) bodoh bila bercakap B.Melayu" itulah maksudnya. Ungkapan yang menafikan catatan sejarah bahawa Bahasa Melayu adalah lingua franca di Nusantara ketika kegemilangan Tamadun Melayu. Tidak sedarkah dia bahawa JWW Birch, Raffles dan lain2 penjajah British pada masa itu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan. Jika demikian halnya Orang Inggeris yang dipuja pelakon ini telah menjadi bodoh kerana bercakap Bahasa Melayu.
Dangkal sungguh manusia ini, andainya beliau ketemu pensyarah2 Bahasa Melayu di Fakulti2 Pengajian Melayu di UK,US,China dll yang fasih berbahasa Melayu. Adakah mereka juga akan kelihatan/jadi bodoh?
Orang lain tubuhkan Fakulti Pengajian Melayu, berusaha bercakap Melayu dan mengkaji Tamadun Melayu, tetapi masih ada lagi manusia Melayu yang menganggap diri mereka bodoh jika bercakap Melayu.
Inikah gambaran sebenar pandangan generasi merdeka terhadap Bahasa Melayu? Mereka jadi bodoh bila bertutur Bahasa Melayu?
Aduh!!!! Alangkah beratnya lagi tanggungjawab kita khususnya Dewan Bahasa dan Pustaka ( yang menjangkau 50 tahun usia) dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu.
Ataukah juga ia menjadi petanda terhakisnya semangat patriotik dan nasionalisme Melayu di jiwa Melayu?

Monday, August 14, 2006

Kita perlu mengkaji bukan beremosi.























Isnin
14 Ogo
2006


Krisis remaja cari identiti




Budaya punk, skin head
perlu dilihat mewakili sebahagian besar masalah salah laku sosial yang melanda
belia








KEHADIRAN golongan
punk dan skin head di Kuala Lumpur dan bandar besar lain negara ini, mungkin
tidak memberi apa-apa makna dan hanya dipedulikan apabila berlaku kejadian
seperti pergaduhan yang mendapat liputan media massa.

Bagaimanapun,
pensyarah psikologi Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Dr Jas
Laile Suzana Jaafar, melihat masalah punk dan skin head bukan sekadar salah laku
sosial remaja.

Katanya, mereka hanya kelompok kecil, tetapi mewakili
sebahagian masalah salah laku sosial lebih besar yang melanda golongan remaja
hari ini.

?Golongan punk dan skin head, terutama di kalangan masyarakat
Melayu hanya satu simptom daripada masalah lebih besar, iaitu semangat
kemelayuan remaja Melayu yang semakin hilang dan pengaruh budaya Barat mula
menebal.

?Sebab itu, kita lihat kehadiran punk, skin head, amalan seks
bebas, jauh dari agama dan penyalahgunaan dadah?, katanya.

Bagaimanapun,
katanya bukan hanya remaja Melayu terjebak dalam salah laku sosial dengan
menyatakan Melayu sebagai golongan majoriti menyebabkan apa saja membabitkan
mereka lebih ketara.

?Kita kena tengok kecenderungan salah laku sosial
remaja dengan masyarakat Melayu mungkin menunjukkan tingkah laku bermasalah dari
segi punk dan skin head.

?Remaja kaum apa pun ada salah laku sosial,
tetapi dalam bentuk berbeza. Masyarakat Cina dan India bukan dalam bentuk punk,
tetapi bentuk lain yang orang tidak kaji kerana tumpuan adalah majoriti Melayu.
Untuk kepastian, cuba tengok surat khabar Cina?, katanya.

Bagaimanapun,
katanya kajian mendalam perlu dilakukan untuk mengetahui punca remaja Melayu
cenderung kepada salah laku sosial seperti punk dan skin head.

Dr Jas
Laile Suzana juga melihat salah laku sosial remaja sebagai krisis remaja yang
ingin mencari identiti sendiri.

Katanya, tugas perkembangan zaman remaja
adalah mencari identiti membabitkan persoalan seperti siapakah dirinya dan apa
disukai yang akan menjawab siapakah saya.

Kadang-kadang, katanya remaja
yang terjebak dalam salah laku sosial seperti punk dan skin head hanya bersifat
sementara dan biasanya bermula pada peringkat awal remaja (13-15 tahun) dan
berlanjutan hingga remaja pertengahan (15-17 tahun) dan berakhir pada remaja
akhir (17-20 tahun).

Beliau berkata, graf akan naik dan sudah tentu akan
turun kerana ini turut membabitkan proses mencari identiti.

?Bukan
bermaksud, tidak mengapa dan tidak perlu risau kerana itu pencarian identiti.
Kita perlu risau. Kita kena tengok apabila remaja menunjukkan ciri punk, adakah
ini disertai dengan salah laku lain?

?Kalau tidak ada masalah di sekolah,
prestasi akademik bagus dan kawan-kawan pun okay. Cuma satu saja, dia pakai
subang hidung sebagai fesyen. Pada saya, itu tak payah susah hati sangat?,
katanya.

Dr Jas Laile Suzana berkata, pembabitan remaja dalam kumpulan
punk dan skin head hanya perlu dibimbangkan jika terbabit dalam perbuatan
negatif seperti pergaduhan, penyalahgunaan dadah dan amalan seks
bebas.

Katanya, kebimbangan hanya timbul jika remaja menunjukkan gaya
hidup bermasalah secara konsisten, iaitu bagi suatu tempoh agak lama dan bermula
sejak usia muda seperti peringkat sekolah rendah.

Selain itu pada
peringkat usia remaja, katanya keinginan remaja menganggotai suatu kumpulan
rakan sebaya adalah kuat.

Sebagai contoh, katanya seorang remaja akan
memakai subang hidung kerana tidak mahu dipinggirkan apabila rakan sebayanya
dalam kumpulan itu menjadikan subang sebagai identiti mereka.

Bagi orang
dewasa, mereka tidak peduli keinginan itu, malah melarang remaja memakai subang
hidung sedangkan perkara itu sangat penting bagi remaja.

Sementara itu,
katanya sesetengah remaja menyertai kumpulan punk dan skin head sekadar
menunjukkan sikap memberontak terhadap ejen pihak berkuasa seperti ibu bapa dan
guru.

?Mereka hendak memberontak saja kerana perkara lain tak boleh buat,
nanti digantung sekolah dan kalau keterlaluan ditangkap polis. Jadi mereka
memberontak dengan secara selamat, polis tak boleh tangkap tanpa sebab?,
katanya.

Bagaimanapun, katanya punk dan skin head tidak lagi dominan dan
sebaliknya boleh dianggap sebagai tinggal cebisan dan budaya
tercicir.

-SUMBER : Berita
Harian


Go to fullsize image


Kita sedar tentang kepincangan dan
keruntuhan akhlak remaja disebabkan krisis identiti remaja. Kita menggariskan
pelbagai teori di pihak remaja, ibubapa, sekolah masyarakat bahkan kerajaan.
Kita dengan penuh beremosi menyalahkan remaja, media massa dan lebih jauh
menyalahkan dakyah Yahudi/Zionis. Kita sedar bahawa Yahudi/Zionos mengisi dan
menyogokkan segala kelompangan, kedahagaan dan keperluan remaja dr segi minda,
ruh , emosi, pembinaan identiti, ekonomi dan segalanya dalam diri remaja. Kita
pula hanya bersedih, beremosi dan amarah dgn remaja kita yang pincang, bahkan
sanggup murtad.
Saidina Khalid Al-Walid pernah memberi petua tentang
kecemerlangannya mengalahkan musuh iaitu " Kita perlu berfikir dgn cara musuh
berfikir." Dengan gelodak diri remaja yang menggelegak, apakah kita patut
sejukkannya dengan menutupnya atau menyiram ais?
Secara peribadi, saya rasa
kita perlu memberi keperluan remaja dari semua seginya, tetapi kita perlu
memberikannya bersesuaian dengan kehendak Islam dan fitrah manusia. Dengan kata
lain kita perlu menyelidik, menggaris dan melaksanakan keperluan remaja
sebagaimana halusnya dakyah Yahudi/Zionis.
Sekadar
pendapat.


Go to fullsize image