Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Sunday, August 23, 2009

Belasungkawa Prof.Dr.Abdulhalim bin Hj. Mat Diah






Sinar Abadi( Belasungkawa Prof.Dr.Abdulhalim Mat Diah )



Sinar kaupancarkan bercahaya seluruh alam
fahamkan dungu otak
terangi jahil hati.



Kautepis tangan nakal
yang berahikan kuasa
kaujulang martabat akademi
warisan silam, gedung gemilang.



Sinar seterang mentari
sirna di hari kematian
kehilanganmu tidak dicatat koran
pemergianmu tidak dihebah radio
pemakamanmu tidak ditayang televisyen
seperti mati seorang artis
seperti mangkat seorang raja.



Aku, pewarismu
ilmu menyuluh hidup
namamu kejap bersemi
guru sepanjang hayat.



-As Syramy
Bendang Pauh, 22 1616H Ogos 2009



########@@@########




Tentang Pak Halim



Prof.Dr.Abdulhalim bin Hj.Mat Diah adalah seorang profesor Fakulti Usuluddin, UM anak kelahiran Kelantan yg mendapat pendidikan tingginya sehingga PhD di Indonesia. Beliau adalah antara org pertama punyai PhD di Akad.Islam UM ( nama lama bagi Akad.Pengajian Islam, UM ).



Prof.Dr.Abdulhalim, biarpun antara org pertama mendapat PhD, lebih senang dirinya dibahasakan dengan Pak Halim. Pak Halim dan Prof.Datuk Dr.Mahmud Zuhdi adalah antara org lama senat UM. Mereka berdualah yg mempertahankan Akademi Islam sebagai sebuah akademi tika ingin dipecahkan kpd fakulti2. Mereka membangkitkan tentang kerakusan UM pada masa dulu untuk menyambung kegemilangan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan setelah kemalapan kewangan YPTIK, kini warga UM ingin menghancurkannya.



Mungkin bimbang dgn kegemilangan Akad.Islam (AI ), ia ditukar nama menjadi Akad.Peng.Islam ( API ) setelah kedua2 tokoh ini pencen.



Pak Halim adalah tokoh pensyarah yg mudah didekati, kami pelajar2nya teramat senang dan bangga amat jika dpt berbincang dgn beliau. Beliau teramat mesra dan senang digauli, terasa amat bertuah jika diminta berurusan dengan beliau.



Isnin, 17 Ogos 2009, Pak Halim telah kembali ke rahmatulLah. Berita ttg kepergian beliau hanya aku dan kawan2ku ketahui semalam. Itupun setelah Ayid ( Wan Farid ), adikku yg bekerja di TV3 sms.



Sedih bunyi sms Ayid, kerana dia pun baru tahu. "Isnin lepas APIUM kehilangan guru yg byk berjasa dgn berpulangnya ke rahmatullah Bapak Prof.Dr.Abdulhalim Mat Diah. Namun tiada laporan di media berbanding Param apalagi Asri Rabbani"



Sebak dadaku membaca sms itu, ya, itulah kita, inilah masyarakat kita, dipuja disanjung artis yg byk membawa ke arah kiri berbanding tokoh ilmuan yg membawa ke arah kanan.