Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Tuesday, October 05, 2004

Puisiku : Orang Kita

Orang kita

Sudah terantuk baru tengadah,
sudah runtuh makmal komputer,
sudah maut kemalangan ngeri,
sudah hilang berbilion ringgit,
sudah terbunuh yang dirogol,
sudah terkorban mangsa buli,
barulah bising pihak media,
barulah bergegas pihak berkuasa,
barulah bersuara para NGO,
barulah terbuka mata menteri.

Hangat-hangat tahi ayam,
hangat dibincang di kaca tv,
hangat terpampang di dada akhbar,
hangat disampuk oleh pak menteri,
hangat jua di kedai kopi,
hangat sekejap sebelum dipuput bayu,
suruhanjaya ditubuh,
badan bebas dibentuk,
pihak berkuasa diseru,

Pi mai,pi mai,tang tu,
habis isu hilang begitu,
suruhanjaya entah di mana,
badan bebas tinggal agenda,
pihak berkuasa pejam mata.

Rumah siap,pahat berbunyi,
kalau bertindak serba tak kena,
itu salah,ini salah,
kenapa begitu,tidak begini,
bukan yang itu,tapi yang ini.

Kuman seberang laut nampak,gajah tak nampak di depan mata ,
orang lain serba tak kena,
orang lain silap segala,
secawan kopi sampai senja,
itulah dia kerja kita.

Orang kita,
Orang Malaysia,
inilah sikapnya,
inilah perangainya,
walaupun sebahagian cuma,
buat muhasabah,
perbaiki yang salah,
bukan ternafi segala yang positif,
ingin mengikis pada yang negatif.

-AsSyramy
05 2330H Apr.2004ASPURA,SMKSID.

* Sajak ini tersiar dalam majalah Mingguan Wanita,bil.1089,1-7 Okt 2004.hal.118.
Kali pertama puisiku tersiar di media dengan nama pena keduaku "PIUT TOK KERASAK".
# Sajak ini tersiar hanya yang berwarna oren sahaja,mungkin kerana tidak
cukup ruang siaran.


No comments: