Isnin | |||
Krisis remaja cari identitiBudaya punk, skin head perlu dilihat mewakili sebahagian besar masalah salah laku sosial yang melanda belia KEHADIRAN golongan punk dan skin head di Kuala Lumpur dan bandar besar lain negara ini, mungkin tidak memberi apa-apa makna dan hanya dipedulikan apabila berlaku kejadian seperti pergaduhan yang mendapat liputan media massa. Bagaimanapun, pensyarah psikologi Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Dr Jas Laile Suzana Jaafar, melihat masalah punk dan skin head bukan sekadar salah laku sosial remaja. Katanya, mereka hanya kelompok kecil, tetapi mewakili sebahagian masalah salah laku sosial lebih besar yang melanda golongan remaja hari ini. ?Golongan punk dan skin head, terutama di kalangan masyarakat Melayu hanya satu simptom daripada masalah lebih besar, iaitu semangat kemelayuan remaja Melayu yang semakin hilang dan pengaruh budaya Barat mula menebal. ?Sebab itu, kita lihat kehadiran punk, skin head, amalan seks bebas, jauh dari agama dan penyalahgunaan dadah?, katanya. Bagaimanapun, katanya bukan hanya remaja Melayu terjebak dalam salah laku sosial dengan menyatakan Melayu sebagai golongan majoriti menyebabkan apa saja membabitkan mereka lebih ketara. ?Kita kena tengok kecenderungan salah laku sosial remaja dengan masyarakat Melayu mungkin menunjukkan tingkah laku bermasalah dari segi punk dan skin head. ?Remaja kaum apa pun ada salah laku sosial, tetapi dalam bentuk berbeza. Masyarakat Cina dan India bukan dalam bentuk punk, tetapi bentuk lain yang orang tidak kaji kerana tumpuan adalah majoriti Melayu. Untuk kepastian, cuba tengok surat khabar Cina?, katanya. Bagaimanapun, katanya kajian mendalam perlu dilakukan untuk mengetahui punca remaja Melayu cenderung kepada salah laku sosial seperti punk dan skin head. Dr Jas Laile Suzana juga melihat salah laku sosial remaja sebagai krisis remaja yang ingin mencari identiti sendiri. Katanya, tugas perkembangan zaman remaja adalah mencari identiti membabitkan persoalan seperti siapakah dirinya dan apa disukai yang akan menjawab siapakah saya. Kadang-kadang, katanya remaja yang terjebak dalam salah laku sosial seperti punk dan skin head hanya bersifat sementara dan biasanya bermula pada peringkat awal remaja (13-15 tahun) dan berlanjutan hingga remaja pertengahan (15-17 tahun) dan berakhir pada remaja akhir (17-20 tahun). Beliau berkata, graf akan naik dan sudah tentu akan turun kerana ini turut membabitkan proses mencari identiti. ?Bukan bermaksud, tidak mengapa dan tidak perlu risau kerana itu pencarian identiti. Kita perlu risau. Kita kena tengok apabila remaja menunjukkan ciri punk, adakah ini disertai dengan salah laku lain? ?Kalau tidak ada masalah di sekolah, prestasi akademik bagus dan kawan-kawan pun okay. Cuma satu saja, dia pakai subang hidung sebagai fesyen. Pada saya, itu tak payah susah hati sangat?, katanya. Dr Jas Laile Suzana berkata, pembabitan remaja dalam kumpulan punk dan skin head hanya perlu dibimbangkan jika terbabit dalam perbuatan negatif seperti pergaduhan, penyalahgunaan dadah dan amalan seks bebas. Katanya, kebimbangan hanya timbul jika remaja menunjukkan gaya hidup bermasalah secara konsisten, iaitu bagi suatu tempoh agak lama dan bermula sejak usia muda seperti peringkat sekolah rendah. Selain itu pada peringkat usia remaja, katanya keinginan remaja menganggotai suatu kumpulan rakan sebaya adalah kuat. Sebagai contoh, katanya seorang remaja akan memakai subang hidung kerana tidak mahu dipinggirkan apabila rakan sebayanya dalam kumpulan itu menjadikan subang sebagai identiti mereka. Bagi orang dewasa, mereka tidak peduli keinginan itu, malah melarang remaja memakai subang hidung sedangkan perkara itu sangat penting bagi remaja. Sementara itu, katanya sesetengah remaja menyertai kumpulan punk dan skin head sekadar menunjukkan sikap memberontak terhadap ejen pihak berkuasa seperti ibu bapa dan guru. ?Mereka hendak memberontak saja kerana perkara lain tak boleh buat, nanti digantung sekolah dan kalau keterlaluan ditangkap polis. Jadi mereka memberontak dengan secara selamat, polis tak boleh tangkap tanpa sebab?, katanya. Bagaimanapun, katanya punk dan skin head tidak lagi dominan dan sebaliknya boleh dianggap sebagai tinggal cebisan dan budaya tercicir. -SUMBER : Berita Harian | |||
Kita sedar tentang kepincangan dan
| |||
Penyair adalah insan yang menukilkan peristiwa di persekitarannya dalam susunan kata-kata puitis.
Banners
About Me
- ramy0722
- Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.
Monday, August 14, 2006
Kita perlu mengkaji bukan beremosi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
What a great site 401k loans Toyota tacoma recalls Effect nexium side Top 100 email matrix email seo computerbratcom Wellbutrin and throat problems Nissan z roadster Currency trading model 20 Auto battery covers Online future trading system currency forex learn online subaru Canada credit card for people with bad credit picnic backpacks Alfa romeo schaalmodel Merchant account affiliate directory apply for merchant shopping shoes
Post a Comment