Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Tuesday, October 03, 2006

Sajak Tersiar






















Sajak Tersiar

KAU DATANG LAGI

Seperti semusim lalu
kaudatang lagi
mengengsot
purnama demi purnama
menggendong
rahmat
maghfirah
bebas neraka.

Kau datang lagi
hulur ganjaran
di lapar dahaga
di bau mulut seharum kesturi
di lewat sahur
di cepat berbuka
di manis juadah
di solat Terawih.

Kau datang lagi
kunjungi kami tanpa jemu
ahlan wa sahlan wa marhaban
ya Ramadan.


AS SYRAMY
Pasir Mas, 24 2311H Sept 2006.

Tersiar di
BERITA MINGGU, Ahad, 01 Okt.2006

Kita Serupa Mereka




Tadi kau bertanya
tiadakah di hatimu
secebis simpati
pada saudara yang bermandi hanyir darah
pada teman yang
berirama rakus peluru
pada sahabat yang kering airmatanya
di tengah percaturan politik badan dunia
disambut tawa-hilai musuh durjana?




Simpati?
sekadar simpati kauhamburkan kata
sekadar simpati kau hulurkan dirham
sekadar simpati kau cerca sang celaka
sekadar itukah?




Di lubuk rasamu telanjang wanita mereka kau puja
di bibirmu menyala bara puntung neraka mereka
di lidahmu kumandang zikir syaitan ciptaan mereka
di rakus seleramu memamah dan menghirup hidangan mereka
tanda bencimu pada sang durjana?
tanda simpatimu pada saudara?




Padaku amarahmu menyala
kataku memang itu perangai mereka
tiada pincangnya
salahnya kita
janji mereka kita impi dikota
kata mereka kita percaya
sedang jelas telah disabda
sedang nyata firman KalamNya
mereka bangsa penuh murka
putar belit menyesatkan kita
di lurus pedoman takkan direda




Sampai bila simpati kita
sampai bila empati kita
sedang kata mereka ditelan seenaknya
sedang janji mereka digenggam seutuhnya
biarpun tahu mereka durjana
biarpun sedar mereka celaka
tidakkah kita menjadi durhaka?
tidakkah kita degilnya serupa?
jiwa kita sayangkan dunia
mati digeruni sepanjang masa
syahid dan jihad kita wasangka




-As Syramy
Pasir Mas,08 2300H Ogos 2006


Tersiar di majalah Dewan Agama dan Falsafah, Okt.2006

No comments: