Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Thursday, April 09, 2009

Puisiku : Impian kian nyata



Impian kian nyata

Kala fajar, berdiri di tepi tasik
mengaup sinar lembut ke muka
atur langkah selembut riak air
gantung harap secerah fajar di celah gunung.

Dari kejauhan ini, kugapai cahaya
terang, makin terang
tika mentari menyelak hijab
wajahnya makin jelas
impian kian nyata.

-As Syramy
Bendang Pauh, 09 2033H Apr.2009

1 comment:

DI KULIT BUMI KARYA-MU said...

Salam As-Syramy,
mohon lalu ... masuk ikut blog Nazmi Yaakob. Wah, puisi2 sdr semakin ranum dan sedap untuk disantap.
Tahniah,
kerana sudah menembusi pelbagai
mwdia dan memenangi Hadiah
penulisan e-sastera dll.
Sekali menulis, jangan pandang
belakang! (Pandang depan dan
gegarkan otakmu utk menggarap
pelbagai bait puisi yg menggugah
minda sesama insan....)

salam,

AMINHAD.

*Rindu tak kt MTD?