Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Sunday, August 08, 2010

Musim Buah-buahan

Gambar : Buah Dokong


019 : Kisah musim buah-buahan

Setelah musim durian di penghujungnya, musim buah-buahan lain mengambil tempat. Buah dokong, sebelum ini harganya RM5 sekilo, kini dah RM2.50 sekilo. Buahnya dah banyak dan manis.

Selain dokong, buah2 sespesis dgnnya seperti duku dan langsat juga dah banyak dan sangat murah. Harga duku RM1.50 sekilo dan harga langsat dah 70 sen sekilo.



Gambar : Buah Manggis ( Sseto )


Buah manggis ( sseto ) pun dah banyak llo ni, dari harganya RM5 sekilo kini dah turun ke RM2 sekilo. Buah pun dah masak elok, bukan yg warna pink dah.

Buah sseto ni keno pilih la sikit, sbb kalu jenis goncang pokok ( tak petik atas pokok ), maka buahnya jadi lebam ( kami panggil ce getoh ). Kalau makan buah ce getoh ni, boleh sakit perut sbb rasanya masam dan ada getah di isinya.




Gambar : Buah Salak


Selain itu, buah salak yg satu masa dahulu ( masa aku ngajar di Sabah tahun 90an ) harganya RM9, maka seluruh negara tanam pokok salak. Kini pokok2 itu mula berbuah, maka berlambak2lah buah salak.

La ni buah salak pun berbuah jugak, maka harganya tentulah murah. Kalau di kawasan Chetok dan Ayer Lanas ni, harganya RM2.50 sekilo. Tempat lain, harganya 3 kilo RM10.

Buah salak ni masak sedang2 tu yg sedap, ada manis campur kelat. Kalau dah terlampau ranum ( malar, oghe Klate kata malo ), buahnya manis tapi kurang kelat dan jadi berkapur.




Buah rambutan juga dah banyak di pasaran, “Rambutan Anak Sekolah” klon kacukan yg baru harganya dalam RM2.50 sekilo. Rambutan ( mokte ) jenis lain spt gula batu dll dah murah hingga RM1 atau kurang sekilo.

Tapi di tepi2 Jalan Pasir Mas-Tanah Merah ni dijual seikat RM2, rasa2nya seikat sekilo la kot. Murah dah betul2 murah la.




Berhampiran sekolah aku baru2 ni, banyak buah naga masak merah dijual di sebuah gerai tepi jalan. Harga kali pertama aku beli RM5 sekilo, aku beli 3 kilo. Semua ahli keluarga suka makan, sekilo sehari.

Selepas tu, aku beli lagi, kali ni harganya RM10 untuk 3 kilo. Aku beli RM10, juga ambil masa 3 hari utk dihabiskan. Minggu ni aku singgah nak beli lagi, tapi dah tak ada. Gerai tu menjual buah dokong dan buah sseto pulakkk. Aduhhhhhh.. kaciwaaaa..

Daripada semua jenis buah ni, hanya buah naga yg Nie boleh makan tanpa diserang asmanya. Yang lain, kalau terlajak makan sikit je, maka asmanya akan berkunjung di waktu malam nantinya.

Alhamdulillah was Syukru lillah, negara kita dijadikan subur dan bermacam2 jenis buah yang bermacam2, rupa, bentuk, saiz, warna dan rasa untuk kita nikmati.

Bersyukurlah, terlebih lagi di Bulan Merdeka ini.MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..

Saturday, September 26, 2009

Temu Mesra Aidilfitri 2009 Esastera Timur



TEMU MESRA AIDILFITRI 2009

Wilayah Timur

TMA 2009 diadakan di rumahku


“Sukma Puri” ( Villa As Syramy ) pada 22 September 2009 iaitu Hari Raya Ketiga bermula jam 0930H.


aku, As Syramy ( ramy0722) sekeluarga selaku tuan rumah menyediakan hidangan seadanya

nasi putih, lauk limpa singgang, ikan keli goreng dan ayam goreng
tapai pulut dan agar-agar pandan sebagai “dessert”


air oren sebagai minuman.
Kehadiran :
Prof.Dr.Ir Wan Abu Bakar dan Cikgu Hasimah sekeluarga sebagai tetamu kehormat iaitu pengasas esastera
SAS anbakri ( Penaung ESastera Wilayah Timur )
nimoizty

nfaizal

kalemas sekeluarga


dahrie dan isteri

ariff abadi dan anak-anaknya


kriey dan dua rakannya

merdu andika dan anaknya serta papillon sekeluarga


rudy bluehikari sekeluarga.

Terima kasih atas kehadiran semua daripada kami sekeluarga. Ampun maaf daripada kami atas segala kekurangan dan kelemahan.

Sunday, August 23, 2009

Belasungkawa Prof.Dr.Abdulhalim bin Hj. Mat Diah






Sinar Abadi( Belasungkawa Prof.Dr.Abdulhalim Mat Diah )



Sinar kaupancarkan bercahaya seluruh alam
fahamkan dungu otak
terangi jahil hati.



Kautepis tangan nakal
yang berahikan kuasa
kaujulang martabat akademi
warisan silam, gedung gemilang.



Sinar seterang mentari
sirna di hari kematian
kehilanganmu tidak dicatat koran
pemergianmu tidak dihebah radio
pemakamanmu tidak ditayang televisyen
seperti mati seorang artis
seperti mangkat seorang raja.



Aku, pewarismu
ilmu menyuluh hidup
namamu kejap bersemi
guru sepanjang hayat.



-As Syramy
Bendang Pauh, 22 1616H Ogos 2009



########@@@########




Tentang Pak Halim



Prof.Dr.Abdulhalim bin Hj.Mat Diah adalah seorang profesor Fakulti Usuluddin, UM anak kelahiran Kelantan yg mendapat pendidikan tingginya sehingga PhD di Indonesia. Beliau adalah antara org pertama punyai PhD di Akad.Islam UM ( nama lama bagi Akad.Pengajian Islam, UM ).



Prof.Dr.Abdulhalim, biarpun antara org pertama mendapat PhD, lebih senang dirinya dibahasakan dengan Pak Halim. Pak Halim dan Prof.Datuk Dr.Mahmud Zuhdi adalah antara org lama senat UM. Mereka berdualah yg mempertahankan Akademi Islam sebagai sebuah akademi tika ingin dipecahkan kpd fakulti2. Mereka membangkitkan tentang kerakusan UM pada masa dulu untuk menyambung kegemilangan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan setelah kemalapan kewangan YPTIK, kini warga UM ingin menghancurkannya.



Mungkin bimbang dgn kegemilangan Akad.Islam (AI ), ia ditukar nama menjadi Akad.Peng.Islam ( API ) setelah kedua2 tokoh ini pencen.



Pak Halim adalah tokoh pensyarah yg mudah didekati, kami pelajar2nya teramat senang dan bangga amat jika dpt berbincang dgn beliau. Beliau teramat mesra dan senang digauli, terasa amat bertuah jika diminta berurusan dengan beliau.



Isnin, 17 Ogos 2009, Pak Halim telah kembali ke rahmatulLah. Berita ttg kepergian beliau hanya aku dan kawan2ku ketahui semalam. Itupun setelah Ayid ( Wan Farid ), adikku yg bekerja di TV3 sms.



Sedih bunyi sms Ayid, kerana dia pun baru tahu. "Isnin lepas APIUM kehilangan guru yg byk berjasa dgn berpulangnya ke rahmatullah Bapak Prof.Dr.Abdulhalim Mat Diah. Namun tiada laporan di media berbanding Param apalagi Asri Rabbani"



Sebak dadaku membaca sms itu, ya, itulah kita, inilah masyarakat kita, dipuja disanjung artis yg byk membawa ke arah kiri berbanding tokoh ilmuan yg membawa ke arah kanan.

Saturday, May 16, 2009

Sajakku di TV 3

















20 Jamadil Awal
1430H



RIWAYAT SEORANG GURU



Seorang guru adalah keramat
suara emasnya masa depan
ukiran
kapurnya lakaran kerjaya
catatan markahnya wawasan nusa



Seorang guru adalah wali
satukan wadah bina negara
wihdah
fikrah teguhkan jiwa
integrasikan masyarakat erat majmuknya



Seorang guru adalah manuskrip nusa
perkasakan satria "Sahabat
Berlima"
tepatkan siasah percaturan "Tun Perak"
semarakkan tentangan jajah
kolonial
bakar semangat pejuang merdeka
tanamkan wawasan pengisi
kemajuan



Seorang guru adalah ayahbonda
taburkan jasa tanpa
berkira
asalkan anak didik di puncak jaya
bukan pujian yang
dipinta
tidak balasan terlintas di benaknya
membakar diri menabur
jasa
terbakar sumbu dian menyala
sumbu hangus cair
jasadnya



Seorang guru adalah sebenarnya
seorang manusia
jati diri
nusa
wawasan negara
adalah DUNIA



-As Syramy
Pasir Mas, 08 2300H
Mei 2007





Tentang Sajakku


Sajak di atas, dideklamasi di dalam rancangan
Al-Kuliyyah, TV 3, jam 1700H, Jumaat, 15 Mei 2009 yg membicarakan tajuk
guru.


Terima kasih kepada penerbitnya, Wan Farid
bin Wan Mohamed kerana memilih sajak ini. Terima kasih Ayid atas segalanya,
Allah jua yg membalas jasamu.


Tak tergambar gembiraku, bila nama penaku
terpapar di skrin dan disebut di akhir deklamasi. Kami tonton di rumah mama,
tergambar jua kegembiraan mama atas segala yg berlaku.


Terima kasih Ayid, Terima kasih
Mama.




HAPPY
BIRTHDAY


Sayangku


Ruzaini
Che Harun
( asnie02 )


Moga
panjang umur, murah rezeki dan diberkati Allah.





Selamat
Hari Guru


kepada


semua warga guru di
esastera dan esasterawan.



Thursday, April 09, 2009

Puisiku : Impian kian nyata



Impian kian nyata

Kala fajar, berdiri di tepi tasik
mengaup sinar lembut ke muka
atur langkah selembut riak air
gantung harap secerah fajar di celah gunung.

Dari kejauhan ini, kugapai cahaya
terang, makin terang
tika mentari menyelak hijab
wajahnya makin jelas
impian kian nyata.

-As Syramy
Bendang Pauh, 09 2033H Apr.2009

Sunday, March 08, 2009

Disiarkan di Ming.Msia, Ahad, 8 Mac 2009

Marhaban Ya Nural Aini
Bersinar cahaya di ufuk
terang bak purnama mengambang
menyelinap di celah-celah kegelapan
terhakis sifat manusiawi
gawat murni tatasusila.

Selamat datang purnama yang terang
sinari malam yang melitupi
kelam yang penuh haiwani
hitam disusup syaitani
datang sebuah rahmat
hadir bawa petunjuk.

Selawat buatmu Ahmad
salam untukmu Muhammad
terpahat nama berzaman
terukir di kitab, tercatat di suhuf
hadir yang pasti
sempurnakan nubuwwah
lengkapkan risalah.

Marhaban Ya Nural Aini
Marhaban Jaddal Husaini
SallalLah 'ala Muhammad
SallalLah 'alaihi Wassalam.

-As Syramy
Bendang Pauh, 28 1922H Feb.2009

Tuesday, March 03, 2009

Puisiku



Ahlan Yabnati

Empat puluh minggu usia
di rahim bonda
senyawa, senafas
sekisar rahim
santap dan teguk minum
menumpangnya
itu duniamu.

Dengan keringat bonda
sepenuh kudrat dikerah
demi kehadiranmu
suara tangis di mungil bibir
sedih tinggalkan rahim
takut luas dunia
gerun tinggi langit
terkejut diagah syaitan.

Ahlan yabnati
selamat datang puteri
ayahbonda dan kekanda
dengan segala syukur kami sambut
mendaki jaya kan kami pimpini.

-As Syramy
Bendang Pauh
~Kelahiran puteri pada 02 1312H Mac 2009~
03 2121H Mac 2009

Monday, February 16, 2009

Puisiku



http://www.thedeck.net.au/images/animation-crab.gif



Senyum Sinis Sang
Ketam





Senyum sinis suku-sakat sang ketam
di
lautan, sungai, tasik dan paya
atau di pantai yang dua alam
sambil
mengenyit-ngenyit mata sesama mereka
berlipat angka spesis
mereka.





Spesis mereka yang jalan
mengiring
menyuap makan di kiri dan kanan
ada di mana-mana
di dewan
negeri, dewan rakyat dan dewan negara.




-As Syramy
Bendang Pauh, 16 2229H
Feb.2009

Tuesday, February 10, 2009

Puisiku : Mengunyah Kaca




Mengunyah kaca


Melihat cermin, biasan diri
memegang cangkir, teguk minuman
menyinar lampu, terangi maya
kaca memang indah
mempersona
terluka diri
kena pecahnya
dan sakit amat
terpaksa mengunyahnya.


-As Syramy
Bendang Pauh, 10 0001H Feb.2009

Tuesday, January 27, 2009

Puisiku : Inilah jihad


Inilah jihad
( dedikasi untuk
"Budak Tomato" )

'Aku masih kecil, tidak cukup sasa untuk memikul rifel atau pelancar roket, merenggut nyawa Yahudi, syaitan pencabul nyawa, dan aku saksikan syuhada' '.

'Tuhan, inilah cuma mampuku, menyuap tomato ke mulut saudara seagama, terperuk di bawah runtuhan, bersama doa, selamatkanlah mereka'.

'Tuhan, akurku dengan Qudrat dan IradatMu, mereka masih dapat menyedut udara Gaza, yang berdebu runtuhan, yang tercemar fosforus, yang disalut uranium, mereka selamat dari kematian, dihimpit runtuhan'.

Anak, ini jihad masih, biar tidak dianugerah bintang syahid.

-As Syramy
Bendang Pauh, 25 2020H Jan.2009

Tuesday, December 30, 2008

Selamat Tahun Baru 1430H dan 2009M

Selamat Tahun Baru
1430H
&
2009M
dpd
AS SYRAMY ( ramy0722 )
NIE ( asnie02 )
SYIFA ( syifa96 )
MU'EIZ ( izz97 )
MUNZIR ( jay2000 )
SOFEA ( sofea04 )

Tuesday, December 02, 2008

Pedang puaka menghentak bumi

Baju besi hitam berduri ganas rupa burukmu
pedang puaka menghentak bumi
cabar pertuanannya.

Kaudabik dada jadi perwira
menebus jenayah semalam
sedang darah di serata jasad masih hanyir.

Belum sempat kausarung pedang
belum kering merah darah
bumi kauhentak pedang
tanah dan selutnya
menyalut tubuhmu
menelan ke tujuh petala.

-As Syramy
Bendang Pauh, 28 2145H Nov.2008

Friday, October 24, 2008

Sajakku

Seruan wahyu, warisan anbiya'
Seruan Ilahi
lambaian tanah suci
panggilan rukun kelima
seluruh pelosok alam
bertaut mutlak akur.

Berkorban penuh rela
tinggal desa
tinggal saudara
tinggal harta
jihad anggota
jihad rasa
jihad jiwa
demi ibadah penyempurna.

Kaabah, Safa, Marwah, Muzdalifah, Arafah dan Mina
tempatnya
tawaf, sae'i, wuquf, mabit, melontar Jamrah dan tahallul
ibadah berzaman
seruan wahyu, warisan anbiya'.

-As Syramy
Bendang Pauh, 24 1800H Okt.2008

Friday, September 12, 2008

Temu Mesra Aidilfitri

TEMU MESRA AIDILFITRI 1429H
ESASTERA WILAYAH TIMUR

Tarikh : Hari Raya Ke-3
Tempat : Rumah Ramy
Kg.Bendang Pauh, Chetok,
Pasir Mas, Kelantan
Masa : 9.00 pagi
Sesiapa berminat untuk hadir sila hubungi ramy0722

Wednesday, September 03, 2008

Ahlan wa Sahlan Ya Syahral Mubarak
Salam Ramadan 1429H/2008M
daripada
As Syramy, Nie, Syifa', Izz, Jay dan Sofea

Thursday, April 10, 2008

Wednesday, October 17, 2007

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri

daripada

As Syramy Ashraf
Nie
Syifa'
Mu'eiz
Munzir
Sofea

Maaf Zahir dan Batin

Saturday, April 28, 2007

Pertabalan DYMM SPB YDPA XIII

DIRGAHAYU TUANKU
PERTABALAN
DYMM SERI PADUKA BAGINDA
YANG DIPERTUAN AGUNG KE-XIII
Al-Wathiqu billah shah
Sultan Mizan Zainal Abidin
dan
Tuanku Nur Zahirah
Daulat Tuanku

Sunday, March 04, 2007

AKSES 2

AKADEMI SASTERA SIBER 2
( AKSES 2 )
Anjuran :
Esastera.com
dengan kerjasama
PESIBER ( Persatuan Penulis Siber Malaysia ),
Dewan Bahasa dan Pustaka
serta
Kerajaan Negeri Kelantan
Tarikh : 10-12 Mac 2007
Tempat : Perdana Resort, PCB , Kota Bharu, Kelantan
Peserta : Pelajar sekolah dan IPT di Kelantan

Wednesday, February 07, 2007

Sajen

"YA"



Kujumpa si gadis manis
putih melepak
senyum
menawan
gemalai langkah
jelita wajah



Kudekati sambil menghulur salam
di dalam hati niat
mengorat
tidak dijawab termuncung mulutnya
sambil mendengus "Huh
gatal"



Setiap hari kutegur tanpa jemu
bertanya nama dia
membisu
bertanya sudikah jadi temanku
terpacul masih "huh
gatal"



Hari-hari kutahan dia
bertanya nama sambil
mengorat
kerana meluat diajak berlalu
"Dia, jom jangan layan budak gila
tu"
Gila ? Sememangnya aku gila bayang
Kini kutahu namanya
"Dia"



Tanpa jemu kungorat dia
biarpun mengejek kutahu "Dia"
suka
sebelum berlalu selalu kupesan
andai sudi SMS je aku
inilah nombor
jangan dilupa



Suatu hari semasa kenduri
kujeling "Dia" dibalas
senyum
tiba-tiba poketku bergetar
"beep,beep,beep" hanfonku
berbunyi
kulihat skrin , kubaca mesej
"Ya, dari "Dia"
"



Yahooooooooo "Dia" geweku
yabeda,
beduuuuu



-As Syramy
Pasir Mas, 25
0005H Jan 2007