Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Wednesday, June 29, 2005

Haiku



Kempen Budi Bahasa




Bersopan-santun
Kempen Budi Bahasa
Kunyah Budaya






-As SyramyPasir Mas,26 1010H Jun
2005





Monday, June 27, 2005

Puisiku


Budi Bahasa Kita





Mercu tanda gemilang bangsa
simbol peradaban sebuah
nusa
tertegak projek mega
hasil
nukilan minda kita
dengan taburan emas warga
sedunia kita
bangga









Di balik tirai
sida-sidanya
bukan kita
diperah
keringat
dikerah tenaga









Usai tugas mereka bukan siapa
pendatang tiada
guna
dihalau, diusir mereka
tiada
belas rasa
bagai anjing kurap
hinanya









Tiada kenang jasa
tiada budi bahasa
bangsaku yang
termasyhur ceritera
hidup bersendi budi
bahasa








- As Syramy
Pasir Mas, 22 1633H Jun 2005


Sunday, June 26, 2005

Pantun : Mengulit Rindu

Anggerik desa
sanggulan dara

semerbak
harum menongkah angin
melarik rasa kerinduan membara
semerbak kuntum indah
diingin





Daun senduduk terbang ke
hilir

diambil orang mengalas
pinggan
Kerinduan diranduk di kencang alir
sambil songsang merentas
angan








Duduk bersila menganyam
rotan

akar melilit bersimpul
mati
tunduk muka dan diam lisan
mekar berulit tersimpul di
hati









-As Syramy
Pasir Mas, 25 0144H Jun
2005

Saturday, June 25, 2005

Sajen


Monolog Ahli Parlimen



Sesuatu bermain difikiran
aku seorang ahli parlimen
tapi tak boleh bersuara sembarangan
apalagi aku orang kerajaan
hanya boleh angguk dan bagi cadangan
itupun jangan berbau penentangan
nanti kelak digantung keahlian






Menteri cun membentang cadangan
Rang Undang-undang Akta Keluarga Islam Persekutuan
nak poligami tak perlu keizinan
macam Perlis, macam Kelantan
lalu katanya : "saya sebagai perempuan,
akta ini amat menakutkan"
akta dilulus tanpa panjang perbahasan






Kini rasanya kuperlu cadangkan
cuti mingguan mesti dilanjutkan
seperti cadangan seorang sasterawan*
dari dua hari, tiga pula kita jadikan
demi menggalakkan pelancungan
yang penting aku dapat sempurnakan giliran






Eh..akta sudah diluluskan
mudahlah kuota aku cukupkan
tapi macamana dengan giliran?
takkan sehari lagi dikorbankan
pastinya ditolak seribu alasan
ha..aku ada satu cadangan
yang ini mesti dipertimbangkan
apa kata masa kerja dipendekkan
balik jam lima kepada jam dua diawalkan
macam cikgu di bidang pendidikan
pasti akan dapat sokongan
nanti bila kuota disempurnakan
yang "bongsu" waktu siang jadi giliran
sehari semalam,dua atau tiga hari siang digantikan
barulah wujud keadilan
akupun rasa aman











-As Syramy

Galok,16 2130H Jun
2005




*Sasterawan = Drirwan

Thursday, June 23, 2005

Puisiku


Berbudi bahasakah
bangsaku?



Di hening malam bulan mengintai
malu
kumerayau di kaki lima KLCC
merenung indah gemerlap lampu
bersisik
sinar mencakar langit
melilit bangunan kemegahan pertiwi
tiba-tiba aku
disapa seorang lelaki
mancung hidungnya, putih kulit, ikal
rambut



"Incik"
"Oh ! Bangla
rupanya"
"Siapa bina ini
KLCC?"
"Petronas"spontan jawabku
"Saya la" katanya
"Siapa awak?
Engineer? Arkitek? Kontraktor?"
"Bukan,saya kuli angkat bata sampai sana atas
juga ada"
sambil telunjuknya lurus ke puncak
KLCC







Lelaki itu diterpa tak
semena-mena
kulihat tangannya bergari dan meronta
dia
"pasport?"
"ada"
"permit?"
"ada"
"dah tamat tempoh, buat apa
kamu di sini ?" disoal lelaki itu
"tengok bangunan saya buat juga
ada"
lalu soalan yang sama kuaju terpacul
"Siapa awak? Engineer? Arkitek?
Kontraktor?"
"bukan, kuli juga ada"







Bagai anjing kurap lelaki itu
diperlaku
diheret, dihalau ke "Black Maria"
menerpa ke benakku
siapa
bina KLCC?







Sudah luputkah budaya
bangsa?
"Orang
memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa"
sudahkah dilupa pantun warisan?
"pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji di atas
peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati"
di mana nilai bangsaku yang di sebut pantun?
"yang kurik itu kundi,
yang merah itu saga,
yang molek itu
budi,
yang indah itu bahasa"
inikah budi bahasa
bangsaku?













-As Syramy

Pasir Mas, 20 2002H
Jun 2005