Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Thursday, June 23, 2005

Puisiku


Berbudi bahasakah
bangsaku?



Di hening malam bulan mengintai
malu
kumerayau di kaki lima KLCC
merenung indah gemerlap lampu
bersisik
sinar mencakar langit
melilit bangunan kemegahan pertiwi
tiba-tiba aku
disapa seorang lelaki
mancung hidungnya, putih kulit, ikal
rambut



"Incik"
"Oh ! Bangla
rupanya"
"Siapa bina ini
KLCC?"
"Petronas"spontan jawabku
"Saya la" katanya
"Siapa awak?
Engineer? Arkitek? Kontraktor?"
"Bukan,saya kuli angkat bata sampai sana atas
juga ada"
sambil telunjuknya lurus ke puncak
KLCC







Lelaki itu diterpa tak
semena-mena
kulihat tangannya bergari dan meronta
dia
"pasport?"
"ada"
"permit?"
"ada"
"dah tamat tempoh, buat apa
kamu di sini ?" disoal lelaki itu
"tengok bangunan saya buat juga
ada"
lalu soalan yang sama kuaju terpacul
"Siapa awak? Engineer? Arkitek?
Kontraktor?"
"bukan, kuli juga ada"







Bagai anjing kurap lelaki itu
diperlaku
diheret, dihalau ke "Black Maria"
menerpa ke benakku
siapa
bina KLCC?







Sudah luputkah budaya
bangsa?
"Orang
memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa"
sudahkah dilupa pantun warisan?
"pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji di atas
peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati"
di mana nilai bangsaku yang di sebut pantun?
"yang kurik itu kundi,
yang merah itu saga,
yang molek itu
budi,
yang indah itu bahasa"
inikah budi bahasa
bangsaku?













-As Syramy

Pasir Mas, 20 2002H
Jun 2005

No comments: