Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Tuesday, June 07, 2005

Artikel

Peram Karya dapat mengindahkannya?


Menurut mentor saya Sdr.Airmas_sz, saya perlu "brek" bila berkarya. Iaitu saya perlu simpan dan peram karya saya untuk beberapa ketika sebelum dikirim di esastera.com atau ke mana-mana. Begitu jua mentor kita Prof.Dr.Irwan pernah nasihatkan saya supaya saya peramkan karya saya demi meranumkannya dan melahirkan karya yang bermutu.



Ya,saya rasa nasihat mereka ada kebenarannya dan memang benar. Tetapi bagi saya, jika saya peramkan karya dan saya proses semula karya tersebut jarang yang "menjadi". Maksud menjadi ialah jadi lebih baik dari sebelum, bahkan yang kerap berlaku dari memproses semula itu terwujud satu sajak baru yang berasingan.



Pak Arisel dan Prof. dalam artikel mereka pernah mencadangkan agar penulis muda memamah karya penulis mapan untuk mematangkan atau memantapkan karya kita. Cadangan ini bagi saya adalah sesuatu yang perlu diambil berat oleh penulis muda( seperti saya ) khususnya di esastera.com.Biarpun kita tidak sanggup ( kerana merasa tidak berbaloi) untuk membeli antologi penulis-penulis terkemuka, sekurang-kurangnya kita sudi mengunyah karya penyair dan penulis mapan atau terkemuka jua ternama di esastera.com



Saya bukan menolak atau menyanggah nasihat dan pendapat mentor-mentor saya ini ( nanti derhaka namanya ) tetapi untuk brek atau peram bila berkarya adalah sesuatu yang agak sukar bagi saya laksanakan buat masa ini.Mungkin kerana saya terlalu ghairah atau teruja untuk berkarya bila bertemu dengan portal www.esastera.com ini.



Merujuk kepada usaha memantapkan karya dengan memamah karya penulis mapan, saya amat bersetuju dengan cadangan dan saranan ini. Walaupun kita "terpengaruh" dengan stail mereka, tetapi ia tidaklah separah ciplak atau plagiat. Bahkan kadang-kadang pengaruh mereka yang kita garapkan menjadi satu bisa menjadi identiti tersendiri bagi kita.
Rasa-rasanya inilah yang berlaku pada saya ( cuma saya amat kagum dan terpengaruh dgn pak arisel, tapi masih tak mampu meniru cara sajak senafasnya itu ),saya membina identiti tersendiri dalam karya saya hasil gabungan beberapa penulis dan penyair khususnya di esastera.com ini. Saya banyak "terpengaruh" dengan teknik persembahan dan lantunan idea Prof.,cikgu, sdr.airmas_sz,pak arisel,tinta,sdr.mosna,sdr.saleha, sdr.nimoiz_ty dan aminhad. Jika anda mengunyah karya-karya saya,anda akan dapat melihat "nafas" mereka di dalam karya saya.



Akhirnya, saya rasa pemeraman karya bukan suatu isu besar, cuma bagi saya ia agak susah untuk saya amalkan buat masa ini. Izinkan saya meredah esastera.com ini dengan karya-karya picisan dan tong sampah saya melambak di sini.
Berilah peluang kepada ramy0722 ini menjadikan esastera.com ini sebagai wadah untuk berkarya biarpun di suatu sudut yang terpencil di sini.



-As Syramy
Pasir Mas,06 2045H Jun 2005

No comments: