Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Sunday, November 07, 2004

Puisiku : Taman Ramadan

Apple Tree Eating Its Own Kind

Taman Ramadan

Taman indah dihiasi pepohonan
pepohon bertunjangkan iman dan taqwa
berteras puasa tahan lapar dahaga
batangnya kekangan nafsu ammarah
berdahankan terawih, qiam malam dan tadarrus
ranting-rantingnya sedekah dan zakat fitrah
lebat hijau dedaunan zikir dan taubat
gapailah manis buah rahmat dan maghfirah

Taman indah ini
ada kolam keampunan dan makbul doa
di dasarnya mutiara Lailatul Qadar
di tengah-tengahnya tegap tugu Nuzul Ayat Ilahi

Taman Ramadan
mekar di persada maya
sepurnama cuma
nikmatilah keindahannya
hiruplah segar udara nyamannya
sebelum menjengah ke Gerbang Syawal

-As Syramy
Pasir Mas,29 2222H Okt 2004


No comments: