Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Sunday, November 21, 2004

Sajen : Puasa

PUASA

1 Ramadan menjelma
Penyimpan Mohon Besar Raja-raja mengisytiharkan puasa
bangkitlah kami lima beranak bersahur
di meja makan bertanyalah anakku Munzir, 6 tahun umur
"Abah, mana sahurnya ? Jay tak nampak pun?"
"Inilah sahur Jay, kita makan awal pagi ni dipanggil sahur"

Selepas sahur tidur anak-anakku
bangkit tidur ku tanya anak keduaku Mu'eiz
"Izz nak puasa ke?"
lalu dijawab "puasa abah"
Jay menyampuk "Jay nak juga, mana puasanya abah?"
"puasa tu tak makan, tak minum Jay,
Jay tak payah puasalah kecil lagi"

Hampir berbuka
mengadap juadahlah kami
bertanya lagi Jay "mana benda nak bukanya,abah?"
digelak oleh kakak dan abangnya
tersipu malu Jay
Mu'eiz menjawab "lepas bersahur kita tutup puasa bila bang(azan) pagi,
lepas tutup kita buka. Bila bang malam kita boleh makan, berbukalah tu Jay"

Begitulah karenah anak ketigaku, Munzir
fahamkah dia?
entahlah

-As Syramy


Pasir Mas, 11 0617H Nov.2004

bersambung...Episod Raya


No comments: