Ulasan Sajak Ya Habibi Karya As Syramy
Oleh Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub
Ya Habib
Gemilang langit
sirna terang selubung
gegarkan dunia thaghut
padamkan nyala batil
bantut intai khazanah
dikejar nyala ganas
Kembali manusia pada manusia
memalaikat mereka
teguh, penuh aqidah bertunjang
tamaddun jiwa, ruh dan material
bias prisma haq seantero alam
Paradigma beranjak
wadah tersemat
zaman berzaman
alir tenang segar
sejukkan hati,minda dan rasa
Ya habib...
salawat, salam teristimewa buatmu
dikau mentari, dikau sinar
gemerlap
-As Syramy
Pasir Mas,23 2210H April 2005
TERDAPAT beberapa alasan implisit dan eksplisit mengapa saya kurang berkeyakinan untuk mencuba genre kritikan. Yang pertama, kebanyakan penyair di esastera adalah lebih dewasa daripada saya. Yang kedua, saya sendiri kurang berkeyakinan untuk mencubanya. Yang ketiga, kurangnya pengetahuan tentang teori sastera. Yang keempat, tiadanya bahan bantu terutama buku rujukan yang boleh menyokong kritikan saya nanti. Yang kelima, saya takut orang marah dan terasa hati nanti jika terlalu banyak memberi komen. Yang keenam, saya takut tersalah membuat ulasan atau tafsiran atau terlalu remeh. Yang keenam, saya bimbang orang akan mempertikaikan tulisan saya nanti kerana siapalah saya untuk mengkritik karya orang lain. Kerana saya sendiri pun tidak tahu sangat dan pernah kena kritik, seolah-olah ibu ketam mengajar anaknya berjalan betul padahal ia sendiri pun tidak betul. Dan yang terakhir, saya tiadak yakin dengan stamina sendiri. Bimbang hanya hangat-hangat tahi ayam.
Pahun tahun 2002, saya pernah mengulas sajak “Inilah Cinta”, karya Ida Munira Abu Bakar. Namun, itulah ulasan saya yang pertama dan terakhir, kira-kira dua tahun lalu. Selepas itu, saya tidak menulis apa-apa tulisan kritikan lagi. Saya bimbang, kalau-kalau mutu tulisan kritikan saya semakin buruk dan merosot, saya akan malu pada diri sendiri. Lebih padah jika tulisan saya nanti semakin pendek dan ringkas. Bagi saya, saya cukup segan untuk mengkritik karya orang lebih dewasa. Kalau mengkritik karya penulis yang umurnya lebih kurang sebaya dengan saya, nanti saya akan dikatakan pilih kawan. Kalau mengkritik karya penyair yang kita kenal pula, nanti saya akan dituduh membodek. Bagaimanapun, untuk kali pertama ini, saya buang semuanya jauh-jauh. Kerana itu bukanlah alasan kukuh jika saya mahu maju. Tambahan, saya mesti mencuba semua bidang, supaya saya dapat melangkah ke “jalan baru” yang lebih cemerlang.
Oleh sebab itu, saya mengenepikan semua alasan ini supaya saya bebas menulis. Namun yang kuat membuatkan saya tidak mahu mencuba ialah sifat malas dalam diri. Dan kurangnya pengetahuan asas serta buku-buku rujukan. Tambahan, dalam beberapa bengkel penulisan yang saya sertai, yang ditekankan hanyalah berkaitan dengan teknik menghasilkan karya kreatif, bukannya untuk menghasilkan tulisan kritikan. Nampaknya, saya terpaksa belajar sendiri. Membuat kerja rumah sendiri tambahan saya sekarang berada “di dalam hutan”. Yang jauh dengan kegiatan sastera.
Saya sengaja memilih untuk menggunakan nama sebenar (Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub) dalam tulisan yang pertama ini (saya anggap yang pertama kerana dulu saya menggunakan nama Nimoiz T.Y). Menurut Rahman Shaari, Datuk Baharudin Zainal menggunakan nama sebenarnya, Baharudin Zainal dalam setiap tulisan kritikannya supaya nampak lebih “garang”. Mengikut jejak langkah Baharudin Zainal, saya dengan ini mengistiharkan nama sebenar, Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub (bukan Nimoiz T.Y) dalam genre kritikan (saya tidak pasti akan rajin atau tidak selepas ini) supaya saya tidak terikat-ikat dengan tali alasan yang menghalang kreativiti saya.
Harap-harapnya, nama Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub ini akan nampak lebih “garang”. Seperti “garang”nya Baharudin Zainal, lebih akademik, profesional, serius, berkecuali dan kritikus. Atau mungkin saya boleh tambah, supaya nampak lebih “tidak berperikemanusiaan” (maksud saya tidak ada perasaan belas kasihan, supaya saya boleh bebas). Manalah tahu, suatu hari nanti saya boleh mengikut jejak langkah Baharudin Zainal, atau pengkritik lain seperti Rahman Shaari, Umar Junus dan lain-lain. (Manalah tahu juga, suatu hari nanti, editor Dewan Sastera akan menghulurkan sejumlah puisi, dan meminta saya membuat analisis untuk disiarkan dalam Dewan Sastera bulan berikutnya. Hahaha, sekadar khayalan). Sekaligus saya akan lebih berani untuk mengkritik karya S.N. A.Samad Said, Kemala, Zurinah Hassan, Lim Swee Tin dan sebagainya.
Saya tidak berniat untuk membebel panjang. Terus kepada persoalan. Maksud kritikan sastera dalam tinjauan saya ialah tulisan-tulisan yang memuatkan analisis, pandangan, komentar, dan penilaian karya sastera. Tulisan kritikan, menurut Ungku Maimunah Ungku Tahir, terbahagi kepada dua jenis iaitu kritikan praktis dan kritikan teoritis. Yang praktis itu ialah pembicaraan karya manakala yang teoritis pula ialah pembicaraan teori sastera. Kedua-duanya berhubungan erat kerana kritikan praktis memerlukan teori, manakala kritikan teoritis menjadikan karya sebagai contoh untuk dipadankan. (Rahman Shaari: 2000).
Berpegang kepada tinjauan Rahman Shaari dan Ungku Maimunah ini, maka lebih wajar saya memilih kritikan praktis, seiring dengan pengetahuan saya yang cetek tentang teori sastera. Dan supaya saya dapat menggarap dengan bebas, mengikut pemahaman saya sendiri.
Ya Habib merupakan sebuah sajak berkisar tentang Maulidur Rasul, iaitu tarikh lahir junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. (12 Rabiul Awal), hasil karya As Syramy atau nama sebenarnya Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed (selepas ini disebut penyair). Bagaimanapun, ia bukanlah penceritaan secara langsung. Penyair pandai memancing khalayak apabila memilih judul sajak dalam bahasa arab (Ya Habibi). Kekasih boleh jadi teman wanita atau teman lelaki. Namun, kekasih di sini adalah merujuk kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. “Ya Habibi” bermaksud “wahai kekasih”. (Saya tidak pasti maksud sebenarnya “wahai kekasih” atau “wahai kekasihku”. Mungkin penyair boleh menjelaskanya). Tujuan Allah S.W.T mengutuskan Nabi Muhammad S.A.W adalah untuk menjadi penghulu umat akhir zaman. Memimpin manusia supaya beriman kepada Allah. Sebagai pedoman, turut diturunkan ialah Al-Quran sebagai mukjizat yang paling besar.
Firman Allah; “ Katakanlah olehmu (wahai Muhammad), andaikata manusia dan jin itu semua berkumpul untuk mendatangkan (yakni membuat) sesuatu seperti al-quran ini, nescaya mereka tidak dapat mendatangkan (yakni membuat) seperti itu, sekalipun yang sebahagian memberikan pertolongan kepada sebahagian yang lainnya.” (Al-Isra’: 80). Oleh sebab itu, apabila Rasulullah diutuskan, langit bercahaya indah dengan cahaya yang gemilang. Kerana itu, penyair memulakan sajaknya dengan ungkapan “gemilang langit”. Dan meneruskan dengan “sirna terang selubung”. Bagaimanapun, terdapat kontradiksi di sini apabila penyair memasukkan kata “sirna” pada baris kedua. Maksud sirna ialah “hilang”, ‘lenyap” atau “musnah”. Apabila dipadankan dengan ayat, sudah tentu ia akan memberi maksud “hilang terang selubung”. Atau boleh juga bermaksud “lenyap terang selubung” atau “musnah terang selubung”. Langit yang gemilang adalah langit yang terang-benderang. Langit yang bercahaya dengan cahaya indah. Maka di sini, perkataan “sirna” adalah tidak sesuai dimasukkan. Sepatutnya, langit akan terus bercahaya, bukan hilang. Sekaligus berlaku pembaziran perkataan di sini. Apabila perkataan “sirna” digugurkan, ungkapan ini akan menjadi lebih realistik, dan sudah boleh berdikari; “gemilang langit”/ “terang selubung” yang memberi maksud bahawa langit yang gemilang dan terang berselubung, melitupi seluruh alam.
Seterusnya penyair telah menegaskan bahawa dengan lahirnya junjungan besar Rasulullah, telah menggegarkan dunia thaghut. Kata penyair, “gegarkan dunia thaghut” / “padamkan api batil” / “bantut intai khazanah”. Sejajar dengan firman Allah S.W.T. dalam Al-Quran yang bermaksud; “Tidak ada paksaan dalam agama, telah nyata petunjuk dari kesesatan maka barangsiapa mengkufuri thaghut, dan beriman akan Allah, maka sungguhnya ia memegang tali yang kukuh yang tidak akan putus, dan Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”(Al-Baqarah: 256). Maksud memegang tali yang kukuh di sini ialah pegangan agama.
Pada perenggan kedua, penyair memulakannya dengan “kembali manusia pada manusia” (barangkali “pada” boleh ditukar kepada “kepada” supaya tidak berlaku kesalahan dari segi tatabahasa) / “memalaikat mereka” / “teguh, penuh aqidah bertunjang” / “tamaddun jiwa, ruh dan material” / “bias prisma haq seantero alam.” Memang, dengan lahirnya junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, telah mengembalikan manusia kepada manusia, selaras dengan tugas Nabi Muhammad S.A.W. supaya membimbing manusia ke jalan yang benar. Ini adalah wajar kerana tanggungjawab manusia yang sebenarnya ialah menjadi khalifah di atas muka bumi. (Walaupun pada peringkat pertama dakwah rasulullah di Kota Mekah, tidak ramai yang beriman).
Bagaimanapun, saya kurang berkenan dengan ungkapan “memalaikat mereka”. “Mereka” adalah merujuk kepada manusia. Sesuatu yang boleh dipersoalkan, bagaimana nabi boleh menjadikan manusia kepada malaikat? Ini kerana, sifat manusia dan malaikat adalah tidak sama. Antara ciri-ciri manusia ialah; dijadikan daripada tanah, ada yang taat dan ada yang tidak (sekaligus ada yang akan masuk syurga dan ada yang akan masuk neraka), ada lelaki dan ada yang perempuan, perlu makan dan minum, boleh mati bila-bila masa sebelum hari kiamat dan bertubuh kasar. Ciri-ciri malaikat pula ialah dicipta daripada cahaya (nur), semuanya taat dan berbakti kepada Allah, tiada lelaki atau perempuan, tidak perlu makan dan minum, tidak akan mati sebelum hari kiamat dan bertubuh halus. Maka atas alasan kontradik ini, saya cadangkan ungkapan “memalaikat mereka” perlu digugurkan supaya tidak menjadi isu nanti.
Sebagai penyair yang terdidik dalam pengajian islam, saya rasa beliau mempunyai sebab mengapa memilih perkataan “tamaddun” dan “ruh” dalam sajak ini. “Sedangkan dalam ejaan moden “tamaddun” dieja sebagai “tamadun” dan “ruh” sebagai “roh”. Sebagaimana hujah S.N. A.Samad Said memilih perkataan “surga” dan “tobat” dalam puisinya, bukan “syurga” dan “taubat” sebagaimana ejaan moden biasa. Saya beranggapan, penyair memillih menggunakan perkataan “tamaddun” dan “ruh” untuk memberi kesan bunyi yang lebih islamik. Yang lebih religius. Ini merupakan suatu percubaan yang bagus.
Berikutnya, penyair memilih untuk menggunakan dua perkataan sahaja untuk setiap baris pada perenggan ketiga. Iaitu, “paradigma beranjak” / “wadah tersemat” / dan “zaman berzaman” (penyair terlupa memasukkan tanda sempang). Apabila ditekankan bacaan pada ketiga-tiga baris ini, kita akan menemui suatu keharmonian bahasa yang indah. Apa yang dikatakan wadah tersemat? Tidak lain dan tidak bukan ialah tentang wadah keperibadian Nabi Muhammad S.A.W. itu sendiri (kerana peribadi Rasulullah sendiri adalah ajaran yang perlu kita ikuti, bukan hanya poligami). Kerana inilah sunnah yang perlu kita contohi untuk menjadi insan yang gemilang, seperti gemilangnya langit dalam ungkapan pada baris yang pertama awal-awal tadi. Tentang keperibadian Nabi Muhammad yang molek ini sudah diakui oleh siapa jua sekalipun, baik orang kafir yang menentang Nabi dulu. Sebagai contoh, walaupun dicerca dihina, Nabi Muhammad S.A.W masih mampu tersenyum sabar. Firman Allah, “Bahawasanya orang-orang yang sabar itu akan dipenuhilah pahala amat banyak.” (Az-Zumar: 10).
Hanya Nabi Muhammad S.A.W. yang mampu memberi syafaat kepada kita pada hari akhirat kelak. Oleh itu, kita disunatkan untuk banyak-banyak berselawat ke atas baginda. Tidak hanya selawat dalam tahiyat ketika menunaikan solat lima waktu. Tidak perlu panjang, cukuplah dengan mengucapkan “Allahummasollialamuhammad” yang bermaksud: “ Ya Allah, kurniakanlah tambahan rahmat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad.” Maka amat wajar penyair menulis, “Ya habib...” / “Selawat salam teristimewa buatmu” / “dikau mentari, dikau sinar” / “gemerlap”. Bagaimapun, ada baiknya penyair tidak mengunakan tanda “...” selepas perkataan Ya habib kerana menurut Shamsudin Othman, penyair yang mengunakan tanda sedemikian seolah-olah tidak ada pendirian teguh. Seolah-olah tidak pandai menyelesaikan ayat. Ini kerana, tanda sedemikian memberi makna tiada penyelesaian. Sesebuah sajak yang baik mestilah selesai di situ juga. Tidak perlu infiniti kerana akan mengundang impilikasi lain nanti. Sesuatu yang perlu dipuji di sini, penyair mengunakan unsur perbandingan matahari, sebagai lambang. Memang, matahari boleh memberikan cahaya pada alam. Sebagaimana Nabi Muhammad SA.W. memberi cahaya dengan sinar gemerlap pada umat manusia.
Demikian secara ringkas ulasan sajak Ya habib hasil karya As Syramy. Sebagai tambahan, beberapa ungkapan dalam bahasa arab seperti “thaghut” dan ‘habib” melengkapkan lagi suara religius penyair, tambahan latar pendidikan dan tugas penyair sebagai seorang guru (pendidikan islam). Dan ini memberikan satu kelebihan kepada penyair kerana berkeupayaan untuk menambah beberapa perkataan yang lebih “arabic” untuk karya-karya seterusnya. Harapnya, penyair tidak mempersiakan ilmu bantu ini. Saya pasti, penyair (As Syramy) akan terus maju jika beliau tidak berhenti (walaupun kadangkala kita perlu break untuk meranumkan sendiri buah sajak). Semoga penyair akan terus banyak menghasilkan karya yang bersifat religius untuk mendidik masyarakat kerana kita semua akan mati suatu hari nanti. Sebagai peringatan menuju hari akhirat. Tambahan, Allah S.W.T kini telah menampakkan beberapa tanda-tanda kiamat, termasuk ketidakstabilan lapisan muka bumi. Atau secara terus terang, gempa bumi dan tsunami yang semakin menjadi-jadi. Salam krtikan.
Tarikh: 23 april 2005
______________
Penyair adalah insan yang menukilkan peristiwa di persekitarannya dalam susunan kata-kata puitis.
Banners
About Me
- ramy0722
- Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.
Tuesday, April 26, 2005
Sunday, April 24, 2005
Puisiku
Persada Cinta
Persada cinta
dihiasi bunga-bunga
berkembangan
di tepian taman
pancutan air
anak sungai mengalir
segarkan cinta
suburkan asmara
semerbakkan rindu
"syurgawi"kan sebuah kalbu
Pasir Mas,09 1603H Sept.2004
Persada cinta
dihiasi bunga-bunga
berkembangan
di tepian taman
pancutan air
anak sungai mengalir
segarkan cinta
suburkan asmara
semerbakkan rindu
"syurgawi"kan sebuah kalbu
Pasir Mas,09 1603H Sept.2004
Saturday, April 23, 2005
Puisiku
Ya Habib
Gemilang langit
sirna terang selubung
gegarkan dunia thaghut
padamkan nyala batil
bantut intai khazanah
dikejar nyala ganas
Kembali manusia pada manusia
memalaikat mereka
teguh, penuh aqidah bertunjang
tamaddun jiwa, ruh dan material
bias prisma haq seantero alam
Paradigma beranjak
wadah tersemat
zaman berzaman
alir tenang segar
sejukkan hati,minda dan rasa
Ya habib...
salawat, salam teristimewa buatmu
dikau mentari, dikau sinar
gemerlap
Pasir Mas,23 2210H April 2005
Gemilang langit
sirna terang selubung
gegarkan dunia thaghut
padamkan nyala batil
bantut intai khazanah
dikejar nyala ganas
Kembali manusia pada manusia
memalaikat mereka
teguh, penuh aqidah bertunjang
tamaddun jiwa, ruh dan material
bias prisma haq seantero alam
Paradigma beranjak
wadah tersemat
zaman berzaman
alir tenang segar
sejukkan hati,minda dan rasa
Ya habib...
salawat, salam teristimewa buatmu
dikau mentari, dikau sinar
gemerlap
Pasir Mas,23 2210H April 2005
Thursday, April 21, 2005
Pantun
Kursus
Tongkat lurus kekal di tangan
tongkat lama dahulu kala
saat kursus tinggal kenangan
sahabat lama ketemu semula
Pasir Mas,20 2306H April 2005
Tongkat lurus kekal di tangan
tongkat lama dahulu kala
saat kursus tinggal kenangan
sahabat lama ketemu semula
Daun temu dan buah jadam
campuran ubatan tradisi lama
timbunan ilmu telah kuhadam
jutaan kenangan abadi selama
campuran ubatan tradisi lama
timbunan ilmu telah kuhadam
jutaan kenangan abadi selama
Usai jurus lewat mentera
pahlawan bertiga beradu kuat
selesai kursus penuh sejahtera
pangkuan keluarga rindu terubat
pahlawan bertiga beradu kuat
selesai kursus penuh sejahtera
pangkuan keluarga rindu terubat
Pasir Mas,20 2306H April 2005
Sunday, April 17, 2005
Kursus
Hadiri Kursus Jurulatih Dakwah ( JLD )
SPIM,JPN Kelantan
Tempat :Bukit Keluang Beach Resort,Trengganu
Saturday, April 16, 2005
Puisiku
Rimbun Pohon Semai benih sebiji Tujuh dahan utuh Berkat budi |
Friday, April 15, 2005
Puisiku ( Puisi ini tersiar dlm.Mingguan Wanita,8-14 Apr.2005 )
Kabur ( Blur )
A blanket note of blessed snow
Black spot smeared thy chest
Tainted not entirely
Nobleness scratches
Bite of scratched clawed
Soreness yet spell
Flow of poisons
Under conscious self
Absorbed a tint of note
Toward blood drain,pulse, nerve
gash...
The whole body
Pasir Mas,20 2002H Mac 2005
Translated by Airmas_sz
____________________________
Kabur
Suci salju segebar warkah
percik titik hitam di dadanya
tiada ternoda segala
tercalar sebuah maruah
Sekelumit calar mencakar
pedih tetap terasa
menjalar bisa
di bawah sedar pancaindera
Serap sebutir noktah
ke salur darah, nadi, saraf
parah...
sekujur tubuh
Pasir Mas,20 2002H Mac 2005
A blanket note of blessed snow
Black spot smeared thy chest
Tainted not entirely
Nobleness scratches
Bite of scratched clawed
Soreness yet spell
Flow of poisons
Under conscious self
Absorbed a tint of note
Toward blood drain,pulse, nerve
gash...
The whole body
Pasir Mas,20 2002H Mac 2005
Translated by Airmas_sz
____________________________
Kabur
Suci salju segebar warkah
percik titik hitam di dadanya
tiada ternoda segala
tercalar sebuah maruah
Sekelumit calar mencakar
pedih tetap terasa
menjalar bisa
di bawah sedar pancaindera
Serap sebutir noktah
ke salur darah, nadi, saraf
parah...
sekujur tubuh
Pasir Mas,20 2002H Mac 2005
Thursday, April 14, 2005
Tanka
Ingin kupikat
Jelita wajah
manis senyum terukir
ingin kupikat
jadikan permaisuri
menghias kamar hati
3C,SMKRP,13 1747H Apr.2005
Jelita wajah
manis senyum terukir
ingin kupikat
jadikan permaisuri
menghias kamar hati
3C,SMKRP,13 1747H Apr.2005
Wednesday, April 13, 2005
Senryu
Tidur di kelas
Tidur yang lena
mimpi indah dan dengkur
si budak nakal
Pasir Mas,11 2020H Apr.2005
Tidur yang lena
mimpi indah dan dengkur
si budak nakal
Pasir Mas,11 2020H Apr.2005
Tuesday, April 12, 2005
Sajen
Brek
"Breklah sedikit bila berkarya,
peram,baca semula,edit,
baru bermutu karya"
titip nasihat mentorku
Tak dapat kubrek
bila mengalir idea
susah disekat
nanti bantut
kata penulis muda terkenal
nimoizty yang kukagumi
"karya yang keluar dan dikeluarkan,
mutunya berbeza"
Yang kubrek karyanya
dapat satu bintang
yang kulepas luncur
dapat tiga bintang
Macamana ya?
wahai mentorku
biarlah kuikut rasa
kalau nak brek,kubrek
kalau tidak, kubiar meluncur
asal tidak terlanggar
Pasir Mas,12 2127H Mac 2005
"Breklah sedikit bila berkarya,
peram,baca semula,edit,
baru bermutu karya"
titip nasihat mentorku
Tak dapat kubrek
bila mengalir idea
susah disekat
nanti bantut
kata penulis muda terkenal
nimoizty yang kukagumi
"karya yang keluar dan dikeluarkan,
mutunya berbeza"
Yang kubrek karyanya
dapat satu bintang
yang kulepas luncur
dapat tiga bintang
Macamana ya?
wahai mentorku
biarlah kuikut rasa
kalau nak brek,kubrek
kalau tidak, kubiar meluncur
asal tidak terlanggar
Pasir Mas,12 2127H Mac 2005
Monday, April 11, 2005
Sunday, April 10, 2005
Tanka
Sayangku
Duhai sayangku
ukirlah senyum manis
di ulas bibir
kencang degup jantungku
kan kumiliki dikau
Pasir Mas,05 2203H 0205
Duhai sayangku
ukirlah senyum manis
di ulas bibir
kencang degup jantungku
kan kumiliki dikau
Pasir Mas,05 2203H 0205
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN
Anakandaku
%%%%%%%%%%%%%%%%%
Saturday, April 09, 2005
Wednesday, April 06, 2005
Pantun
Rindu bertandang
Sempit masa tunggu petang
resah pula menanti sahabat
perit rasa rindu bertandang
entah bila hati terubat
Buah kepayang di atas para
jadam, ladu dicampur lada
hadirlah sayang hadir segera
padam rindu hangat di dada
Pasir Mas,01 1404H Apr 2005
Sempit masa tunggu petang
resah pula menanti sahabat
perit rasa rindu bertandang
entah bila hati terubat
Buah kepayang di atas para
jadam, ladu dicampur lada
hadirlah sayang hadir segera
padam rindu hangat di dada
Pasir Mas,01 1404H Apr 2005
Tuesday, April 05, 2005
Puisiku
Hanyut
Lautan berombak indah kebiruan airnya
kurenang, kulayari permukaannya
kuselam, kuteroka ingin mencecah dasar
sejuk dan nyaman airnya
cantik panca warna, aneka hidupan
kunikmati, tenang rasa
Asyik aku di lautan ini
berpusar putaran air
menenggelamkanku
membawaku pergi
terkapai, terkapar
Hanyut aku
di lautan tak bertepi ini
Pasir Mas,04 1702H 2005
Lautan berombak indah kebiruan airnya
kurenang, kulayari permukaannya
kuselam, kuteroka ingin mencecah dasar
sejuk dan nyaman airnya
cantik panca warna, aneka hidupan
kunikmati, tenang rasa
Asyik aku di lautan ini
berpusar putaran air
menenggelamkanku
membawaku pergi
terkapai, terkapar
Hanyut aku
di lautan tak bertepi ini
Pasir Mas,04 1702H 2005
Monday, April 04, 2005
Pantun
Adat Berkasih
Ambil galah dari kayu,
buat menjolok buah nan tinggi,
bunga kasih itulah rindu,
buahnya pula cinta abadi.
Buah jatuh menimpa bahu,
bahu tak sakit rosaklah buah,
cinta dihias rasa cemburu,
andai tiada hilang meriah.
Buah lebat pohonnya redup,
buah dimakan manis rasanya,
sudah adat dalam hidup,
perit cubaan teguhlah cinta.
Buah dijolok pauh rupanya,
pokoknya besar tinggi melangit,
buahnya lebat tak berpucuklah lagi,
ingatlah pesan seniman legenda,
lagikan lidah pasti tergigit,
apa pula suami isteri.
Pucuk putat layu,
jadi ulam cicah budu,
pucuk pauh kembang,
dipetik buat ulam jua,
duduk dekat malu,
itulah adat pengantin baru,
duduk jauh bimbang,
bimbang andai rindu menjelma.
Pasir Mas,15 Jun 2004
Ambil galah dari kayu,
buat menjolok buah nan tinggi,
bunga kasih itulah rindu,
buahnya pula cinta abadi.
Buah jatuh menimpa bahu,
bahu tak sakit rosaklah buah,
cinta dihias rasa cemburu,
andai tiada hilang meriah.
Buah lebat pohonnya redup,
buah dimakan manis rasanya,
sudah adat dalam hidup,
perit cubaan teguhlah cinta.
Buah dijolok pauh rupanya,
pokoknya besar tinggi melangit,
buahnya lebat tak berpucuklah lagi,
ingatlah pesan seniman legenda,
lagikan lidah pasti tergigit,
apa pula suami isteri.
Pucuk putat layu,
jadi ulam cicah budu,
pucuk pauh kembang,
dipetik buat ulam jua,
duduk dekat malu,
itulah adat pengantin baru,
duduk jauh bimbang,
bimbang andai rindu menjelma.
Pasir Mas,15 Jun 2004
Sunday, April 03, 2005
Pantun
Buai laju-laju,
sampai pucuk sena,
jom baca komik aku,
komik pendekar Cina.
Buai laju-laju,
sampai cucur atap,
mari tengok buku,
ada gambar "sedap".
Buai tinggi-tinggi,
sampai mencecah awan,
jom kita pergi,
tengok VCD rumah kawan.
(Bila masanya anak-anak kita nak baca buku pelajaran?)
Pasir Mas,09 Jun 2004
Saturday, April 02, 2005
Puisiku
Puisi Syok Sendiri
Aku berpuisi
puisi syok sendiri
aku syok sendiri
syok sendiri aku
Polos puisiku
klise diksinya
aku syok sendiri
syok sendiri aku
Pasir Mas,01 1710H Apr 2005
Aku berpuisi
puisi syok sendiri
aku syok sendiri
syok sendiri aku
Polos puisiku
klise diksinya
aku syok sendiri
syok sendiri aku
Pasir Mas,01 1710H Apr 2005
Friday, April 01, 2005
Puisiku
Mawar di teguh batu
Harum merah mawar mekar
dijilat ombak di bisu ketul batu
saksi sirna kilau kelopak kasih
Teguh cinta bersemi
sesegar kuntum mawar di pejal batu
Galok, 31 2245H Mac 2005
Harum merah mawar mekar
dijilat ombak di bisu ketul batu
saksi sirna kilau kelopak kasih
Teguh cinta bersemi
sesegar kuntum mawar di pejal batu
Galok, 31 2245H Mac 2005
Subscribe to:
Posts (Atom)