Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Monday, April 04, 2005

Pantun

Adat Berkasih


Ambil galah dari kayu,
buat menjolok buah nan tinggi,
bunga kasih itulah rindu,
buahnya pula cinta abadi.

Buah jatuh menimpa bahu,
bahu tak sakit rosaklah buah,
cinta dihias rasa cemburu,
andai tiada hilang meriah.

Buah lebat pohonnya redup,
buah dimakan manis rasanya,
sudah adat dalam hidup,
perit cubaan teguhlah cinta.

Buah dijolok pauh rupanya,
pokoknya besar tinggi melangit,
buahnya lebat tak berpucuklah lagi,
ingatlah pesan seniman legenda,
lagikan lidah pasti tergigit,
apa pula suami isteri.

Pucuk putat layu,
jadi ulam cicah budu,
pucuk pauh kembang,
dipetik buat ulam jua,
duduk dekat malu,
itulah adat pengantin baru,
duduk jauh bimbang,
bimbang andai rindu menjelma.


-As Syramy
Pasir Mas,15 Jun 2004


No comments: