DILEMA RINDUKU
Sekepal rinduku ,
Sejambak sepi ,
Terbungkam sunyi ,
Di gurun kalbu ,
Ku anyam rindu ,
Menjadi mimpi ,
Di lembah fantasi ,
Terlaksanakah ,
Anyaman rinduku ini ,
Memutikkan cinta ?
Ataukah ,
Rinduku tinggal rindu ,
Gersang di sudut sana ,
Dan………………….,
Benih rinduku jadi debu ,
Bukan putik cinta ?
06 0015H Jun 1990
((((((((((@@@@@@@@@@))))))))
Andaiku diberikan peluang menggubah mimpi menjadi realiti
kan kumimpikan sebuah syurga.
Pasir Mas,13 2142H Julai 2004
Penyair adalah insan yang menukilkan peristiwa di persekitarannya dalam susunan kata-kata puitis.
Banners
About Me
- ramy0722
- Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.
Monday, February 28, 2005
Sunday, February 27, 2005
Puisiku
Anakku
Anakku,
tiada yang istimewa pada ayahmu ini,
manusia biasa seperti orang lain,
berbekal tulang empat kerat ini,
ayahmu ini meneroka bumi,
demi menyuap nasi ke mulut kita.
Anakku,
ayahmu ini tidak mengimpikan harta,
ayahmu ini tidak mengimpikan balasan,
harapan cuma dikau bahagia,
harapan cuma dikau sejahtera.
Anakku,
harta tidak mampu kupusakakan,
ilmu yang mampu ayah bekalkan,
gunalah ilmu buat mencari harta,buat mencari bahgia.
SMKSID 11 2134H Feb.2004
************************
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
************************
Tak terucap
Tak terungkap dengan perkataan
tak teruntai dengan kalimat
tak terlafaz dengan ucapan
rasa yang kualami ini
perasaan yang memenuhi hati.
Terima kasihku
penghargaanku
syukurku
pada Ilahi
mengutuskan kalian
pembimbingku
pendorongku
pembakar semangatku
di persada seni ini.
Terima kasih atas segalanya
mencurah segala yang ada
dengan tulus,murni hasrat di dada
melahirkan penulis muda
di persada siber nan terbuka
biar cuma yang ada
insan kerdil seperti hamba.
Pasir Mas,12 2329H Julai 2004.
Anakku,
tiada yang istimewa pada ayahmu ini,
manusia biasa seperti orang lain,
berbekal tulang empat kerat ini,
ayahmu ini meneroka bumi,
demi menyuap nasi ke mulut kita.
Anakku,
ayahmu ini tidak mengimpikan harta,
ayahmu ini tidak mengimpikan balasan,
harapan cuma dikau bahagia,
harapan cuma dikau sejahtera.
Anakku,
harta tidak mampu kupusakakan,
ilmu yang mampu ayah bekalkan,
gunalah ilmu buat mencari harta,buat mencari bahgia.
SMKSID 11 2134H Feb.2004
************************
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
************************
Tak terucap
Tak terungkap dengan perkataan
tak teruntai dengan kalimat
tak terlafaz dengan ucapan
rasa yang kualami ini
perasaan yang memenuhi hati.
Terima kasihku
penghargaanku
syukurku
pada Ilahi
mengutuskan kalian
pembimbingku
pendorongku
pembakar semangatku
di persada seni ini.
Terima kasih atas segalanya
mencurah segala yang ada
dengan tulus,murni hasrat di dada
melahirkan penulis muda
di persada siber nan terbuka
biar cuma yang ada
insan kerdil seperti hamba.
Pasir Mas,12 2329H Julai 2004.
Saturday, February 26, 2005
Puisiku
Hujan Petang
Petang ini
lebat hujan turun
elektrik padam
atap bocor.
Lebat hujan turun petang ini
elektrik padam
anak-anakku
terlepas rancangan kegemaran
"Power Rangers","Ultraman","Sin Chan".
Lebat hujan turun petang ini
atap bocor
dua bilik tidur "lecah",becak
isteriku keringkan air menghayun mob
putarkan kipas sehabis kuat.
Lebat hujan turun petang ini
aku mati kutu.
Pasir Mas,10 2337H Julai 2004.
****************************
###########################
Sabar
Menahan diri,
mengawal rasa,
mengekang amarah,
membendung derita.
Sabar memendam cinta,terlepas diambil orang,
sabar menabur budi,sepanjang zaman dikenang,
sabar membendung derita,jiwa takkan walang,
sabar tika amarah,bibir bisa senyum tenang,
sabar menanti,suatu penyeksaan,
sabar bermewah,sukar dibuat orang,
Sabarlah sayang,
sebahagian iman,
kulitnya pahit,isinya manis.
Pasir Mas,11 Jul 2004
Petang ini
lebat hujan turun
elektrik padam
atap bocor.
Lebat hujan turun petang ini
elektrik padam
anak-anakku
terlepas rancangan kegemaran
"Power Rangers","Ultraman","Sin Chan".
Lebat hujan turun petang ini
atap bocor
dua bilik tidur "lecah",becak
isteriku keringkan air menghayun mob
putarkan kipas sehabis kuat.
Lebat hujan turun petang ini
aku mati kutu.
Pasir Mas,10 2337H Julai 2004.
****************************
###########################
Sabar
Menahan diri,
mengawal rasa,
mengekang amarah,
membendung derita.
Sabar memendam cinta,terlepas diambil orang,
sabar menabur budi,sepanjang zaman dikenang,
sabar membendung derita,jiwa takkan walang,
sabar tika amarah,bibir bisa senyum tenang,
sabar menanti,suatu penyeksaan,
sabar bermewah,sukar dibuat orang,
Sabarlah sayang,
sebahagian iman,
kulitnya pahit,isinya manis.
Pasir Mas,11 Jul 2004
Friday, February 25, 2005
Puisiku
Hati
Baik ia,baik manusia,
jahat ia,jahat manusia,
suci ia,amal diterima,
teguh ia,aqidah di dada,
terdetik padanya,amalan dikira,
Apakah dia sebenarnya?
di mana dia?
bagaimana dia?
hanya seketul daging hitam cuma?
Pasir Mas,10 Jul 2004
++++++++++++++++++++++++
========================
Maaf
"Maafkan saya",
"Maaf kupohon",
"Dikau telah kumaafkan",
"Tiada maaf bagimu",
"Allah dan rasul maafkan umat",
selalu kudengar.
Maaf,
sedap didengar,
mudah diungkap,
petah diluncur dari lidah.
Maaf,
memohonnya tidak sesedap didengar,
memberinya tidak semudah diungkap,
melupakan yang dimaaf tidak selancar luncur lidah.
Maaf,
mohonkanlah,
berikanlah,
ikhlaskanlah,
kerna Allah dan rasul maafkan umat.
Pasir Mas,10 Jul 2004
Baik ia,baik manusia,
jahat ia,jahat manusia,
suci ia,amal diterima,
teguh ia,aqidah di dada,
terdetik padanya,amalan dikira,
Apakah dia sebenarnya?
di mana dia?
bagaimana dia?
hanya seketul daging hitam cuma?
Pasir Mas,10 Jul 2004
++++++++++++++++++++++++
========================
Maaf
"Maafkan saya",
"Maaf kupohon",
"Dikau telah kumaafkan",
"Tiada maaf bagimu",
"Allah dan rasul maafkan umat",
selalu kudengar.
Maaf,
sedap didengar,
mudah diungkap,
petah diluncur dari lidah.
Maaf,
memohonnya tidak sesedap didengar,
memberinya tidak semudah diungkap,
melupakan yang dimaaf tidak selancar luncur lidah.
Maaf,
mohonkanlah,
berikanlah,
ikhlaskanlah,
kerna Allah dan rasul maafkan umat.
Pasir Mas,10 Jul 2004
Thursday, February 24, 2005
Puisiku
Adakah dia mengerti?
Wajahnya di mana-mana,dalam diriku,
senyumnya menyentuh seluruh rasa,
lengguknya gemalai di hembusan nafasku,
tawanya menggetar gegendang telingaku,halwa jiwa,
tangisnya merenggut tangkai jantungku,keluh kesah,
Dialah,
cinta hatiku,
rindu dendamku,
kasih sayangku,
adakah dimengertikannya.
Pasir Mas,9 Jul 2004
+++++++
Cintaku hanya padamu seadanya (R)
Tatkala ku menatap wajahmu dan merenung matamu,
hatiku berdetak,
cintaku meluap,
rinduku memuncak,
dikaulah buah hatiku,
dirimu kekasih,
Cintaku tidak setinggi awan,
kasihku tidak seperti lautan,
sayangku tidak sesayup mata memandang,
Cintaku seadanya,
yang ku tahu cintaku untukmu dan cintamu kan kumiliki,
seadanya.
Pasir Mas,13 Jul 2004
Wajahnya di mana-mana,dalam diriku,
senyumnya menyentuh seluruh rasa,
lengguknya gemalai di hembusan nafasku,
tawanya menggetar gegendang telingaku,halwa jiwa,
tangisnya merenggut tangkai jantungku,keluh kesah,
Dialah,
cinta hatiku,
rindu dendamku,
kasih sayangku,
adakah dimengertikannya.
Pasir Mas,9 Jul 2004
+++++++
Cintaku hanya padamu seadanya (R)
Tatkala ku menatap wajahmu dan merenung matamu,
hatiku berdetak,
cintaku meluap,
rinduku memuncak,
dikaulah buah hatiku,
dirimu kekasih,
Cintaku tidak setinggi awan,
kasihku tidak seperti lautan,
sayangku tidak sesayup mata memandang,
Cintaku seadanya,
yang ku tahu cintaku untukmu dan cintamu kan kumiliki,
seadanya.
Pasir Mas,13 Jul 2004
Wednesday, February 23, 2005
Puisiku
Di Sini
Di sini,
kukutip emas dan perak di dalam tanah,
kukutip butir-butir mutiara di dasar lautan,
kukutip buah-buahan di dahan pepohon,
buat bekal.
Di sini,
kutabur budi,
kutabur amal dan jariah,
kutabur ikhlas ibadah,
buat bekal.
Di sini,
kulari dari maksiat,
kulari dari bakhil,
kulari dari riak,
buat bekal.
Di sini,
usahaku,
ibadatku,
usiaku,
buat bekal.
Bekalan untuk aku di sana.
Pasir Mas,8 Jul 2004
===+++====+++===+++====
Daki
Daki pada tubuh,
hitam,
jijik,
comot,
berbau,
ditenyeh,ditonyoh agar tanggal,
dibuang,dicuci agar bersih,
dibenci,dijelek agar cantik.
Daki dunia,
emas dan perak,
permata dan mutiara,
duit dan saham,
harta dan anak,
dikejar,
dikumpul,
jadi kemegahan,
jadi keunggulan,
buat perhiasan,
buat simpanan.
Daki tubuh dan daki dunia,
kedua-duanya daki,
serupa tapi tak sama.
Pasir Mas,8 Jul 2004
Di sini,
kukutip emas dan perak di dalam tanah,
kukutip butir-butir mutiara di dasar lautan,
kukutip buah-buahan di dahan pepohon,
buat bekal.
Di sini,
kutabur budi,
kutabur amal dan jariah,
kutabur ikhlas ibadah,
buat bekal.
Di sini,
kulari dari maksiat,
kulari dari bakhil,
kulari dari riak,
buat bekal.
Di sini,
usahaku,
ibadatku,
usiaku,
buat bekal.
Bekalan untuk aku di sana.
Pasir Mas,8 Jul 2004
===+++====+++===+++====
Daki
Daki pada tubuh,
hitam,
jijik,
comot,
berbau,
ditenyeh,ditonyoh agar tanggal,
dibuang,dicuci agar bersih,
dibenci,dijelek agar cantik.
Daki dunia,
emas dan perak,
permata dan mutiara,
duit dan saham,
harta dan anak,
dikejar,
dikumpul,
jadi kemegahan,
jadi keunggulan,
buat perhiasan,
buat simpanan.
Daki tubuh dan daki dunia,
kedua-duanya daki,
serupa tapi tak sama.
Pasir Mas,8 Jul 2004
Tuesday, February 22, 2005
Puisiku
Kaulah Suriku
Indah parasmu
mencuri hatiku
halus budimu
menawan jiwa
elok bahasa
memikat rasa
manis memori kita nikmati bersama
duka kenangan kita harungi jua
perit cabaran kita tempuhinya
kita bersama beraneka rasa
Kita kini tidak lagi berdua
cahayamata pengikat cinta
amanah tuhan tanggungan bersama
kasih sayang disiram dibaja
harta benda tidak dilupa
diagih dikongsi sama rata
Kaulah permaisuri
kaulah isteri
kaulah bonda putera-puteri
kaulah suri
penghias istana
dulu,kini dan selamanya.
Pasir Mas,07 2317H Julai 2004
+++++===+++++
Aku Seorang Lelaki
Lelaki,
lebih kuat ,
lebih jauh fikirnya,
lebih panjang akalnya,
sembilan berbanding satu,
Lelaki,
tembok egonya sukar roboh,
usah digoncang,usah digoyah,
kelak runtuh menimpa diri.
Lelaki,
terhad nafsunya,
satu berbanding sembilan,
namun bukanlah lelaki ,
andai nafsunya tidak menginginkan semua jelitawan dan bidadari,
andai nafsunya tidak sampai ke mati.
Lelaki,
tidak memahami wanita,
ketahuilah jua wahai lelaki,wanita tidak memahami lelaki,
kontras inilah sunnah dunia,
selamanya.
Lelaki,
pikullah status dan jantina ini,
kekal bersamanya,
kekal bersamaku,
kerna..aku seorang lelaki.
Pasir Mas,9 Jul 2004
Indah parasmu
mencuri hatiku
halus budimu
menawan jiwa
elok bahasa
memikat rasa
manis memori kita nikmati bersama
duka kenangan kita harungi jua
perit cabaran kita tempuhinya
kita bersama beraneka rasa
Kita kini tidak lagi berdua
cahayamata pengikat cinta
amanah tuhan tanggungan bersama
kasih sayang disiram dibaja
harta benda tidak dilupa
diagih dikongsi sama rata
Kaulah permaisuri
kaulah isteri
kaulah bonda putera-puteri
kaulah suri
penghias istana
dulu,kini dan selamanya.
Pasir Mas,07 2317H Julai 2004
+++++===+++++
Aku Seorang Lelaki
Lelaki,
lebih kuat ,
lebih jauh fikirnya,
lebih panjang akalnya,
sembilan berbanding satu,
Lelaki,
tembok egonya sukar roboh,
usah digoncang,usah digoyah,
kelak runtuh menimpa diri.
Lelaki,
terhad nafsunya,
satu berbanding sembilan,
namun bukanlah lelaki ,
andai nafsunya tidak menginginkan semua jelitawan dan bidadari,
andai nafsunya tidak sampai ke mati.
Lelaki,
tidak memahami wanita,
ketahuilah jua wahai lelaki,wanita tidak memahami lelaki,
kontras inilah sunnah dunia,
selamanya.
Lelaki,
pikullah status dan jantina ini,
kekal bersamanya,
kekal bersamaku,
kerna..aku seorang lelaki.
Pasir Mas,9 Jul 2004
Monday, February 21, 2005
Puisiku
Aku Resah
Tatkala kau melewatiku,
kau palingkan ayu wajah,
aku resah.
Tatkala kutatap parasmu tika itu,
titis mutiara berkilau di pipi dan matamu,
aku resah.
Tatkala kurenung matamu,
bengkak kelopaknya,
aku resah.
Tatkala rasaku tidak rela,
membiarkan dikau ksedihan,
aku resah.
Tatkala ingin tahuku memuncak,
tidak sanggup,tidak rela..dikau begini,
aku resah.
Pasir Mas,7 Jul 2004
()()()()()++==++()()()()()
Aku dan Cermin
Cermin yang ku tilik diri
terpampang padanya diriku
dengan wajah berkedut
dengan rambut beruban
ditelan usia.
Namun..anak mataku memaparkan
aku masih segak
aku masih kacak
aku masih tegap
aku masih muda
seperti mahu rasaku
seperti mahu nafsuku.
Cerminkah yang menghanyutkanku?
Rasakah yang menafikan realiti?
Nafsukah yang menzahirkan kesonsangan ini?
Pasir Mas,7 Jul 2004
Tatkala kau melewatiku,
kau palingkan ayu wajah,
aku resah.
Tatkala kutatap parasmu tika itu,
titis mutiara berkilau di pipi dan matamu,
aku resah.
Tatkala kurenung matamu,
bengkak kelopaknya,
aku resah.
Tatkala rasaku tidak rela,
membiarkan dikau ksedihan,
aku resah.
Tatkala ingin tahuku memuncak,
tidak sanggup,tidak rela..dikau begini,
aku resah.
Pasir Mas,7 Jul 2004
()()()()()++==++()()()()()
Aku dan Cermin
Cermin yang ku tilik diri
terpampang padanya diriku
dengan wajah berkedut
dengan rambut beruban
ditelan usia.
Namun..anak mataku memaparkan
aku masih segak
aku masih kacak
aku masih tegap
aku masih muda
seperti mahu rasaku
seperti mahu nafsuku.
Cerminkah yang menghanyutkanku?
Rasakah yang menafikan realiti?
Nafsukah yang menzahirkan kesonsangan ini?
Pasir Mas,7 Jul 2004
Sunday, February 20, 2005
Puisiku
Baba
Baba,
panggilan itu ,
lambang keteguhan dirimu,
lambang ketegasan didikanmu,
lambang ketabahan seorang ayah,
jadi idola anakmu ini,
jadi sebutan muridmu,
jadi ingatan insan sekitarmu.
Hari ini,
saat kau diranjang ,
menyerap kanser yang menjalari organ dalamanmu,
kau bagai putus asa,
kau bagai terlalu pasrah,
kau seolah bukan baba yang kucintai.
Baba..
sebak dadaku,
terbungkam deritaku,
tak terlerai cuma tangisku,
saat manatap terlantar,terdampar dirimu lesu.
Anakmu ini ,
tetap menyanjungmu,
tetap berbangga denganmu,
tetap bertuah memiliki ayahanda sepertimu,
jadilah dirimu yang dikenali dulu,
duhai babaku...
Pasir Mas,12 Jul 2004
%%%%%%%%%%!!!!!!!%%%%%%%%%%%%%
Baba II
Kanser yang menjalari tubuhmu,
rupanya engkau serap,engkau tahan,
kesakitan,kepedihan,deritamu,
penuh sabar,penuh tabah,penuh tenang,
Kiranya saat itu telah kau tahu tibanya hampir denganmu,
engkau cuma tiada tarikhnya,
rupanya nada menyerahmu itu,
ingin dikau siap-siagakan kami,
ingin dikau persiapkan keredaan kami pada takdir itu,
Baba...
pulang ke hadrat-Nya dengan tenang jiwa,diredai dan meredai,
kami yang masih fana ini reda dengan kepulanganmu,
pulanglah ke sisi-Nya bertemankan doa kami dan rahmat-Nya.
persemadian dan permakaman penuh keselesaan di taman firdausi,
al-Fatihah.
Pasir Mas,12 Jul 2004
##########&&&&&&&############
Baba III
Terasa masih ada dirimu
belai mesramu
senda guraumu
hilai tawamu
kata nasihatmu
Terngiang kata azimatmu
tergambar kuntuman senyummu
terbayang indah memori bersamamu
terpapar kedut wajahmu
terpamit kerut dukamu
Segala segar di memori
kan tersemat di nubari
biar setahun dilewati
kala dirimu tinggalkan kami
mengadap Ilahi
di persemadian abadi
hanya Al-Fatihah kiriman kami
Pasir Mas,11 1655H Feb 2005
Baba,
panggilan itu ,
lambang keteguhan dirimu,
lambang ketegasan didikanmu,
lambang ketabahan seorang ayah,
jadi idola anakmu ini,
jadi sebutan muridmu,
jadi ingatan insan sekitarmu.
Hari ini,
saat kau diranjang ,
menyerap kanser yang menjalari organ dalamanmu,
kau bagai putus asa,
kau bagai terlalu pasrah,
kau seolah bukan baba yang kucintai.
Baba..
sebak dadaku,
terbungkam deritaku,
tak terlerai cuma tangisku,
saat manatap terlantar,terdampar dirimu lesu.
Anakmu ini ,
tetap menyanjungmu,
tetap berbangga denganmu,
tetap bertuah memiliki ayahanda sepertimu,
jadilah dirimu yang dikenali dulu,
duhai babaku...
Pasir Mas,12 Jul 2004
%%%%%%%%%%!!!!!!!%%%%%%%%%%%%%
Baba II
Kanser yang menjalari tubuhmu,
rupanya engkau serap,engkau tahan,
kesakitan,kepedihan,deritamu,
penuh sabar,penuh tabah,penuh tenang,
Kiranya saat itu telah kau tahu tibanya hampir denganmu,
engkau cuma tiada tarikhnya,
rupanya nada menyerahmu itu,
ingin dikau siap-siagakan kami,
ingin dikau persiapkan keredaan kami pada takdir itu,
Baba...
pulang ke hadrat-Nya dengan tenang jiwa,diredai dan meredai,
kami yang masih fana ini reda dengan kepulanganmu,
pulanglah ke sisi-Nya bertemankan doa kami dan rahmat-Nya.
persemadian dan permakaman penuh keselesaan di taman firdausi,
al-Fatihah.
Pasir Mas,12 Jul 2004
##########&&&&&&&############
Baba III
Terasa masih ada dirimu
belai mesramu
senda guraumu
hilai tawamu
kata nasihatmu
Terngiang kata azimatmu
tergambar kuntuman senyummu
terbayang indah memori bersamamu
terpapar kedut wajahmu
terpamit kerut dukamu
Segala segar di memori
kan tersemat di nubari
biar setahun dilewati
kala dirimu tinggalkan kami
mengadap Ilahi
di persemadian abadi
hanya Al-Fatihah kiriman kami
Pasir Mas,11 1655H Feb 2005
Saturday, February 19, 2005
Puisiku
Fana
Enam hari penciptaannya,
sempurna ada segala,
tumbuhan,haiwan dan manusia,
bagai syurga.
Meski indah dan sempurna,
ia tetap suatu makhluk,
ia tetap fana,
kan gelincir dari falak.
Saat ia fana,
saat musnah segala,
satu pun tiada tak terbinasa,
satu hanya kekal baqa,
satu-satunya hanya Dia.
Fana lawannnya baqa,
Yang Baqa tidak fana,
yang fana segala,
Yang Baqa satu cuma
Pasir Mas,6 Jul 2004
^^^^^^^*****^^^^^^^^^
Annan dan Kaliber
Annan menunjukkan kalibernya,
Amerika mengacukan "calliber"nya,
Annan kecut hatinya,
Amerika tertawa.
Pasir Mas,6 Jul 2004
Enam hari penciptaannya,
sempurna ada segala,
tumbuhan,haiwan dan manusia,
bagai syurga.
Meski indah dan sempurna,
ia tetap suatu makhluk,
ia tetap fana,
kan gelincir dari falak.
Saat ia fana,
saat musnah segala,
satu pun tiada tak terbinasa,
satu hanya kekal baqa,
satu-satunya hanya Dia.
Fana lawannnya baqa,
Yang Baqa tidak fana,
yang fana segala,
Yang Baqa satu cuma
Pasir Mas,6 Jul 2004
^^^^^^^*****^^^^^^^^^
Annan dan Kaliber
Annan menunjukkan kalibernya,
Amerika mengacukan "calliber"nya,
Annan kecut hatinya,
Amerika tertawa.
Pasir Mas,6 Jul 2004
Friday, February 18, 2005
Puisiku
Terasing di suatu sudut di daerah terpencil
Angin Tenggara berlalu penuh sayu, berat meninggalkan daerah ini
Angin Timur Laut muncul tersenyum girang, jadi tamu di daerah ini jua
Sang Tenggara, Sang Timur Laut
menjengah bersama rakus ombak Laut China Selatan
tanpa belas merangkul ganas setia pantai
tanpa belas merenggut tenang bahtera nelayan
tanpa belas menenggelam harapan jeti dijengah perahu.
Sang Tenggara, Sang Timur Laut
mencakar ombak Laut China Selatan
menjilat sang biduk terhuyung-hayang
ke tengah, ke tepi, dilambung, dihempas
tanpa sekelumit simpati
hanyut tanpa arah
tenggelam tanpa digapai
terdampar
terasing
di suatu sudut
di daerah terpencil.
Pasir Mas, 03 2352H Julai 2004.
))))))))@@@(((((((((((
Tak kusangka
Wafatmu anakanda ingin kami bela
hingga terhukum empunya angkara
dirimu dicabul melayang nyawa
takkanlah kami berdiam saja
melayan diri nan muram durja
Kes ditutup kami mohon dibuka
dibicarakan di mahkamah seadilnya
laporan forensik dan postmortem selesai sudah
kondominium mewah selesai digeledah
bukti dan saksi dikumpul semua
suspek kes perlu didakwa
Perbicaraan kes pun berlangsung
ayahanda bonda jadi bingung
dalam rahimmu ada lima sample sperma
dua dikenalpasti yang misteri tiga
anakanda bukan bahan eksperimen
tapi berlaku hubungan badan
hubungan terlarang
malu dan segan bukan kepalang
Wang ringgit yang anakanda tabur
rupanya tak tentu sumber
kini satu Malaysia anakanda dipertutur
meniti bibir sudah kecur
tertuduh kes lepas sudah
tiada 'prima facie' nak sabit bersalah
keluarga kita sudah tersisih
bilakah malu akan pulih
anakanda rupanya hidup penuh durhaka
sungguh kami tak sangka
Pasir Mas,05 1638H Julai 2004
Angin Tenggara berlalu penuh sayu, berat meninggalkan daerah ini
Angin Timur Laut muncul tersenyum girang, jadi tamu di daerah ini jua
Sang Tenggara, Sang Timur Laut
menjengah bersama rakus ombak Laut China Selatan
tanpa belas merangkul ganas setia pantai
tanpa belas merenggut tenang bahtera nelayan
tanpa belas menenggelam harapan jeti dijengah perahu.
Sang Tenggara, Sang Timur Laut
mencakar ombak Laut China Selatan
menjilat sang biduk terhuyung-hayang
ke tengah, ke tepi, dilambung, dihempas
tanpa sekelumit simpati
hanyut tanpa arah
tenggelam tanpa digapai
terdampar
terasing
di suatu sudut
di daerah terpencil.
Pasir Mas, 03 2352H Julai 2004.
))))))))@@@(((((((((((
Tak kusangka
Wafatmu anakanda ingin kami bela
hingga terhukum empunya angkara
dirimu dicabul melayang nyawa
takkanlah kami berdiam saja
melayan diri nan muram durja
Kes ditutup kami mohon dibuka
dibicarakan di mahkamah seadilnya
laporan forensik dan postmortem selesai sudah
kondominium mewah selesai digeledah
bukti dan saksi dikumpul semua
suspek kes perlu didakwa
Perbicaraan kes pun berlangsung
ayahanda bonda jadi bingung
dalam rahimmu ada lima sample sperma
dua dikenalpasti yang misteri tiga
anakanda bukan bahan eksperimen
tapi berlaku hubungan badan
hubungan terlarang
malu dan segan bukan kepalang
Wang ringgit yang anakanda tabur
rupanya tak tentu sumber
kini satu Malaysia anakanda dipertutur
meniti bibir sudah kecur
tertuduh kes lepas sudah
tiada 'prima facie' nak sabit bersalah
keluarga kita sudah tersisih
bilakah malu akan pulih
anakanda rupanya hidup penuh durhaka
sungguh kami tak sangka
Pasir Mas,05 1638H Julai 2004
Wednesday, February 16, 2005
Puisiku
Rintihan seekor kuman
Wujudku tak terkesan
ada bagai tiada
hadir tak terperasan
di mana-mana,merata-rata
Aku makhluk bernyawa
bernafas dan hidup
aku perlu usaha
mencari santap
segala daya
walau sesuap
Ku mencari makan
pada haiwan
pada tumbuhan
pada badan
di luar
di dalam
pada bangkai
pada buangan
Aku jua seperti hidupan lain
hidup menumpang yang hidup
membunuh untuk hidup
Aku bahaya
aku kejam
aku zalim
aku diburu
aku dinyah
dengan antibiotik
dengan antiseptik
Segala yang terkeji untukku
biar seperti mereka hidupku
Benarkah aku sekeji itu?
25 2354H 2004
Pasir Mas
((((((((@@@)))))))))
Catatan buat kekasih
Andai ada benih-benih cinta
kan kusemaikan untukmu
Andai ada sejambak impian
kan kugubah untuk bersamamu
Andai ada segenggam janji indah
kan kubahagiakan dirimu
Andai ada manik-manik setia
kan kuuntaikan menjadi rantaimu
Andai ada secangkir rindu
kan kuhidang semanis kenangan bersamamu
Andai ada selaut pengorbanan
kan kubiarkan diri hanyut denganmu
Andai kau baca catatanku ini
kan kudedikasikan teristimewa untukmu
29 0024H Jun 2004
Pasir Mas
Wujudku tak terkesan
ada bagai tiada
hadir tak terperasan
di mana-mana,merata-rata
Aku makhluk bernyawa
bernafas dan hidup
aku perlu usaha
mencari santap
segala daya
walau sesuap
Ku mencari makan
pada haiwan
pada tumbuhan
pada badan
di luar
di dalam
pada bangkai
pada buangan
Aku jua seperti hidupan lain
hidup menumpang yang hidup
membunuh untuk hidup
Aku bahaya
aku kejam
aku zalim
aku diburu
aku dinyah
dengan antibiotik
dengan antiseptik
Segala yang terkeji untukku
biar seperti mereka hidupku
Benarkah aku sekeji itu?
25 2354H 2004
Pasir Mas
((((((((@@@)))))))))
Catatan buat kekasih
Andai ada benih-benih cinta
kan kusemaikan untukmu
Andai ada sejambak impian
kan kugubah untuk bersamamu
Andai ada segenggam janji indah
kan kubahagiakan dirimu
Andai ada manik-manik setia
kan kuuntaikan menjadi rantaimu
Andai ada secangkir rindu
kan kuhidang semanis kenangan bersamamu
Andai ada selaut pengorbanan
kan kubiarkan diri hanyut denganmu
Andai kau baca catatanku ini
kan kudedikasikan teristimewa untukmu
29 0024H Jun 2004
Pasir Mas
Tuesday, February 15, 2005
Puisiku
Tangismu puteri
Tangismu puteri
biar tanpa titis airmata
biar tanpa bicara
biar tanpa dimengerti
menusuk hati
mencakar nurani
Tangismu puteri
resah kehangatan
basah dek kumuhan
sakit dikau tahan
perutmu kekosongan
tiba masa peraduan
hati kesepian
terka di benak ayahanda bonda
Tangismu puteri
usah dilanjutkan
usah dilantangkan
usahlah mendayu-dayu
ayahanda bonda rasa sayu
ayahanda bonda rasa gundah
ayahanda bonda rasa resah
Tangismu puteri
hentikanlah
hidangan bonda,santaplah
kekenyangan,beradulah
tenanglah hati nurani
ayahanda bondamu ini
10 2340H Jun 2004
Pasir Mas
^^^^%%%%^^^^^
Di HUT Qamariah kelahiranku
7 Jamadil Awwal 1389Hijriah
hitungan tahun qamariah
lontaran tangisku memecah
sebuah penantian dan rasa gundah
disambut penuh meriah
anak dan cucu sulung lahir sudah
khabar gembira segera dihebah
7 Jamadil Awwal 1425Hijriah
tarikh keramat tak jemu menjengah
usiaku meningkat dan bertambah
seperti tahun-tahun sudah
hari ulangtahun kelahiran qamariah
tidak diendah
tiada hadiah
Hanya bonda
jua insan teristimewa
sematkan tarikh keramat ini di jiwa
lafazkannya bila saat menjelma
biar tanpa hadiah tersua
namun ucapan amat bermakna
dari hadiah sejuta harga
25 0144H Jun 2004
Pasir Mas
Tangismu puteri
biar tanpa titis airmata
biar tanpa bicara
biar tanpa dimengerti
menusuk hati
mencakar nurani
Tangismu puteri
resah kehangatan
basah dek kumuhan
sakit dikau tahan
perutmu kekosongan
tiba masa peraduan
hati kesepian
terka di benak ayahanda bonda
Tangismu puteri
usah dilanjutkan
usah dilantangkan
usahlah mendayu-dayu
ayahanda bonda rasa sayu
ayahanda bonda rasa gundah
ayahanda bonda rasa resah
Tangismu puteri
hentikanlah
hidangan bonda,santaplah
kekenyangan,beradulah
tenanglah hati nurani
ayahanda bondamu ini
10 2340H Jun 2004
Pasir Mas
^^^^%%%%^^^^^
Di HUT Qamariah kelahiranku
7 Jamadil Awwal 1389Hijriah
hitungan tahun qamariah
lontaran tangisku memecah
sebuah penantian dan rasa gundah
disambut penuh meriah
anak dan cucu sulung lahir sudah
khabar gembira segera dihebah
7 Jamadil Awwal 1425Hijriah
tarikh keramat tak jemu menjengah
usiaku meningkat dan bertambah
seperti tahun-tahun sudah
hari ulangtahun kelahiran qamariah
tidak diendah
tiada hadiah
Hanya bonda
jua insan teristimewa
sematkan tarikh keramat ini di jiwa
lafazkannya bila saat menjelma
biar tanpa hadiah tersua
namun ucapan amat bermakna
dari hadiah sejuta harga
25 0144H Jun 2004
Pasir Mas
Monday, February 14, 2005
Puisiku
Hakikat Rindu
Rinduku ini
bertakhta di mata
bermakam di mulut
beraja di hati
Rinduku ini
biar hanya di suatu sudut terpencil di penjuru hati
kan terasa amuknya di seluruh jiwa
kan membara ledak laharnya di sekujur jasad
Rinduku ini
kan selamanya terkunci di kalbu
kan selamanya terpahat di benak
biar kasih dan cinta berkecai
Kerna rindu bukan hanya milikku
20 2222H Jun 2004
Pasir Mas
&&&&&&&&&&&&
Satu tak terbilang
Engkaulah yang satu
sejak azali
zat yang satu
tiada mati
sifat yang satu
tiada kongsi
laku yang satu
tiada ditandingi
Satu yang sempurna
satu dalam semua
semua dalam esa
Satu tak terbilang
22 2300H Jun 2004
Pasir Mas
Rinduku ini
bertakhta di mata
bermakam di mulut
beraja di hati
Rinduku ini
biar hanya di suatu sudut terpencil di penjuru hati
kan terasa amuknya di seluruh jiwa
kan membara ledak laharnya di sekujur jasad
Rinduku ini
kan selamanya terkunci di kalbu
kan selamanya terpahat di benak
biar kasih dan cinta berkecai
Kerna rindu bukan hanya milikku
20 2222H Jun 2004
Pasir Mas
&&&&&&&&&&&&
Satu tak terbilang
Engkaulah yang satu
sejak azali
zat yang satu
tiada mati
sifat yang satu
tiada kongsi
laku yang satu
tiada ditandingi
Satu yang sempurna
satu dalam semua
semua dalam esa
Satu tak terbilang
22 2300H Jun 2004
Pasir Mas
Sunday, February 13, 2005
Puisiku
Kemaafan itu sebuah pengertian
Maafkan daku sayang
petah meluncur dari lidahku nan tak bertulang
mudahnya terucap tidak semudah memadam kecewa
mudahnya dipinta tidah semudah menyembuh luka.
Maafkan daku sayang
itulah yang mampu terucap
mendapatnya kutahu bukanlah senang
setelah belati nestapa di hati tertancap.
Maafkan daku sayang
lumrah insan berbuat silap
tak mampu kuberjanji takkan berulang
sebuah pengertian amat diharap.
Dan kemaafan berikanlah.
09 0236H Jun 2004
Pasir Mas
@@@@@@@@@@@@@@@@@
BULAN MERAJUK JATUH KE RIBA
Mimpiku
indah berfantasi
di malam syahdu
meninggalkan memori
Mimpiku di malam ini
purnama merangkak menggapai mentari
bintang tertawa mengejek iri
“Duhai purnama, usah dikejar mentari yang gah
kelak cair diri yang indah”
Tersenyum mentari
mengejek tidak, membenci tiada
purnama resah, terguris hati, merajuk diri
terjun purnama ke ribaku penyair hina
0230 / 04091991 / Ekspres Nasional PM-KL
Maafkan daku sayang
petah meluncur dari lidahku nan tak bertulang
mudahnya terucap tidak semudah memadam kecewa
mudahnya dipinta tidah semudah menyembuh luka.
Maafkan daku sayang
itulah yang mampu terucap
mendapatnya kutahu bukanlah senang
setelah belati nestapa di hati tertancap.
Maafkan daku sayang
lumrah insan berbuat silap
tak mampu kuberjanji takkan berulang
sebuah pengertian amat diharap.
Dan kemaafan berikanlah.
09 0236H Jun 2004
Pasir Mas
@@@@@@@@@@@@@@@@@
BULAN MERAJUK JATUH KE RIBA
Mimpiku
indah berfantasi
di malam syahdu
meninggalkan memori
Mimpiku di malam ini
purnama merangkak menggapai mentari
bintang tertawa mengejek iri
“Duhai purnama, usah dikejar mentari yang gah
kelak cair diri yang indah”
Tersenyum mentari
mengejek tidak, membenci tiada
purnama resah, terguris hati, merajuk diri
terjun purnama ke ribaku penyair hina
0230 / 04091991 / Ekspres Nasional PM-KL
Saturday, February 12, 2005
Puisiku
Bila rindu kumenyebut namamu
Rindu yang menjengah di pintu rasa
mengintai di jendela hati
terlalu kejam tanpa sapaan
biar kiriman rasa dari kejauhan
biar hantaran salam dari benuamu
biar lontaran senyum tika melewati
Rindu ini menggoncang tangkai sabar
meledakkan lahar rasa
menggetar ungkapan kata
tanpa sedar,di bawah sedar ku menyebut namamu
dan ayu wajahmu bermain di mataku
Bila rindu kumenyebut namamu
bila rindu kutatap potretmu
03 0243H Jun 2004
Pasir Mas
+++++++++++++++++++
Cintamani
Indah sungguh mimpi yang mengulit peraduanku
pari-pari jelita hulurkanku cintamani
bekalku di mayapada melayari hayat
Cintamani nan indah kujulang salutan emas
menghias jari manis pemanis diri
permata indah berkerdipan
Terima kasih pari-pari
kurniakan cintamani
mengharung hidup penuh indah
ranjau berbisa dapat kuredah
barang dihajat barang jadi
barang dipinta barang mari
Cintamani
penghias jari
moga cintaku abadi
cinta terpahat di hati
tidak terugah lagi
06 2305H Jun 2004
Pasir Mas
Rindu yang menjengah di pintu rasa
mengintai di jendela hati
terlalu kejam tanpa sapaan
biar kiriman rasa dari kejauhan
biar hantaran salam dari benuamu
biar lontaran senyum tika melewati
Rindu ini menggoncang tangkai sabar
meledakkan lahar rasa
menggetar ungkapan kata
tanpa sedar,di bawah sedar ku menyebut namamu
dan ayu wajahmu bermain di mataku
Bila rindu kumenyebut namamu
bila rindu kutatap potretmu
03 0243H Jun 2004
Pasir Mas
+++++++++++++++++++
Cintamani
Indah sungguh mimpi yang mengulit peraduanku
pari-pari jelita hulurkanku cintamani
bekalku di mayapada melayari hayat
Cintamani nan indah kujulang salutan emas
menghias jari manis pemanis diri
permata indah berkerdipan
Terima kasih pari-pari
kurniakan cintamani
mengharung hidup penuh indah
ranjau berbisa dapat kuredah
barang dihajat barang jadi
barang dipinta barang mari
Cintamani
penghias jari
moga cintaku abadi
cinta terpahat di hati
tidak terugah lagi
06 2305H Jun 2004
Pasir Mas
Friday, February 11, 2005
Puisiku
Hujan
Hujan di langit limpahan rahmat
menyegarkan bumi suburkan yang gersang
basahkan pakaian banjirkan lembah
Hujan di hati limpahan duka
hanyut segala rasa meski tiada bah melimpah
terbayang cuma mendung di wajah
Hujan di wajah limpahan airmata
suam rasa tanda gembira reda
dingin rasa tanda walang duka
Hujan di langit bisa hujan di hati di wajah
hujan di hati bisa hujan di wajah tidak di langit
hujan di wajah tak bisa hujankan hati
hujan di wajah tak bisa hujankan langit
30 1936H mei 2004
Pasir Mas
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Minyak dan Air
Minyak masak menumis,menggoreng masakan
minyak petrol,diesel bahanapi kenderaan
minyak angin mengurut badan
minyak hitam melicinkan enjin
Air mutlak pelbagai guna
suci dan mensucikan segala
jadi minuman dicampur perasa dan gula
jadi rebusan dan kuah enak rasa
Minyak dicampur air
menumis,menggoreng
bahanapi,urut badan,licinkan enjin
tidak menjadi lagi
Air dicampur minyak
suci dan mensucikan tidak lagi
minuman , rebusan dan kuah tidak menjadi
Air dan minyak takkan bercampur
jadi sebatian mustahil
andai bercampur lain jadinya
berubah faedah,bertukar fungsi
02 1257H Jun 2004
Pasir Mas
Hujan di langit limpahan rahmat
menyegarkan bumi suburkan yang gersang
basahkan pakaian banjirkan lembah
Hujan di hati limpahan duka
hanyut segala rasa meski tiada bah melimpah
terbayang cuma mendung di wajah
Hujan di wajah limpahan airmata
suam rasa tanda gembira reda
dingin rasa tanda walang duka
Hujan di langit bisa hujan di hati di wajah
hujan di hati bisa hujan di wajah tidak di langit
hujan di wajah tak bisa hujankan hati
hujan di wajah tak bisa hujankan langit
30 1936H mei 2004
Pasir Mas
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Minyak dan Air
Minyak masak menumis,menggoreng masakan
minyak petrol,diesel bahanapi kenderaan
minyak angin mengurut badan
minyak hitam melicinkan enjin
Air mutlak pelbagai guna
suci dan mensucikan segala
jadi minuman dicampur perasa dan gula
jadi rebusan dan kuah enak rasa
Minyak dicampur air
menumis,menggoreng
bahanapi,urut badan,licinkan enjin
tidak menjadi lagi
Air dicampur minyak
suci dan mensucikan tidak lagi
minuman , rebusan dan kuah tidak menjadi
Air dan minyak takkan bercampur
jadi sebatian mustahil
andai bercampur lain jadinya
berubah faedah,bertukar fungsi
02 1257H Jun 2004
Pasir Mas
Thursday, February 10, 2005
Puisiku
Agenda Tersirat
Bergolak tiga Wilayah Selatan
Pattani,Narathiwat dan Yala
sekolah dibakar,muridnya jadi korban
kuil diserang,saminya tercabut nyawa
orang awam dan soldadu
syahid penuh syahdu.
Kata Thaksin Sinawatra
"Ini kerja penyeludup durjana"
Chavalit Yongchaiyut menyampuk pula
"Ini puak pemisah PULO punya angkara"
selisih pendapat,telagah kata.
Tiba-tiba bersuara Polis Dunia
kita kan bina pangkalan tentera
di wilayah yang sedang bergolak
kerna keamanan perlu ditegak.
Wahai perdana menteri yang bijaksana
wahai jeneral timbalannya
kenapa harus berbelit kata
kenapa harus dikorbankan nyawa
lantaran agenda Polis Dunia
ingin membina pangkalan tentera
takut untuk tunjuk reda
takut untuk memberi restunya
nanti dikutuk jiran tetangga
kerna Amerika meleleh liurnya
bukan Thailand ingin dilanda
tapi Malaysia jadi agenda
negara kecil lantang suara
Negara Islam nan mengutuk keras sekutunya.
Apura,SMKSID,Pasir Mas
05 1706H Mei 2004
&&&&&&&&&&&&&&&&&
Sarapan Pagiku
Setiap pagi jam lima
bangun isteriku memasak air
membancuh sejag MILO
dicicah biskut kering
dicicah sekeping roti
Secawan air MILO
dicicah biskut kering
dicicah sekeping roti
mengisi perutku
mengisi perut anak-anakku
sarapan pagi kami
Sarapan pagi kami
terhidang seringkasnya
terhidang jua bersama roti dan telur
terhidang jua bersama sandwich sardin
terhidang jua bersama kuih-muih
alas perut kami.
16 1629H Jun 2004
Pasir Mas
Bergolak tiga Wilayah Selatan
Pattani,Narathiwat dan Yala
sekolah dibakar,muridnya jadi korban
kuil diserang,saminya tercabut nyawa
orang awam dan soldadu
syahid penuh syahdu.
Kata Thaksin Sinawatra
"Ini kerja penyeludup durjana"
Chavalit Yongchaiyut menyampuk pula
"Ini puak pemisah PULO punya angkara"
selisih pendapat,telagah kata.
Tiba-tiba bersuara Polis Dunia
kita kan bina pangkalan tentera
di wilayah yang sedang bergolak
kerna keamanan perlu ditegak.
Wahai perdana menteri yang bijaksana
wahai jeneral timbalannya
kenapa harus berbelit kata
kenapa harus dikorbankan nyawa
lantaran agenda Polis Dunia
ingin membina pangkalan tentera
takut untuk tunjuk reda
takut untuk memberi restunya
nanti dikutuk jiran tetangga
kerna Amerika meleleh liurnya
bukan Thailand ingin dilanda
tapi Malaysia jadi agenda
negara kecil lantang suara
Negara Islam nan mengutuk keras sekutunya.
Apura,SMKSID,Pasir Mas
05 1706H Mei 2004
&&&&&&&&&&&&&&&&&
Sarapan Pagiku
Setiap pagi jam lima
bangun isteriku memasak air
membancuh sejag MILO
dicicah biskut kering
dicicah sekeping roti
Secawan air MILO
dicicah biskut kering
dicicah sekeping roti
mengisi perutku
mengisi perut anak-anakku
sarapan pagi kami
Sarapan pagi kami
terhidang seringkasnya
terhidang jua bersama roti dan telur
terhidang jua bersama sandwich sardin
terhidang jua bersama kuih-muih
alas perut kami.
16 1629H Jun 2004
Pasir Mas
Wednesday, February 09, 2005
Puisiku
Lewat karya sang penyair |
|
Sangkaku
Lalu....
Kiranya
Seorang penyair lewat karyanya
|
Puisi ini tersiar dalam Majalah "Tunas Cipta" bulan Febuari 2005
Tuesday, February 08, 2005
Puisiku
Hidup kita ini
Hidup kita ini,
waktu memamah usia,
semakin singkat,
sehingga dibaluti pasir,
di perut lahad.
Hidup kita ini,
dicengkam kesibukan,
hingga batas masa diberi kita lewati,
berlalu begitu saja dalam kekalutan,
kita lupa hanya dengan lintasan hati keranaNya,
segalanya ibadat,
Hidup kita ini,
nikmatNya terbesar,
kernaNya,
untukNya,
tapi kita pernah persiakannya,
tapi kita tetap dibelenggu masa dan kesibukan,
tergoda dengan dunia.
-As Syramy
Pasir Mas,2 Mei 2004
%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
Aku sebutir batu
Aku ini sebutir batu di dasar lumpur,
terpalit lumpur tenggelam diri,
tercungap-cungap hampir lemas.
Seorang pencari mutiara,
mencemar duli menggagau tercekau diriku,
diangkat batu jelek ini,
berbonjol-bonjol,berbonggol-bonggol,
dibasuhnya,dikilatnya.
Dijulang aku atas timbunan mutiara,
biar aku sebutir batu,
kilau mutiara,
gemerlap melimpah menyalut tubuhku,
bagaikan aku sebutir permata jua.
Terimakasih duhai jauhari,
budimu tak terbalas,
jasamu tetap dikenang,
usah risau aku sedar diri,
aku cuma sebutir batu,
menumpang kilau mutiara.
Terimakasih Dr.Ir.Wan Abu Bakar.
-As Syramy
Pasir Mas,3 Mei 2004
Hidup kita ini,
waktu memamah usia,
semakin singkat,
sehingga dibaluti pasir,
di perut lahad.
Hidup kita ini,
dicengkam kesibukan,
hingga batas masa diberi kita lewati,
berlalu begitu saja dalam kekalutan,
kita lupa hanya dengan lintasan hati keranaNya,
segalanya ibadat,
Hidup kita ini,
nikmatNya terbesar,
kernaNya,
untukNya,
tapi kita pernah persiakannya,
tapi kita tetap dibelenggu masa dan kesibukan,
tergoda dengan dunia.
-As Syramy
Pasir Mas,2 Mei 2004
%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
Aku sebutir batu
Aku ini sebutir batu di dasar lumpur,
terpalit lumpur tenggelam diri,
tercungap-cungap hampir lemas.
Seorang pencari mutiara,
mencemar duli menggagau tercekau diriku,
diangkat batu jelek ini,
berbonjol-bonjol,berbonggol-bonggol,
dibasuhnya,dikilatnya.
Dijulang aku atas timbunan mutiara,
biar aku sebutir batu,
kilau mutiara,
gemerlap melimpah menyalut tubuhku,
bagaikan aku sebutir permata jua.
Terimakasih duhai jauhari,
budimu tak terbalas,
jasamu tetap dikenang,
usah risau aku sedar diri,
aku cuma sebutir batu,
menumpang kilau mutiara.
Terimakasih Dr.Ir.Wan Abu Bakar.
-As Syramy
Pasir Mas,3 Mei 2004
Monday, February 07, 2005
Puisiku
Bintang di langit
Bintang di langit indah kerdipnya,
tidak tergapai tangan,
sayup menghias maya,
gemerlapkan sinaran,
di dada kelam pekat,
sinar itu seolah dekat.
Bintang di langit,
tenggelam disimbah limpahan sinar suria,
cahaya suria penuh angkuh mengisi seantero langit,
tiada ruang bintang mengerdipkan sinarnya.
Kerdip bintang di langit,
gemerlap di kelam malam,
indah gemilang memukau pandangan,
kerdipnya tetap ada,
walau tak terjangkau mata,
di limpahan sinar suria kesiangan.
Bintang-bintang di langit gemilang sentiasa,
walau di bawah sedar adanya melontar cahaya.
-As Syramy
23 2000H April 2004
Pasir Mas
***********************
Ya Rasulallah s.a.w
Tika "Qalam" bertanya : "Wahai Tuhanku,siapakah Muhammad ini sehingga dikau sebut namanya selepas namaMu?"
Lalu dijawab "dialah makhluk pertamaKu,kekasihKu dan rasul terakhirKu",
"Sampaikan salamku padanya wahai Tuhanku"
"Waalaikassalam"
kernamu ya Rasulallah, menjawab salam wajib jadinya dijawab olehNya bagi pihakmu.
Ya Rasulallah,
dikau bukan bermunajat seperti Musa denganNya,
dikau bertemu menatap zatNya,
sedangkan Jibril tak upaya melewati Sidratul Muntaha,
engkau melangkah tanpa gundah,
kerna engkau makhluk terawal paling sempurna,
Nur Muhammad sallallah.
Ya Rasulallah,
ke syurga engkau kunjungi,
ke neraka engkau lewati,
wajah Jibril engkau tatapi,
Namus yang pernah Musa titipi,
para nabi pernah engkau sapa,
walau jasadmu belum terbina,
engkau menyambung syariatNya,
nasakhkan yang sebelum kurang sempurna,
alaihissalatu wassalam.
Ya Rasulallah,
namamu bukan hanya meniti bibir makhluk sezaman,
telah disebutNya sejak dulu,
telah termaktub pada syariat terdahulu,
kan disebut ke akhir zaman,
oleh manusia,
oleh jin,
oleh malaikat,
sallalLah alaihi wasallam.
-As Syramy
Pasir Mas,26 April 2004
Bintang di langit indah kerdipnya,
tidak tergapai tangan,
sayup menghias maya,
gemerlapkan sinaran,
di dada kelam pekat,
sinar itu seolah dekat.
Bintang di langit,
tenggelam disimbah limpahan sinar suria,
cahaya suria penuh angkuh mengisi seantero langit,
tiada ruang bintang mengerdipkan sinarnya.
Kerdip bintang di langit,
gemerlap di kelam malam,
indah gemilang memukau pandangan,
kerdipnya tetap ada,
walau tak terjangkau mata,
di limpahan sinar suria kesiangan.
Bintang-bintang di langit gemilang sentiasa,
walau di bawah sedar adanya melontar cahaya.
-As Syramy
23 2000H April 2004
Pasir Mas
***********************
Ya Rasulallah s.a.w
Tika "Qalam" bertanya : "Wahai Tuhanku,siapakah Muhammad ini sehingga dikau sebut namanya selepas namaMu?"
Lalu dijawab "dialah makhluk pertamaKu,kekasihKu dan rasul terakhirKu",
"Sampaikan salamku padanya wahai Tuhanku"
"Waalaikassalam"
kernamu ya Rasulallah, menjawab salam wajib jadinya dijawab olehNya bagi pihakmu.
Ya Rasulallah,
dikau bukan bermunajat seperti Musa denganNya,
dikau bertemu menatap zatNya,
sedangkan Jibril tak upaya melewati Sidratul Muntaha,
engkau melangkah tanpa gundah,
kerna engkau makhluk terawal paling sempurna,
Nur Muhammad sallallah.
Ya Rasulallah,
ke syurga engkau kunjungi,
ke neraka engkau lewati,
wajah Jibril engkau tatapi,
Namus yang pernah Musa titipi,
para nabi pernah engkau sapa,
walau jasadmu belum terbina,
engkau menyambung syariatNya,
nasakhkan yang sebelum kurang sempurna,
alaihissalatu wassalam.
Ya Rasulallah,
namamu bukan hanya meniti bibir makhluk sezaman,
telah disebutNya sejak dulu,
telah termaktub pada syariat terdahulu,
kan disebut ke akhir zaman,
oleh manusia,
oleh jin,
oleh malaikat,
sallalLah alaihi wasallam.
-As Syramy
Pasir Mas,26 April 2004
Sunday, February 06, 2005
Puisiku
Tetamu Istimewa
Dijemput cukup sekali
dengan lisan wahyu berzaman
disahut bersalut takwa
kunjungi usang rumah-Nya
raikan cinta Adam dan Hawa
raikan tulus kasih ibu
raikan kudus pasrah dua beranak
raikan lontaran penghambat hasutan
Hadir semua
basah bibir bertalbiah
bergelumang jasad penuh taat
dihamparkan berkat Tanah Haram
dibukakan pintu makbul doa
dibekalkan rindu tanpa penghujung
nikmatilah juadah mabrur ibadah
nikmatilah cangkir pahala jihad
Istimewanya
para tetamu ini
-As Syramy
Pasir Mas, 24 0033H Jan 2005
#Puisi ini tersiar dalam Mingguan Malaysia hari ini 06 Febuari 2005
Dijemput cukup sekali
dengan lisan wahyu berzaman
disahut bersalut takwa
kunjungi usang rumah-Nya
raikan cinta Adam dan Hawa
raikan tulus kasih ibu
raikan kudus pasrah dua beranak
raikan lontaran penghambat hasutan
Hadir semua
basah bibir bertalbiah
bergelumang jasad penuh taat
dihamparkan berkat Tanah Haram
dibukakan pintu makbul doa
dibekalkan rindu tanpa penghujung
nikmatilah juadah mabrur ibadah
nikmatilah cangkir pahala jihad
Istimewanya
para tetamu ini
-As Syramy
Pasir Mas, 24 0033H Jan 2005
#Puisi ini tersiar dalam Mingguan Malaysia hari ini 06 Febuari 2005
Saturday, February 05, 2005
Puisiku
Di bawah sinar rembulan
Sinar lembut itu menyapa wajahku di jendela,
kala kotak fikirku berlegar di kejauhan,
di ruang kosong mengintai-intai paras rupawan,
memanggil-manggil nama indahnya.
Sinar lembut itu bersama dingin bayu malam mengelus tubuhku ,
menyucuk-nyucuk,menggigit rakus jasadku,
menerobos ke sum-sum tulang,
menyentap tangkai jantung,
merobek sekeping hati,
tanpa simpati.
Di bawah sinar rembulan,dipuput dingin bayu,di kesamaran malam,
rinduku tak tersahut,semakin jauh,semakin sayup.
Pasir Mas,13 April 2004
@@@@%%%%&&&&%%%%@@@@
Inginku bertanya,tapi...
Inginku bertanya sudahkah hatimu dimiliki?
Tapi aku malu kerna dikau merak kayangan dan aku gagak di rimba.
Inginku bertanya siapakah pemilik cinta dan rindumu?
Tapi bukan layaknya aku ajukan soalan itu.
Inginku bertanya bisakah aku menumpang kasih dan rindu?
Biarpun di suatu sudut terpencil dan terasing di hatimu,
tapi aku bimbang dikau lontarkan kasihku jauh di tandus padang pasir.
Inginku bertanya layakkah kupahat nama dan wajahmu di hatiku?
Tapi aku risau ia kan bersemi di sana dan cintaku lebur tiada berbalas.
Pasir Mas, 24 1245H April 2004
Sinar lembut itu menyapa wajahku di jendela,
kala kotak fikirku berlegar di kejauhan,
di ruang kosong mengintai-intai paras rupawan,
memanggil-manggil nama indahnya.
Sinar lembut itu bersama dingin bayu malam mengelus tubuhku ,
menyucuk-nyucuk,menggigit rakus jasadku,
menerobos ke sum-sum tulang,
menyentap tangkai jantung,
merobek sekeping hati,
tanpa simpati.
Di bawah sinar rembulan,dipuput dingin bayu,di kesamaran malam,
rinduku tak tersahut,semakin jauh,semakin sayup.
Pasir Mas,13 April 2004
@@@@%%%%&&&&%%%%@@@@
Inginku bertanya,tapi...
Inginku bertanya sudahkah hatimu dimiliki?
Tapi aku malu kerna dikau merak kayangan dan aku gagak di rimba.
Inginku bertanya siapakah pemilik cinta dan rindumu?
Tapi bukan layaknya aku ajukan soalan itu.
Inginku bertanya bisakah aku menumpang kasih dan rindu?
Biarpun di suatu sudut terpencil dan terasing di hatimu,
tapi aku bimbang dikau lontarkan kasihku jauh di tandus padang pasir.
Inginku bertanya layakkah kupahat nama dan wajahmu di hatiku?
Tapi aku risau ia kan bersemi di sana dan cintaku lebur tiada berbalas.
Pasir Mas, 24 1245H April 2004
Friday, February 04, 2005
Puisiku
Ah..aku tertipu lagi
Di Vietnam,kujangka dapat menang,
dengan senjata tradisional takkan ke mana Vietkong,
lain jadinya,kusangka mudah dan senang,
perit dan sengit ditentang,diperang,
hampir bangkrap aku,
ramai yang mati,tak kurang yang hilang.
Di Afghanistan,kuburu Al-Qaeda dan Ben Laden,
di padang pasir,
di gunung-ganang,
di celah batu-batan,
Al-Qaeda kan berkubur,
Ben Laden kan kucekup,
kan kucari ke lubang cacing,
bertan-tan bom telah kuletup,
Al-Qaeda masih hidup,
Ben Laden lepas lari,
Pentagon dan Pusat Dagangan Dunia yang ranap,
senjata dah makan diri.
Aku Polis Dunia,
aku tetap hebat,
aku takkan kalah,
di Iraq kubertaruh lagi,
lawan enteng,lagi mudah,
kuhantar armada,kuhantar jet pejuang,
tak kurang tentera darat,
dalam seminggu Iraq kan kutawan,
Saddam kan kukerat,
meleset lagi ramalan,
perang dah lebih seminggu,
moral Saddam dah menang,
mesti menang tak boleh tunggu,
ya..Baghdad telah kutawan,
Saddam dan kuncunya bertempiaran,
Iraq kujanjikan demokrasi,
Saddam dan kuncunya satu-satu kutahan,
Ahlah wasahlan wamarhaban bikum,Selamat Datang,
dengan sorak-sorai kami disambut,
tak terasa bagai pendatang,
ku sangka panas hingga ke petang,
rupanya hujan di tengahari,
sungguh Syiah penuh "taqiyyah",
sungguh kulupa ini Bumi Parsi,
Lembah Tigris dan Euphrates,
di sinilah Tamaddun Mesopotamia,
mereka takkan menyerah mudah,
mereka kuasa terkemuka,
mereka bersatu menentang,
tiada Syiah atau Sunni,
mereka mahu merdeka,
sekali lagi kusalah hitung,salah terka.
Ah..aku tertipu lagi.
Pasir Mas,15 April 2004
*****&&&&@@@@&&&&****
Laman orang
Orang-orang tua dah berpesan,
jangan diceroboh laman orang,
jangan diintai nak dara orang,
jangan dicuri harta orang,
jangan naik rumah orang tanpa diundang,
nanti kena belakang parang,
nanti kena pelangkung,
nanti disimbah air mendidih,
nanti disimbah cuka getah,
kan cedera berdarah,
kan melecur tubuh,
kan patah tulang.
Ha..tak dengar kata,
baru padan muka,
kan dah kena,
jangan harap orang kesian,
gelak ada,
hahaha.
Pasir Mas,15 April 2004
Di Vietnam,kujangka dapat menang,
dengan senjata tradisional takkan ke mana Vietkong,
lain jadinya,kusangka mudah dan senang,
perit dan sengit ditentang,diperang,
hampir bangkrap aku,
ramai yang mati,tak kurang yang hilang.
Di Afghanistan,kuburu Al-Qaeda dan Ben Laden,
di padang pasir,
di gunung-ganang,
di celah batu-batan,
Al-Qaeda kan berkubur,
Ben Laden kan kucekup,
kan kucari ke lubang cacing,
bertan-tan bom telah kuletup,
Al-Qaeda masih hidup,
Ben Laden lepas lari,
Pentagon dan Pusat Dagangan Dunia yang ranap,
senjata dah makan diri.
Aku Polis Dunia,
aku tetap hebat,
aku takkan kalah,
di Iraq kubertaruh lagi,
lawan enteng,lagi mudah,
kuhantar armada,kuhantar jet pejuang,
tak kurang tentera darat,
dalam seminggu Iraq kan kutawan,
Saddam kan kukerat,
meleset lagi ramalan,
perang dah lebih seminggu,
moral Saddam dah menang,
mesti menang tak boleh tunggu,
ya..Baghdad telah kutawan,
Saddam dan kuncunya bertempiaran,
Iraq kujanjikan demokrasi,
Saddam dan kuncunya satu-satu kutahan,
Ahlah wasahlan wamarhaban bikum,Selamat Datang,
dengan sorak-sorai kami disambut,
tak terasa bagai pendatang,
ku sangka panas hingga ke petang,
rupanya hujan di tengahari,
sungguh Syiah penuh "taqiyyah",
sungguh kulupa ini Bumi Parsi,
Lembah Tigris dan Euphrates,
di sinilah Tamaddun Mesopotamia,
mereka takkan menyerah mudah,
mereka kuasa terkemuka,
mereka bersatu menentang,
tiada Syiah atau Sunni,
mereka mahu merdeka,
sekali lagi kusalah hitung,salah terka.
Ah..aku tertipu lagi.
Pasir Mas,15 April 2004
*****&&&&@@@@&&&&****
Laman orang
Orang-orang tua dah berpesan,
jangan diceroboh laman orang,
jangan diintai nak dara orang,
jangan dicuri harta orang,
jangan naik rumah orang tanpa diundang,
nanti kena belakang parang,
nanti kena pelangkung,
nanti disimbah air mendidih,
nanti disimbah cuka getah,
kan cedera berdarah,
kan melecur tubuh,
kan patah tulang.
Ha..tak dengar kata,
baru padan muka,
kan dah kena,
jangan harap orang kesian,
gelak ada,
hahaha.
Pasir Mas,15 April 2004
Wednesday, February 02, 2005
Puisiku
10 0740H April 2004
Mungil bibirmu melontar tangis,
saat kau menjengah ke alam baru,
memecah keheningan pagi,
merobek tabir penantian,
hilang segala resah,
hadirmu disambut limpahan kasih.
"Puteri mampir menumpang lalu,
gapailah tangan puteri,
oh...alangkah luas tempat baru ini,
oh...betapa indah panorama pagi,
puteri di sini berteman kini,
ayahanda,bonda,kekanda dan nenda,
tidak keseorangan lagi",
Bahasa tangismu itu penuh harapan,
gembira pamit di sini,
kaget luas dan indah semesta ini,
lega tidak sepi keseorangan lagi.
Puteri,
Iqamah dan Surah Al-Qadr yang kuperdengarkan,
agar awal kalimah memecah gegendang telingamu kalimah suci,
moga puteri dipelihara Ilahi.
Ingatlah wasiat ayahanda ini,
duniamu kini tidak hanya sekisar tembuni,
duniamu kini luas dan indah,
penuh rasa,
suka dan duka,
kasih dan sepi,
sabar dan amarah,
reda dan benci,
penuh gelora,
pada lautan,
pada rasa,
pada iman,
penuh cabaran dan dugaan,
dari syaitan,
dari nafsu,
dari duniamu.
Bekalan buat puteri dari ayahanda dan bonda,
seperti jua buat kekanda-kekanda,
hanya ilmu dan iman di dada,
hanyalah kasih dan cinta di jiwa,
menitilah di jambatan lurus,
dari firman kudus,
dari sabda tulus.
11 0933H April 2004
Aspura,SMKSID
####******@@@@******####
ANTARA REALITI DAN FANTASI
( Ciptaan Amerika dan Zionis)
11 September, Kotaraya New York,
dunia tergamam pabila Pusat Dagangan Dunia dan PENTAGON dirempuh pesawat pengganas,
musnah mercu tanda terkemuka alam,
dirempuh pengganas?
ataukah diletup Yahudi ?
buat membibitkan permusuhan dunia kepada Islam dan muslim?
Ben Laden,Osama bin Ladin,
perisik CIA yang dikehendaki sebagai pemimpin al-Qaeda pertubuhan pengganas, meletupkan WTC dan pembiaya Rejim Taliban,
pemimpin pengganas?
ataukah watak diherokan Amerika buat muslimin?
menghalalkan pemusnahan dan pengujian senjata di Afghanistan?
Saddam Hussein,Presiden Iraq,
diktator dan kuku besi,
membangun dan menyimpan senjata pemusnah bisa menghancurkan dunia,
wajib dijatuhkan dan rejimnya dinyah, diktator? kuku besi?
ataukah sahabat karib ayahanda tuan presiden Bush yang didiktatorkan? mengharuskan pencerobohan di bumi bertamadun dihuni muslimin?
Syria dan Iran, penyorok senjata pemusnah Iraq dan membina senjata berbahaya,
kan menggugat rantau Timur Tengah lalu perlu dihalang,
penggugat rantau Timur Tengah?
atau demi merealisasikan Piagam Zionis?
negara bangsa Yahudi merentasi Laut Merah ke Sungai Tigris dan Euphrates?
Rejim Pyong Yang,Korea Utara,
mendabik dada negara senjata nuklear,
rela berperang dengan demokrasi jirannya dan Polis Dunia,
bisa meranap Asia jauh dan seantero Asia,
kenapa Amerika berlembut?
kenapa Yahudi memberi muka?
kenapa Zionis tidak gerun?
kerna musuh mereka Islam dan Muslim?
China membuka pintu menyertai WTO,
SARS bermula di sana,
Selsema burung mula dikesan di China jua,
tidakkah ini propaganda Amerika dan Zionis?
kerna takut kuasa ekonomi China?
takut ekonomi dikuasai Asia?
tidakkah Lembu Gila dari Amerika?
tidakkah ia berbahaya.
Realitikah atau fantasi paparanku ini,
persetankan ia,
kerna di mata,
di media,
di minda dan di realitinya,
bukan Islam,muslim,Taliban,Ben Ladin,Saddam,Iraq,Syria,Iran atau China
musuh dunia,
Amerika,Zionis,Yahudi dan kuncunya dajjal yang nyata,
lamun lewat propaganda,merekalah wira,
yang lainnya,semua durjana.
18 2227H Januari 2004
ASPURA SID
update 12 0810H April 2004
Mungil bibirmu melontar tangis,
saat kau menjengah ke alam baru,
memecah keheningan pagi,
merobek tabir penantian,
hilang segala resah,
hadirmu disambut limpahan kasih.
"Puteri mampir menumpang lalu,
gapailah tangan puteri,
oh...alangkah luas tempat baru ini,
oh...betapa indah panorama pagi,
puteri di sini berteman kini,
ayahanda,bonda,kekanda dan nenda,
tidak keseorangan lagi",
Bahasa tangismu itu penuh harapan,
gembira pamit di sini,
kaget luas dan indah semesta ini,
lega tidak sepi keseorangan lagi.
Puteri,
Iqamah dan Surah Al-Qadr yang kuperdengarkan,
agar awal kalimah memecah gegendang telingamu kalimah suci,
moga puteri dipelihara Ilahi.
Ingatlah wasiat ayahanda ini,
duniamu kini tidak hanya sekisar tembuni,
duniamu kini luas dan indah,
penuh rasa,
suka dan duka,
kasih dan sepi,
sabar dan amarah,
reda dan benci,
penuh gelora,
pada lautan,
pada rasa,
pada iman,
penuh cabaran dan dugaan,
dari syaitan,
dari nafsu,
dari duniamu.
Bekalan buat puteri dari ayahanda dan bonda,
seperti jua buat kekanda-kekanda,
hanya ilmu dan iman di dada,
hanyalah kasih dan cinta di jiwa,
menitilah di jambatan lurus,
dari firman kudus,
dari sabda tulus.
11 0933H April 2004
Aspura,SMKSID
####******@@@@******####
ANTARA REALITI DAN FANTASI
( Ciptaan Amerika dan Zionis)
11 September, Kotaraya New York,
dunia tergamam pabila Pusat Dagangan Dunia dan PENTAGON dirempuh pesawat pengganas,
musnah mercu tanda terkemuka alam,
dirempuh pengganas?
ataukah diletup Yahudi ?
buat membibitkan permusuhan dunia kepada Islam dan muslim?
Ben Laden,Osama bin Ladin,
perisik CIA yang dikehendaki sebagai pemimpin al-Qaeda pertubuhan pengganas, meletupkan WTC dan pembiaya Rejim Taliban,
pemimpin pengganas?
ataukah watak diherokan Amerika buat muslimin?
menghalalkan pemusnahan dan pengujian senjata di Afghanistan?
Saddam Hussein,Presiden Iraq,
diktator dan kuku besi,
membangun dan menyimpan senjata pemusnah bisa menghancurkan dunia,
wajib dijatuhkan dan rejimnya dinyah, diktator? kuku besi?
ataukah sahabat karib ayahanda tuan presiden Bush yang didiktatorkan? mengharuskan pencerobohan di bumi bertamadun dihuni muslimin?
Syria dan Iran, penyorok senjata pemusnah Iraq dan membina senjata berbahaya,
kan menggugat rantau Timur Tengah lalu perlu dihalang,
penggugat rantau Timur Tengah?
atau demi merealisasikan Piagam Zionis?
negara bangsa Yahudi merentasi Laut Merah ke Sungai Tigris dan Euphrates?
Rejim Pyong Yang,Korea Utara,
mendabik dada negara senjata nuklear,
rela berperang dengan demokrasi jirannya dan Polis Dunia,
bisa meranap Asia jauh dan seantero Asia,
kenapa Amerika berlembut?
kenapa Yahudi memberi muka?
kenapa Zionis tidak gerun?
kerna musuh mereka Islam dan Muslim?
China membuka pintu menyertai WTO,
SARS bermula di sana,
Selsema burung mula dikesan di China jua,
tidakkah ini propaganda Amerika dan Zionis?
kerna takut kuasa ekonomi China?
takut ekonomi dikuasai Asia?
tidakkah Lembu Gila dari Amerika?
tidakkah ia berbahaya.
Realitikah atau fantasi paparanku ini,
persetankan ia,
kerna di mata,
di media,
di minda dan di realitinya,
bukan Islam,muslim,Taliban,Ben Ladin,Saddam,Iraq,Syria,Iran atau China
musuh dunia,
Amerika,Zionis,Yahudi dan kuncunya dajjal yang nyata,
lamun lewat propaganda,merekalah wira,
yang lainnya,semua durjana.
18 2227H Januari 2004
ASPURA SID
update 12 0810H April 2004
Tuesday, February 01, 2005
Puisiku
Tandus
Tandus bumi,
gersang tanpa pepohon,
kering tanpa denai,
tak bertandang titis sang embun.
Tandus budi,
tiada pekerti,
lancang berperi,
jelek perangai.
Tandus iman,
cetek pengetahuan,
lemah amalan,
longlai pegangan.
Tandus kasih,
sayang tak terpaut,
cinta tak bertaut,
tiada rindu berlabuh.
06 2205H Apr.2004
ASPURA,SMKSID
*******@@@@********
Al-Ikhlas
Inilah mafhum firman :
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang"
"Katakanlah ( Wahai Muhammad ),
Dialah Allah yang Maha Esa"
Sambungkan titah-Ku ini,Muhammad,
Akulah pemilik zat yang tunggal,
Akulah pemilik asma' dan sifat yang tunggal,
Akulah pemilik af'al yang tunggal.
"Allah yang Maha Tunggal"
Akulah Allah satu-satunya,
tiada dua,tiada tiga,
satu-satunya layak disembah.
"Tidak melahirkan dan tidak dilahirkan"
Aku tidak berkeluarga,
tiada ibu dan tiada bapa,
tiada zuriat dan tiada isteri,
bukanlah Mariam seorang isteri,
bukanlah al-Masih Isa dari zuriat-Ku,
kecuali seorang nabi dari para nabi-Ku.
Aku esa sejak azali,usah diragui.
"Tiada sekutu bagi-Nya"
Tiada yang layak disembah kecuali Aku,
Akulah tuhan yang satu,
tiada sekutu,
tiada tuhan selain Aku,
tiada sekutu pada Qudrat-Ku,
tiada sekutu pada Iradat-Ku,
hanyalah Aku.
"Benarlah firman Allah yang Maha Perkasa"
Pasir Mas,08 April 2004
Tandus bumi,
gersang tanpa pepohon,
kering tanpa denai,
tak bertandang titis sang embun.
Tandus budi,
tiada pekerti,
lancang berperi,
jelek perangai.
Tandus iman,
cetek pengetahuan,
lemah amalan,
longlai pegangan.
Tandus kasih,
sayang tak terpaut,
cinta tak bertaut,
tiada rindu berlabuh.
06 2205H Apr.2004
ASPURA,SMKSID
*******@@@@********
Al-Ikhlas
Inilah mafhum firman :
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang"
"Katakanlah ( Wahai Muhammad ),
Dialah Allah yang Maha Esa"
Sambungkan titah-Ku ini,Muhammad,
Akulah pemilik zat yang tunggal,
Akulah pemilik asma' dan sifat yang tunggal,
Akulah pemilik af'al yang tunggal.
"Allah yang Maha Tunggal"
Akulah Allah satu-satunya,
tiada dua,tiada tiga,
satu-satunya layak disembah.
"Tidak melahirkan dan tidak dilahirkan"
Aku tidak berkeluarga,
tiada ibu dan tiada bapa,
tiada zuriat dan tiada isteri,
bukanlah Mariam seorang isteri,
bukanlah al-Masih Isa dari zuriat-Ku,
kecuali seorang nabi dari para nabi-Ku.
Aku esa sejak azali,usah diragui.
"Tiada sekutu bagi-Nya"
Tiada yang layak disembah kecuali Aku,
Akulah tuhan yang satu,
tiada sekutu,
tiada tuhan selain Aku,
tiada sekutu pada Qudrat-Ku,
tiada sekutu pada Iradat-Ku,
hanyalah Aku.
"Benarlah firman Allah yang Maha Perkasa"
Pasir Mas,08 April 2004
Subscribe to:
Posts (Atom)