Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Wednesday, June 29, 2005

Haiku



Kempen Budi Bahasa




Bersopan-santun
Kempen Budi Bahasa
Kunyah Budaya






-As SyramyPasir Mas,26 1010H Jun
2005





Monday, June 27, 2005

Puisiku


Budi Bahasa Kita





Mercu tanda gemilang bangsa
simbol peradaban sebuah
nusa
tertegak projek mega
hasil
nukilan minda kita
dengan taburan emas warga
sedunia kita
bangga









Di balik tirai
sida-sidanya
bukan kita
diperah
keringat
dikerah tenaga









Usai tugas mereka bukan siapa
pendatang tiada
guna
dihalau, diusir mereka
tiada
belas rasa
bagai anjing kurap
hinanya









Tiada kenang jasa
tiada budi bahasa
bangsaku yang
termasyhur ceritera
hidup bersendi budi
bahasa








- As Syramy
Pasir Mas, 22 1633H Jun 2005


Sunday, June 26, 2005

Pantun : Mengulit Rindu

Anggerik desa
sanggulan dara

semerbak
harum menongkah angin
melarik rasa kerinduan membara
semerbak kuntum indah
diingin





Daun senduduk terbang ke
hilir

diambil orang mengalas
pinggan
Kerinduan diranduk di kencang alir
sambil songsang merentas
angan








Duduk bersila menganyam
rotan

akar melilit bersimpul
mati
tunduk muka dan diam lisan
mekar berulit tersimpul di
hati









-As Syramy
Pasir Mas, 25 0144H Jun
2005

Saturday, June 25, 2005

Sajen


Monolog Ahli Parlimen



Sesuatu bermain difikiran
aku seorang ahli parlimen
tapi tak boleh bersuara sembarangan
apalagi aku orang kerajaan
hanya boleh angguk dan bagi cadangan
itupun jangan berbau penentangan
nanti kelak digantung keahlian






Menteri cun membentang cadangan
Rang Undang-undang Akta Keluarga Islam Persekutuan
nak poligami tak perlu keizinan
macam Perlis, macam Kelantan
lalu katanya : "saya sebagai perempuan,
akta ini amat menakutkan"
akta dilulus tanpa panjang perbahasan






Kini rasanya kuperlu cadangkan
cuti mingguan mesti dilanjutkan
seperti cadangan seorang sasterawan*
dari dua hari, tiga pula kita jadikan
demi menggalakkan pelancungan
yang penting aku dapat sempurnakan giliran






Eh..akta sudah diluluskan
mudahlah kuota aku cukupkan
tapi macamana dengan giliran?
takkan sehari lagi dikorbankan
pastinya ditolak seribu alasan
ha..aku ada satu cadangan
yang ini mesti dipertimbangkan
apa kata masa kerja dipendekkan
balik jam lima kepada jam dua diawalkan
macam cikgu di bidang pendidikan
pasti akan dapat sokongan
nanti bila kuota disempurnakan
yang "bongsu" waktu siang jadi giliran
sehari semalam,dua atau tiga hari siang digantikan
barulah wujud keadilan
akupun rasa aman











-As Syramy

Galok,16 2130H Jun
2005




*Sasterawan = Drirwan

Thursday, June 23, 2005

Puisiku


Berbudi bahasakah
bangsaku?



Di hening malam bulan mengintai
malu
kumerayau di kaki lima KLCC
merenung indah gemerlap lampu
bersisik
sinar mencakar langit
melilit bangunan kemegahan pertiwi
tiba-tiba aku
disapa seorang lelaki
mancung hidungnya, putih kulit, ikal
rambut



"Incik"
"Oh ! Bangla
rupanya"
"Siapa bina ini
KLCC?"
"Petronas"spontan jawabku
"Saya la" katanya
"Siapa awak?
Engineer? Arkitek? Kontraktor?"
"Bukan,saya kuli angkat bata sampai sana atas
juga ada"
sambil telunjuknya lurus ke puncak
KLCC







Lelaki itu diterpa tak
semena-mena
kulihat tangannya bergari dan meronta
dia
"pasport?"
"ada"
"permit?"
"ada"
"dah tamat tempoh, buat apa
kamu di sini ?" disoal lelaki itu
"tengok bangunan saya buat juga
ada"
lalu soalan yang sama kuaju terpacul
"Siapa awak? Engineer? Arkitek?
Kontraktor?"
"bukan, kuli juga ada"







Bagai anjing kurap lelaki itu
diperlaku
diheret, dihalau ke "Black Maria"
menerpa ke benakku
siapa
bina KLCC?







Sudah luputkah budaya
bangsa?
"Orang
memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa"
sudahkah dilupa pantun warisan?
"pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji di atas
peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati"
di mana nilai bangsaku yang di sebut pantun?
"yang kurik itu kundi,
yang merah itu saga,
yang molek itu
budi,
yang indah itu bahasa"
inikah budi bahasa
bangsaku?













-As Syramy

Pasir Mas, 20 2002H
Jun 2005

Wednesday, June 22, 2005

Puisiku



Tepis Angin



Wahai angin sudah kutepis agar tersasar
asakmu
tidak kuyakin teguh pasak
kutakut tumbang pasak menimpa
diri
kerna saban hari pasak kugoncang
ia penghalang jalan
kurancang

Qudrat DIA dan Iradat-Nya
dikirim angin
menyapu aku di
syurga khayalan
di manja jilat ombak kau mengasak

Tertewaslah aku





-As Syramy
Pasir Mas,15
0024H Jun 2005



Monday, June 20, 2005

Puisiku

Dunia Sudah Terbalik



Sekuntum bunga berbau tengik
bangkai berulat teruja
dipuja
ditatap kembangnya
diracik harum kelopak
tiada lagi
mekar
wangi bunga pada bangkai

Setompok bangkai dibelek
diternak
ulat-ulatnya
ditabur perasa
disantap bersama ulatnya

Sungguh dunia
sudah terbalik
sekuntum kembang sirna indahnya
setompok bangkai dibela,
disantap
dicerca bunga, dipuja bangkai
kerna kenyanyukan dunia dan
perindunya



-As Syramy

Pasir Mas,15 0000H Jun
2005

Friday, June 17, 2005

Puisiku




Usai sebuah hikayat
kutelaah





Tika Teja dijulang permaisuri
lewat teguh
cinta Tuah bersemi di hati
kulihat cinta tak semestinya
bersatu






Tika Tuah merodok Taming
Sari
terpancut alir pekat pengorbanan
kulihat kebenaran tuntut
korban






Tika percik kuntum merah di perut
Jebat
ditekup telapak setiakawan
kulihat fitnah dan kuasa merobek
persahabatan






Tika kukhatam menelaah hikayat
lagenda
laksamana terbilang Melaka
kucedok timbunan falsafah
hidup








-As Syramy

Pasir Mas,13 2000H
Jun 2005

Wednesday, June 15, 2005

Puisiku

Dengarlah aku
berperi





Dengarlah aku berperi
bahagianya berteman
bidadari
kecapi nikmat di alam abadi
buat hamba hakiki
Ilahi





Dengarlah aku berhikayat
tentang Hari Akhirat
jadi
teman dan sahabat
hanyalah iman dan amal
ibadat





Dengarlah aku bercerita
harta bertimbun tiada
guna
sahabat, keluarga entah di mana
diri sendiri paling utama
hal
orang lain tiada masa
bersiaplah kita untuk ke
sana





Dengarlah ini kisah
bukan dongengan yang tidak
sah
bukan legenda yang diperindah
kalam wahyu termaktub
sudah





Dengarlah
yakinlah













-As Syramy
Pasir Mas,08 2332H Jun
2005

Tuesday, June 14, 2005

Laporan Program

Program Bicara Karya dan Malam Baca Puisi eSastera di KB 10 Jun `05… tabikan dan kuisan ahkarim







Aku lakar dua tabikan dan kuisan ini: Lakar satu kaitan dengan pokok acara ie bicara karya dan baca puisi dan lakar dua kaitan dengan pengurusan program.Namun terawal lagi sebelum aku masuk lakar satu aku tidak sabar menyatakan yang wajib ie siapa yg ingin hadir/tak ingin hadir/tak boleh hadir/tak dijemput/ tak tahu/ tak dak pitih nak hadir.nak-tak hadir… tapi tak hadir adalah mereka yang amat rugi. Mengapa ? Baca khususnya lakar dua di bawah.



Lakar satu. Program petang Jumaat ie bicara karya;



Diskusi Novel Hostel oleh SN othman Kelantan dan Dr Victor merumuskan bahawa kaedah penulisan secara bekelompok apatah lagi di alam maya sehingga menghasilkan sebuah novel adalah satu yg pertama di Malaysia.Aku lebih berminat ia dimartabatkan sebagai yg pertama di dunia( bila aku ceritakan kepada Ruzi dia kata mengapa tidak cuba nobatkan dahulu di dalam Malaysia Book of Records..ia lah, mengapa tidak?..hasilnya nanti,,,mmm kaya lah Kapas yg ringan tu dan penulis pun dapat sedikit royalti)



Dalam perbincangan aku dgn Victor dia kata novel ini merupakan kumpulan cerpen kerana setiap bab boleh berdiri dgn sendiri dan jika dicabutpun bab-bab tertentu tidak menjejaskan urutan cerita..betul juga. S Othman kata novel ini adalah novel cerpen kalau tak silap aku.Satu yg menarik dalam bicara karya ini ialah pesoalan bagaimana ia diperanakan sebelum dilahirkan.Bapa yg bertanggungjawab ie drirwan tanpa segan silu mendedahkan bahawa ia bermula dengan `mainan` sahaja dan dia yg mulakan dengan Seluar Dalam…sehingga akhirnya terlahirlah seorang bayi yg ditimangi di majlis itu. Bercakap tentang seluar dalam panel bersetuju bahawa kaedah tarikan/gimik menuja pembaca,dgn sesuatu yg lucu lantas memberi tema latar kepada permulaan satu gagasan, telah menarik penyumbang seterusnya secara sukarela.Seperkara lagi yg menonjol ialah berlatarkan sebuah kolej kediaman ada lah cukup semasa dan tematik. Panelis juga menyanjung adanya latar watak di awal novel sungguh pun yg dinamakan sebagai watak utama hilang entah kemana akhirnya. Munkin kerana masa terlalu suntuk ahli panel tidakpun menyentuh tentang kaedah penamatan cerita. Sungguh amat lucu dan pelik sehingga kita tidak sekali menyangka begitu.Ini agaknya yg dikatakan oleh SO Kelantan kreatif..cukup kreatif



DR VICTOR..satu ungkapan dr victor yg masih terngiang-ngiang di telinga aku ialah kegemaran novel Melayu mengungkapkan dialog watak dalam BI. Novel Hostel ini pun katanya terperangkap dalam jerangkap itu juga. Baginya hasil sastera Melayu mesti bersih dan berfungsi mendidik penghayatan bahasa..aku amat setuju…biar sahaja novel picisan, drama duitan.. menggarap `realiti` kononnya.



Ulasan aku sendiri tentang novel ini: cukup seronok dibaca, cukup lucu..tetapi sebagai novel dlm erti sebenar aku sangsi…kerana plotnya terlalu longgar, sekuennya terlalu melompat-lompat, setengah babnya tidak kena-mengena lansung spt episod 16 Lubang Hantu…beberapa kisah terlampau simplistik dan drastik hingga jadi kemusytahilan spt Mek Ye melonjak jadi amat bergaya dan masuk u secara ekspres, Anisah Kasfi muncul kembali…Namun persetan apa tanggapan dan kehendak realiti kerana yg penting`novel` ini amat menarik dan penuh dgn pengajaran kiasan jika dibandingkan dgn `novel` sampah yg banyak di `kedai buku` Pudu Raya(ooops! bila terakhir ahkarim baca novel Melayu semenjak ARahmad memberi novelnya Mahsuri Masyor kepadanya sepuluh- sebelas tahun dahulu..dan..ooops! novelett/antologi Surat-surat yg tak terhantar oleh Anbakri yg dibelinya malam Hescom dahulu)



Satu pengakuan: Aku,Ruzi dan Azwa kadangkadang bila bersembang akan meloncat masuk watak Mek Ye dan kami berderai ketawa. Kadang-kadang Kablam kami nampak di mana-mana,Sepanjang jalan dari KB-A/S bersembang tentang kisah watak2 itu entah mengapa..



Diskusi Antologi Cerpen`Salju Jabal Musa`(SJM) cukup menarik oleh SNPak Samad dan MDMohd DBP..Pak Samad agak hairan sebenarnya mengapa semua penulis bersenget kepada tema Islam..semasa santai bermakan di rumah sasterawan Anbakri sore itu Irwan sempat menjelaskan bagaimana miripan keislaman esastera secara amnya yg tidak diatur secara ekplisit atau implisit berlaku.



MDMohd dari DBP secara tegas menghentak bahawa SJM adalah sastera Islam.Wah, aku kagum dgn hentakannya..katanya lagi SJM bukan cerpen remaja tetapi dewasa yg bertema dewasa yg penuh ide dan garapan kematangan penulis..cantik kataku



Diakhir sesi petang maka DJ glamor/Pegawai Tinggi Negeri/Sasterawan besar Kelantan, sdr Anbakri dgn tangkas mendjkan sesi soaljawab…malangnya masa kurang cukup tetapi aku amt gumbira kerana SN-SN,Victor,Irwan senang memberi ide dan sambutan yg baik dari hadirin yg dianggar lebih seratus orang walau masa asar hampir tamat



Baca Puisi..aku rasa amat kerdil baca puisi sendiripun tak boleh hafal..aku tabek mereka yg pro baca tanpa teks dengan gaya yg cukup bergaya.Yg menarik sekali budak dj tu sendiri sambil mengacara menyelang-menyeli dgn deklamsi puisi dgn lantang dan bersemangat..bagiku ini satu yg cantik..menunjukan dj sendiri bukan orang asing bagi sesuatu majlis tetapi juga pemuisi/deklamator yg tahu kerjanya…syabas Dahrie. Seorang esasterawan Nasa Natrah mengawali puisinya dgn melagukan ayat suci dgn qari sekali dan ayahndanya yg memanjainya yg duduk disebelah aku cukup seronok dan bangga.Yg agak cantik semasa juadah dihidangi di skrin sana tampil sajak-sajak esast..ada juga sajak Alaeffa esasterawanis dari jauh yg turut hadir menerbangkan dirinya dari Negara Brunai Darussalam..syabas ahli yg komited.



Komen Tentang DIKIR PUISI dan TEATER MONOLOG ; Memang pemimpin esas berbakul ide kreatif…dan..dan..inovatif; dulu mana ada dikir puisi? Kini jelas satu lagi yg bisa dibikini; dikir puisi! Tapi aku tak dapat/kurang dapat nikmati..kalau lagu puisi ada pekuliaritinya..bagini; semua lagu pada asasnya adalah puisi,atau liriknya puitis, tetapi apabila dilagukan secara lagu puisi maka ada melodi pekuliar/khas yg unik utk lagu puisi.Tetapi Dikir puisi bentuk,irama,melodi,rentak dan segalanya adalah dikir barat asli yg hanya berlirikkan puisi…maka Tok Guru pun tunduk tak panggung-panggung kepala. Jadi rumusanku dikir puisi tak dak apa-apa..



Teater Monolog Kablam, rupa-rupanya si Kablam yg hidung mancung anakdara cikgu Hasimah tu memang punya bakat besar. Bayangkan tanpa henti selama 20 minit bercakap sorang-sorang dgn gaya hebat dan nada yg tinggi. Ia memerlukan bakat semula jadi darah seni yg mengalir deras dalam badannya, usaha dan ransangan yg kuat. Syabas.



Ada pula bibik tolong bawa air kerana hingga serak suara melaungkan cinta kpd Antoni,,,aku ingat kut bibik tu jugak akan bawak bakul ular utk Cleo membunuh diri akhirnya..



Si Ruzi bini aku yg khusyuk menghayati monolog itu memberi lontaran semasa aku hampir mengantuk memintasi bukit jeli ke A/S ` Mengapa cakap Cleopatra yg diteaterkan, sapa nak faham, tengoklah audien` Aku ni bila pasal esas/Kablam agak defensif juga. Kataku,` Ini teatrelah, Pedang Goncanglah (Shakespear). Ceaser,Mark Antony..bukan kampong-kampongan ! mesti ada standad !`. `Itu kita paham, buatlah di kayel kah London kah. Ini buat di Kelate..awat tak buat pasal Zulaikha yg goda Nabi Yusop atau Balkis dgn Nabi Sulaiman…Cleopatra tu macam terjemahan saja nampaknya..` Aku diam..eh, benar juga cakap biniku ni,pandai juga dia…ya lah mengapa juga tidak monolog Tun Teja, Mahsuri atau….banyak lagi. Wbpun aku juga teringat kalau ada sedikit sinopsis dipancar di skrin belakang tentang apa maksud yg diperkatakan oleh Cleopatra atau latarbelakang kisah cinta Cleo-anthony cukup baik







Lakar Dua—Pengurusan program ….aku hanya mahu kata tahniah…tahniah dan tahniah kepada mereka yg bertjwb mengadakan program. Kejayaan yg cukup membanggakan kita sebagai org yg bernaung dibawah payung esas. Bagaimana mereka dapat memukat kerajan negri dan DBP bagi menganjur bersama aku kagum. Sambutan yg baik dari peminat sastera yg aku diberitahu jarang sekali diadakan diperingkat negeri. Diedar percuma kumpulan puisi Doa Penyair ( ada juga aku punya…) sungguh menghairankan. Malamnya pulak dihadiri oleh Tok Guru MB sendiri dan semua pembesar negeri cukup memeriahkan. MasyaAllah `six-course chinese dinner` utk 300 orang, macam tak pecaya lah…di KB! Tak cukup itu besuknya bila balik aku nak bayar sewa bilik, akupun keluarkan kad kredit, `terimakasih tuan dibayar oleh esas` kata pelayantamu Hotel Perdana. Lagi aku tak pecaya.



Sebelum itu pada petang kelmarinnya Anbakri-Ana suraya menjadi hos di rumah mewah antik mereka..wah, org Kelate sungguh lembut hatibudi mereka. Disitu aku sasterawan jadian, dan sasterawan muda yg akan jadi SN spt Nimoiz dapat bergesel bahu dgn SN Pak Samad …rupa-rupanya seorang yg begitu merendah diri dan senang dibawa bicara. Aku lihat semasa malam itu dia tak henti-henti bercakap dgn Tok Guru.



Di rumah Anbakri juga aku terkejut terserempak dgn Alaeffa…mula-mula tak perasaan kerana wajahnya macam kebanyakan org kelante yg come…Kami kerumah anbakri dengan kereta kerajaan…wah tetamu negeri rupa-rupanya kami (nostalgia menerpa zaman silam )tapi ketidakhadiran Hasimah jelas terasa kelompangannya ..sayang sekali…apatahlagi di Kelate sendiri.



Besuk pagi bila sampai di AS Dahrie telepon nak bagi ole-ole dari Kelate…aku kata apa nak berole-ole lagi yg diberi disana sudah tak terbalas..



Semoga Allah jua yg memberi ganjaran



Wallahu`alam



Alorsetar,120605,ahkarim

Monday, June 13, 2005

Pantun

Bicara Karya dan Baca Puisi
eSastera




Padi baru dari bendang
sudah dituai diisi karung
padi bernas
padat berisi
Kota Bharu tempat bertandang
Hotel Perdana tempat
berlansung
Bicara Karya dan Baca Puisi




Cincin berlian diikat suasa
dipakai pengantin selepas
menikah
diri berpunya itulah lambang
sungguh sambutan luarbiasa
tidak
terjangka begitu meriah
dari warga "Cik Siti Wan
Kembang"




Angkat sauh lepaskan pukat
pukat dihulur dengan tangan
sambil
dilirik hujung mata
dari jauh dan juga dekat
warga esastera beri
sokongan
makin erat persahabatan kita




Kek dan pasta mari dihidang
istimewa buat para tetamu
sambil
makan meriah seloroh
riuh-rendah mereka gelak
rumah Bang Aji kita
bertandang
orang kuat di Kota Bharu
Drirwan taiko seluruh
Dahrie
pula jadi penggerak




Biji selasih ubi keladi
buat ubat sakit gigi
terima kasih daun
keladi
lain kali buat di Kota Bharu lagi







-As Syramy
Pasir Mas,12 2222H Jun 2005

Saturday, June 11, 2005

TAHNIAH eSastera.com

Program Bicara Karya dan Baca Puisi eSastera.com

Tempat : Dewan Bunga Tanjung,Hotel Perdana,K.Bharu
Masa : Sesi 1,Bicara Karya ( jam 1400)
Perasmi : YB Ab.Patah Mahmud,
Exco Wanita,Belia dan Sukan,Kelantan
Sesi 2,Baca Puisi ( jam 2100 )
Perasmi : YAB Tuan Guru Datuk Hj.Nik.Ab.Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan

Saya hadir bersama isteri di kedua2 sesi, jua sesi tertutup di Rumah
Sdr.Anbakri dan Sdr.Anasuraya.
Isteri saya teramat seronok kerana katanya kami warga esastera.com
bagai telah lama kenal dan macam famili. Bahkan beliau kagum degan kedua2
SN kita,SN Datuk Dr.A.Samad Said dan SN Prof.Madya Dr.S.Othman Kelantan
yang katanya jua mesra walaupun telah bergelar SN.
Saya? Jangan cerita la, rasa seronok saya tak tergambar. Dapat bersalam,bercerita bahkan bergelak tawa dengan kedua2 SN. Mana dan bila lagi akan dpt., cuma kami terkilan sbb tak ada kamera. Uwaaaaaaa.
Istana Sdr.Anbakri terlalu cantik dan unik, satu rumah ciri2 rumah Melayu lama yang antik. Fuhhhhhhhh lawaaaaa.
Dapat jumpa warga esastera termasuk yg belum pernah jumpa seperti Sdr. Salman (macho budak ni),Sdr.Nimoiz_ty ( budak ni manja la plak,hahaha)
dan Sdr.Nasa_Natrah ( cun budak ni,suara merdu plak tu ) serta Sdr.Anasuraya ( isteri mithali Sdr.Anbakri )
Jua jumpa tapi tak sempat sembang dengan Sdr.Little_Tulip dan Kablam22.
Dengan yg dah pernah jumpa tu laaaaaaagi la rancak bersembang spt. Prof,Sdr.Dinsman,Sdr.Airmasz,Sdr.Dahrie,
Sdr.Ida,Sdr.Ghafirah,Sdr.Zanazanzaly, Ayahanda Ahkarim
dan beberapa ahli lagi.

Alhamdulillah program ini berjalan lancar,menarik dan mendapat sambutan yang luarbiasa.
Kita tunggu laporan oleh wartawan esastera.com,Sdr.Dahrie.

-As Syramy
Pasir Mas,11 1200H Jun 2005

Friday, June 10, 2005

Program esastera.com

PROGRAM SASTERA eSastera.com
DI KOTA BHARU




10 Jun 2005... Program "Bicara Karya dan Baca Puisi" e-Sastera.com. Melibatkan dua orang sasterawan negara (A. Samad Said dan S. Othman Kelantan) dan pasukan deklamator esastera.com serta deklamator tempatan.



ATUR CARA


Sesi 1, Jam 2.00 petang


Majlis Bicara Karya. Perasmi: Wakil DBP.


Diskusi e-novel Hostel: Debaran Kedua
Diskusi oleh SN S. Othman Kelantan dan Dr. Victor Pogadaev (UM).


Diskusi antologi cerpen Salju Jabal Musa.
Diskusi oleh SN A. Samad Said dan Muhammad Daud Muhammad (DBP).


Sesi 2, Jam 9.00 malam


Majlis baca puisi yang melibatkan SN A.Samad Said dan S. Othman Kelantan sebagai deklamator jemputan khas.
Perasmi: YAB Menteri Besar Kelantan.

Thursday, June 09, 2005

Puisiku

Lisan



Bahasa kalam
menyentuh ke dalam
qalbu yang diam
minda yang tajam
memberi faham



Bahasa insan
kawal keadaan
tenang suasana
hibur duka
bertukar ceria



Luncur menikam
bak pedang tajam
amarah mencengkam
musnah alam



Fikir sebelum berkata
akal jadi neraca
iman timbang tara
jangan ikut rasa
ikut nafsu bisa binasa



Lisan cermin diri
lidah gambaran budi
bahasa tinggikan peribadi




-As Syramy
Pasir Mas,05 1200H Jun 2005

Tuesday, June 07, 2005

Artikel

Peram Karya dapat mengindahkannya?


Menurut mentor saya Sdr.Airmas_sz, saya perlu "brek" bila berkarya. Iaitu saya perlu simpan dan peram karya saya untuk beberapa ketika sebelum dikirim di esastera.com atau ke mana-mana. Begitu jua mentor kita Prof.Dr.Irwan pernah nasihatkan saya supaya saya peramkan karya saya demi meranumkannya dan melahirkan karya yang bermutu.



Ya,saya rasa nasihat mereka ada kebenarannya dan memang benar. Tetapi bagi saya, jika saya peramkan karya dan saya proses semula karya tersebut jarang yang "menjadi". Maksud menjadi ialah jadi lebih baik dari sebelum, bahkan yang kerap berlaku dari memproses semula itu terwujud satu sajak baru yang berasingan.



Pak Arisel dan Prof. dalam artikel mereka pernah mencadangkan agar penulis muda memamah karya penulis mapan untuk mematangkan atau memantapkan karya kita. Cadangan ini bagi saya adalah sesuatu yang perlu diambil berat oleh penulis muda( seperti saya ) khususnya di esastera.com.Biarpun kita tidak sanggup ( kerana merasa tidak berbaloi) untuk membeli antologi penulis-penulis terkemuka, sekurang-kurangnya kita sudi mengunyah karya penyair dan penulis mapan atau terkemuka jua ternama di esastera.com



Saya bukan menolak atau menyanggah nasihat dan pendapat mentor-mentor saya ini ( nanti derhaka namanya ) tetapi untuk brek atau peram bila berkarya adalah sesuatu yang agak sukar bagi saya laksanakan buat masa ini.Mungkin kerana saya terlalu ghairah atau teruja untuk berkarya bila bertemu dengan portal www.esastera.com ini.



Merujuk kepada usaha memantapkan karya dengan memamah karya penulis mapan, saya amat bersetuju dengan cadangan dan saranan ini. Walaupun kita "terpengaruh" dengan stail mereka, tetapi ia tidaklah separah ciplak atau plagiat. Bahkan kadang-kadang pengaruh mereka yang kita garapkan menjadi satu bisa menjadi identiti tersendiri bagi kita.
Rasa-rasanya inilah yang berlaku pada saya ( cuma saya amat kagum dan terpengaruh dgn pak arisel, tapi masih tak mampu meniru cara sajak senafasnya itu ),saya membina identiti tersendiri dalam karya saya hasil gabungan beberapa penulis dan penyair khususnya di esastera.com ini. Saya banyak "terpengaruh" dengan teknik persembahan dan lantunan idea Prof.,cikgu, sdr.airmas_sz,pak arisel,tinta,sdr.mosna,sdr.saleha, sdr.nimoiz_ty dan aminhad. Jika anda mengunyah karya-karya saya,anda akan dapat melihat "nafas" mereka di dalam karya saya.



Akhirnya, saya rasa pemeraman karya bukan suatu isu besar, cuma bagi saya ia agak susah untuk saya amalkan buat masa ini. Izinkan saya meredah esastera.com ini dengan karya-karya picisan dan tong sampah saya melambak di sini.
Berilah peluang kepada ramy0722 ini menjadikan esastera.com ini sebagai wadah untuk berkarya biarpun di suatu sudut yang terpencil di sini.



-As Syramy
Pasir Mas,06 2045H Jun 2005

Monday, June 06, 2005

Puisiku

Perang Santapan Manusia II



Dendam meledak
amarah membuak
rasa kecamuk
tiada belas lagi
di tangis bayi
di rintih warga tua
tiada hormat rasa
tempat ibadat manusia
atau tumbuhan melata


Perang hanya tahu
bunuh
binasa
cedera
tawan
tiada dalam kamusnya
kasih
cinta
kasihan


Perang telah lama
setua koloni manusia
seusia umur dunia


-As Syramy
Pasir Mas,31 1400H Mei 2005


Sunday, June 05, 2005

Haiku

SELAMAT CUTI SEKOLAH


Cuti sekolah
seisi keluarga
rehatkan diri


-As Syramy
Pasir Mas,28 2035H Mei 2005

Saturday, June 04, 2005

Pantun

Memburu rusa di lereng bukit
Dapat napuh berbelang leher
Amat perit dan juga sakit
Tika manusia menjengah lahir


Pucuk mangga menjuntai atap
Daun rumbia mencecah tanah
Wajah anak gembira ditatap
Walau tubuhnya mengalir darah


Akar nipah selirat tebing
Aur bertaut di hujung bakau
Kasihmu ibu tiada bertebing
takkan kering walau kemarau


-As Syramy
Pasir Mas,24 0330H Mei 2005

Friday, June 03, 2005

Puisiku

Restu

Restu yang disusur
terbentang
tanpa sesat


Restu yang didamba
jelas
tanpa bersuluh


Restu yang diharap
pasti
tanpa ragu


Restu yang digenggam
erat
usah dilepaskan


Restu Yang Esa
segala lurus bergaris
hanya susurilah
ditemani sinar wahyu


-As Syramy
Pasir Mas,28 1941H Mei 2005


Thursday, June 02, 2005

Ulasan sajak

ULASAN SAJAK “KEMATIAN” KARYA INSANYALIN






Kematian sukar diterima
Menyapa tanpa dijemput
Beransur tanpa pesan
Hanya kesedihan yang ditinggalkan
Kesepian dihadiahkan
Dugaan tuhan yang menguji keimanan
Namun kadangkala kerapuhan iman
Membuat kita salah pertimbangan
Menyalahkan takdir mencela tuhan
Moga diberi keinsafan
Terima takdir tuhan dan ketentuannya
Sememangnya hidup ini lawannya mati
Kematian bisa menyapa tak kira siapa tak kira walau di mana.

Yalin ‘05’







Assalamualaikum wrt.wbh







Esastera.com merupakan wadah unggul dan ulung sastera siber masa kini, ia telah menggamit 270 orang ahli mendaftar dengan 38 orang ahli yang telah menyertakan profil mereka. Salah seorang ahli baru yang mendaftar di esastera.com dan mula aktif di komuniti penyair ialah sdr.insanYalin atau Yalin ( selepas ini akan dikenali sebagai penyair )







Walaupun penyair ahli baru esastera.com, tetapi saya percaya beliau bukanlah baru dalam bidang sastera dan penulisan ( mohon penyair sertakan profil beliau di komuniti profil ), ini berdasarkan lenggok sajaknya yang mantap. Jadi,sebenarnya saya bukanlah orang yang layak mengomel tentang sajak beliau,tetapi dek kerana terpesona dengan tema dan gaya persembahan penyair ini mengundang saya mencatatkan sesuatu di sini.







Sebelum catatan ini dipanjangkan, sebagai insan biasa terlebih dahulu saya mohon maaf dan menyusun sepuluh jari andainya catatan atau coretan saya ini menyimpang dan melencong dari maksud penyair sebenarnya.Al-maklumlah saya ni cuma insan kerdil yang baru belajar bertatih di bidang ini,tetapi gatal tangan untuk mencoretkan sesuai sebagai apresiasi kepada keindahan susunan kata dan maksud oleh penyair dalam sajak ini.







Penyair menggarapkan sajak “Kematian” ini dalam satu rangkap sahaja yang mengandungi tigabelas (13) baris.Baris ketiga adalah baris terpendek mengandungi tujuh (7) sukukata iaitu Ber an sur tan pa pe san dan baris terakhir (13) Ke ma ti an bi sa me nya pa tak ki ra si a pa tak ki ra wa lau di ma na adalah terpanjang iaitu dengan duapuluh tiga (23) sukukata. Sajak ini adalah sajak bebas jika dilihat pada rima hujungnya iaitu a,b,c,c,c,c,c,c,c,c,a,d,a .







Garapan sajak ini adalah bertema keagamaan dengan persoalan kematian yang dimulakan dengan “Kematian sukar diterima”. Penyair mengeluarkan ungkapan ini kerana manusia terleka dengan dunia sehingga kematian yang merupakan Qadak Mubram ( yang tak boleh diubah dengan doa) pun sukar diterima seperti yang termaktub dalam Surah At-Takathur.











Dua baris berikutnya ialah “Menyapa tanpa dijemput ,Beransur tanpa pesan” iaitu kematian yang sukar diterima manusia itu adalah kerana hadirnya tanpa jemputan dan perginya tanpa pesan. Dek kerana kealpaan manusia,mereka lupa bahawa sebenarnya mereka menjemput maut di setiap kerdipan mata, setiap nafas yang disedut dan di setiap saat yang dilalui. Ini kerana semuanya itu tandanya bahawa mereka telah memamah detik-detik usia mereka.







“Hanya kesedihan yang ditinggalkan,Kesepian dihadiahkan” adalah dua baris seterusnya sajak ini, akibat kematian, orang-orang tersayang di sekitar akan merasa sedih dan sepi ditinggalkan. Apatah jika yang meninggalkan kita adalah insan yang paling rapat dan bermakna dalam hidup kita.







Baris ke-enam (6) sajak ini berbunyi “Dugaan tuhan yang menguji keimanan” yang saya rasa ada dua tempat yang boleh diperbaiki. Yang pertama ialah kalimat dugaan,bagi saya kalimat ini lebih tepat jika diletakkan dengan perkataan ketentuan. Ini kerana walaupun mati itu satu dugaan, ia tidak seperti dugaan lain yang boleh dielak seperti kemalangan,dicegah seperti penyakit,dipilih seperti jodoh,dicari seperti harta tetapi mati adalah pasti dan ditentukan yang takkan tertangguh walau dielak dan dicegah juga takkan tercepat walau dipilih atau dicari seperti mafhum firman “Apabila sampai ajal mereka(sesuatu umat),tidak akan ditangguhkan walau sesaat dan tidak akan dipercepatkan”. Yang kedua ialah kalimat tuhan, kerana seperti yang pernah dimaklumkan oleh mentor-mentor di esastera.com ini, jika tuhan yang dimaksudkan adalah Allah Yang Maha Esa maka huruf “T” pada Tuhan mestilah huruf besar ( Kenapa? Kena tanya Sifoo Hasimah dan Prof. ) Jadi baris ini sepatutnya ditulis begini “Dugaan / Ketentuan Tuhan yang menguji keimanan” yang bermaksud kematian adalah ujian Tuhan demi menguji menguji iman manusia sejauh mana sabar,tabah dan reda mereka.

“Namun kadangkala kerapuhan iman,Membuat kita salah pertimbangan,
Menyalahkan takdir mencela tuhan” adalah tiga baris seterusnya sajak ini yang membawa maksud kerana kelemahan dan kerapuhan iman membuatkan manusia silap pertimbangan lantas mencela Tuhan kerana kematian yang menjenguk insan yang mereka kasihi dan cintai. Juga kesilapan pada huruf “T” pada tuhan(Tuhan) dan perkataan “kadangkala” dan “namun” boleh dipilih salah satu jika ingin menjimatkan perkataan ( tapi boleh digunakan kedua-duanya)







Empat baris terakhir seperti tiga baris pertama sajak ini, saya rasakan boleh dijadikan rangkap berasingan. Empat baris terakhir sajak ini berbunyi “Moga diberi keinsafan,Terima takdir tuhan dan ketentuannya,Sememangnya hidup ini lawannya mati,Kematian bisa menyapa tak kira siapa tak kira walau di mana.”Ia merupakan harapan penyair agar diberi keinsafan oleh Allah supaya menerima takdir dan ketentuan-Nya dengan reda.Akhirnya penyair menegaskan bahawa hidup lawannya mati dan kematian akan berkunjung tidak mengira siapa ( walaupun Kekasih Allah sendiri) dan tak kira di mana saja samada di lautan,daratan,udara ataupun di dalam peti besi berkunci rapat sekalipun Malaikat Maut pasti datang dan kematian pun menjengah.







Di baris ke-12 iaitu “Terima takdir tuhan dan ketentuannya” terdapat kesilapan pada perkataan t(T)uhan dan pada perkataan “nya” yang merujuk kepada Allah sepatutnya ditulis dengan huruf besar pada awal perkataan dan digunakan tanda sempang iaitu ketentuan-Nya.Baris terakhir sajak ini iaitu “Kematian bisa menyapa tak kira siapa tak kira walau di mana.” masih boleh diperbaiki dengan meletakkan tanda koma menjadi “Kematian bisa menyapa tak kira siapa, tak kira walau di mana.” Juga perkataan tak kira dan walau pada hemat saya boleh dipilih salah satunya kerana membawa maksud yang serupa samada tak kira di mana atau walau di mana.







Demikianlah usaha saya menyelam dalamnya maksud sajak ini dan meneka dalam kesamaran, namun tetap saya gagahi jua walau terpaksa bernafas dalam lumpur ( hahaha..melalut la plak ) Harapan saya, walaupun coretan atau catatan ini tidak menjejak di dasar sajak ini,sekadar di permukaan pun cukuplah asalkan saya dapat menanggap beberapa persoalan yang cuba digarap penyair.Maksud sebenar sajak ini hanya penyair dan Allah saja yang mengetahuinya,saya sekadar mengupas di nipis kulitnya.Jadi, sekali lagi saya memohon ampun dan maaf serta menyusun sepuluh jari andainya tanggapan saya menyimpang dan menyeleweng ( asal jangan sesat dan menyesatkan kira ok la kan ? hahaha )







Akhir sekali, saya yakin penyair ini adalah jauh lebih mapan dari saya, cuma menjengah bagai harimau sembunyikan kuku dan taringnya. Dari garapan idea beliau pada sajak ini, menunjukkan beliau bukan calang-calang orang,insan seni yang berbakat besar dan melimpah cetusan ideanya. Saya rasa adalah suatu kerugian yang besar jika sdr.insanYalin tidak menyiarkan profilnya di komuniti profil memandangkan hasil karyanya yang bermutu. Beliau mampu menggugat penyair idola saya sdr.nimoiz_ty untuk anugerah APAS atau menggondol anugerah ASWAS sekalipun adalah tidak mustahil jika dilihat pada bakat yang Allah berikan padanya.







Sekian,terima kasih,







Wabillahittaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.




















-As Syramy Ashraf



Pasir Mas,31 1244H Mei 2005

Wednesday, June 01, 2005

Puisiku

Perang santapan manusia





Kekhalifahan Adam
disambut perang oleh Sang Iblis
keikhlasan Habil persembah qurban
dihadiahkan maut oleh Qabil



Hasad dan dengki
pemula khianat
pencetus dendam
menggodak perang



Perang bertali arus
demi nyawa, harta, maruah, negara dan aqidah
digadai nyawa demi kemenangan
dikorban harta demi peperangan
menang jadi idaman, kalah jadi igauan



Demi kebenaran
demi keadilan
diyakini kedua pihak
peranglah penyelesaian
peranglah pilihan



Perang memamah manusia
manusia menyantap perang
sepanjang hayat koloni
kerna inilah juadah
santapan enak lidah
tidak hadam di maidah*


-As Syramy
Pasir Mas,( Tika menonton "Star Wars: Episode III : Revenge of The Sith ) 29 1414H Mei 2005

*maidah = sistem penghadaman.