Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Monday, February 16, 2009

Puisiku



http://www.thedeck.net.au/images/animation-crab.gif



Senyum Sinis Sang
Ketam





Senyum sinis suku-sakat sang ketam
di
lautan, sungai, tasik dan paya
atau di pantai yang dua alam
sambil
mengenyit-ngenyit mata sesama mereka
berlipat angka spesis
mereka.





Spesis mereka yang jalan
mengiring
menyuap makan di kiri dan kanan
ada di mana-mana
di dewan
negeri, dewan rakyat dan dewan negara.




-As Syramy
Bendang Pauh, 16 2229H
Feb.2009

Tuesday, February 10, 2009

Puisiku : Mengunyah Kaca




Mengunyah kaca


Melihat cermin, biasan diri
memegang cangkir, teguk minuman
menyinar lampu, terangi maya
kaca memang indah
mempersona
terluka diri
kena pecahnya
dan sakit amat
terpaksa mengunyahnya.


-As Syramy
Bendang Pauh, 10 0001H Feb.2009

Tuesday, January 27, 2009

Puisiku : Inilah jihad


Inilah jihad
( dedikasi untuk
"Budak Tomato" )

'Aku masih kecil, tidak cukup sasa untuk memikul rifel atau pelancar roket, merenggut nyawa Yahudi, syaitan pencabul nyawa, dan aku saksikan syuhada' '.

'Tuhan, inilah cuma mampuku, menyuap tomato ke mulut saudara seagama, terperuk di bawah runtuhan, bersama doa, selamatkanlah mereka'.

'Tuhan, akurku dengan Qudrat dan IradatMu, mereka masih dapat menyedut udara Gaza, yang berdebu runtuhan, yang tercemar fosforus, yang disalut uranium, mereka selamat dari kematian, dihimpit runtuhan'.

Anak, ini jihad masih, biar tidak dianugerah bintang syahid.

-As Syramy
Bendang Pauh, 25 2020H Jan.2009

Tuesday, December 30, 2008

Selamat Tahun Baru 1430H dan 2009M

Selamat Tahun Baru
1430H
&
2009M
dpd
AS SYRAMY ( ramy0722 )
NIE ( asnie02 )
SYIFA ( syifa96 )
MU'EIZ ( izz97 )
MUNZIR ( jay2000 )
SOFEA ( sofea04 )

Tuesday, December 02, 2008

Pedang puaka menghentak bumi

Baju besi hitam berduri ganas rupa burukmu
pedang puaka menghentak bumi
cabar pertuanannya.

Kaudabik dada jadi perwira
menebus jenayah semalam
sedang darah di serata jasad masih hanyir.

Belum sempat kausarung pedang
belum kering merah darah
bumi kauhentak pedang
tanah dan selutnya
menyalut tubuhmu
menelan ke tujuh petala.

-As Syramy
Bendang Pauh, 28 2145H Nov.2008