Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Monday, January 24, 2005

Puisiku

Peti Undi

Dengan mulut menganga,
dikau menadah segala,
ditelan semuanya,
disimpan di perutnya.

Amanah pilihanraya ini,
akan kejap bersemi,
akan tetap di sini,
akan terpelihara kini.

Kertas undi dikira,
tugasmu telah sempurna,
hingga ketemu lagi,
pilihanraya akan datang nanti.

-As Syramy
Pasir Mas,17 Mac 2004


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Harga sebuah undi

Lorekkan mata pensel anda,
di kertas undi itu,
hanya sebutir pangkah,
di petak pilihan hati.

Undi anda ,
biar satu cuma,
harganya tidak terhingga,
masa depan sebuah negara.

Undilah demi masa depan kita,
undilah demi masa depan anak-anak kita,
undilah demi generasi muka,
undi anda amat berharga.

-As Syramy
Pasir Mas,19 Mac 2004

1 comment:

Anonymous said...

akum.
sedr remy, tq atas ulasan ttg puisi yg dibuat oleh saudara di communityzero.Sebenarnya puisi tu lahirnya secara spontan, tika saya tidur di dayabumi(tertinggal kumuter terakhir).Kebetulan ada seorang tua yang tidur disitu.Macam macam persoalan yg timbul dibenak apb. kadangkala terlihat sesuatu keadaan yg macam tu, kemudian semuanya dicoret atas kertas.
Namun saya lebih berbesar hati kiranya ulasan itu berbentuk kritikan,supaya dapat saya pergunakan untuk memperbaiki teknik menghasilkan puisi yang baik.
Nampakya sdr tua 10th. dari saya, apakah pekerjaan sdr.?Guru?.Apapun, tq, dan minta maaf kerna menulis semua ini disini(susah la dekat community.)
akupun.