Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Tuesday, December 28, 2004

HESCOM 2004

Malam Penyampaian Hadiah eSastera.com 2004

(Laporan Sementara)

Malam penyampaian Hadiah e-sastera.com 2004 (HeS.com 2004) telah diadakan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya pada mulai jam 8.00 malam, 25 Disember 2004. Majlis itu berbentuk makan malam, persembahan baca puisi, dan penyampaian hadiah. Majlis telah dihoskan oleh Hasimah Harun dan adik Wan Muna Amirah (Innocent One).

Malam HeS.com dirasmikan oleh penulis mapan dan pemenang SEA Write Award 2004, Puan Zurinah Hassan.

Tujuan majlis itu diadakan adalah untuk menyampaikan anugerah kepada penulis-penulis pilihan berdasarkan mutu karya mereka yang diterbitkan di majalah elektronik e-sastera (
www.esastera.com) sepanjang tahun 2003. Majlis dianjurkan oleh syarikat Esastera Enterprise serta dilaksanakan oleh aktivis-aktivis esastera.com.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Founder e-sastera.com, iaitu Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas (penyair Irwan Abu Bakar).

Ucapan Irwan diikuti oleh ucapan perasmian oleh Puan Zarinah Hassan. Dalam ucapannya, Puan Zurinah menegaskan peri pentingnya penulis menjaga mutu karya walau apapun media tempat menulis.

Majlis makan malam bermula sebaik-baik sahaja Puan Zurinahh menamatkan ucapan beliau dan merasmikan majlis.

Selepas 20 minit majlis makan bermula, acara persembahan pertama telah dihidangkan. Lapan orang penyair dari esastera.com telah dijemput untuk mendeklamasi sajak mereka secara berterusan, seorang demi seorang. Mereka ialah Mohd Dahri Zakaria (Dahrie), Ramy, Iltizam, Anasuraya (wakil), Rudy Bluehikari, HMS Abu Bakar, dan peserta dari USA, Mr. George Manos.

Acara penyampaian hadiah bermula dengan penyampaian hadiah sayembara pada talian, iaitu sayembara menulis sajak Puasa dan Raya 2003, sayembara menulis sajak Ramadan 2004, sayembara menulis puisi pilihanraya (3 hadiah), dan sayembara menulis pantun merdeka (3 hadiah). Setiap hadiah mengandungi wang tunia RM100 berserta hadiah sampingan.

Majlis diteruskan dengan acara persembahan kedua yang melibatkan baca puisi oleh penyair-penyair esastera.com. Acara ini telah disertai oleh Ahkarim, Arisel BA, Raja Rajeswari, Saleha Ahmad, Muhammad Zakir, Abdullatip, Elmi, Nilamsuri, Anbakri, dan Airmas).

Selepasa persembahan, majlis telah menjemput pengadil Hadiah Esastera.com 2004, sdr Dinsman, untuk menyampaikan ucapannya.

Majlis diteruskan pula dengan acara cabutan bertuah. Sebelas orang hadirin dari kalangan ahli esastera.com telah menerima hadiah cabutan bertuah berupa novel-novel sumbangan Karangkraf Sdn. Bhd. Kemudiannya diadakan pula lima cabutan bertuah khas apabila dua pemenang pertama menerima sebakul seorang buah-buahan sumbangan Abdullatip (buah-buahan dari kebunnya sendiri di Jelebu) dan tiga pemenang berikutnya setiap satu menerima voucher high-tea untuk dua orang sumbangan Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.

Selepas acabutan bertuah, majlis diteruskan dengan Baca Puisi 3 oleh Drvictor, Drirwan, Zurinah Hassan, dan Dinsman.

Acara itu diikuti majlis penyampaian anugerah-anugerah. Penyampaian anugerah dimulai dengan Anugerah Sajak Multimedia dan Interaktif Asmi). Kemudiannya disusuli oleh penyampaian Anugerah Haiku Melayu Alam Siber (Ahmas), Anugerah Novelis Alam Siber (Anas), Anugerah Cereka Alam Siber (Acas), Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber (Asjas), dan Anugerah Penyair Alam Siber (Apas).

Hadiah telah disampaikan oleh Puan Zurinah Hassan.

Seramai enam orang penyair telah memenangi hadiah utama.

Hadiah utama bagi Apas 2004 yang membawa gelaran “Penyair Alam Siber 2004” telah disandang oleh penulis muda Nik Mohd Iznan Tuan Yaacob (atau Nimoiz T.Y). Beliau menggondol hadiah wang tunai RM2004.00 dan sijil. Nimoiz T.Y juga memenangi hadiah utama bernilai RM1000 untuk ANAS. Guru muda yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan ini telah tidak dapat hadir di majlis tersebut kerana baru ditugaskan di Sarawak. Hadiah diterima oleh wakilnya.

Hadiah utama bagi Asjas 2004 telah disandang oleh moderator komuniti Sajak Jenaka, Arisel BA. Beliau juga menggondol hadiah-hadiah utama wang tunai RM1000 untuk ACAS dan JY2000.00 untuk Ahmas.

Hadiah-hadiah utama bagi Asmi dimenangi oleh Airmas s_z (administrator "Poets"), RM600 dan sdr Dipinggiran, RM400.

Majlis tamat pada kira-kira jam 10.45 malam selepas Dr. Irwan menyampaikan cendermata kepada perasmi, pengadil, dan penyanyi jemputan. Selepas itu, Peserta mengambil kesempatan untuk beramah mesra serta bergambar ramai. Kemudiannya masing-masing pulang dengan penuh kenangan manis.

Senarai lengkap hadiah serta nama pemenang yang berpadanan adalah seperti dalam Lampiran kepada tulisan ini.


Lampiran


KEPUTUSAN HADIAH eSASTERA.COM 2004(Penaja Utama : Talam Corporation)

Di sini disenaraikan nama-mana pemenang empat hadiah* yang disampaikan di malam Hes.com 2003:

1. Anugerah Penyair Alam Siber 2004 (Apas 2004)

Penyandang Gelaran "Penyair Alam Siber 2004" Hadiah Wang Tunai RM2003.00, Sijil, dan Cenderamata*
Nimoiz T.Y.

Tempat Kedua Hadiah Wang Tunai RM100.00, Sijil dan Cenderamata*
Abdullah Jones (Sajak "Kembara Diri")

Tempat Ketiga Hadiah Wang Tunai RM50.00, Sijil dan Cenderamata*
Anbakri

7 Hadiah Sagu Hati Hadiah Wang Tunai RM50.00, Sijil dan Cenderamata setiap satu*
1. Dahrie 2. Fahd Razy 3. Saleha 4. Rudy Blueikari
5. Raja Rajeswari6. Elmi Zulkarnain7. Glateh
2. Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber 2003 (Asjas 2004)

Hadiah Wang Tunai RM1000.00, Sijil, dan Cenderamata
Arisel BA

Tempat Kedua Hadiah Wang Tunai RM300.00, Sijil, dan Cenderamata
Alaieffa

Tempat Ketiga Hadiah Wang Tunai RM200.00, Sijil, dan Cenderamata*
Ahkarim)

3. Anugerah Cereka Alam Siber 2004 (Asjas 2004)

Hadiah Wang Tunai RM1000.00, Sijil, dan Cenderamata
Arisel BA

Tempat Kedua Hadiah Wang Tunai RM300.00, Sijil, dan Cenderamata
Ghafirah Idris (RM100)

Tempat Ketiga Hadiah Wang Tunai RM50.00, Sijil, dan Cenderamata*
Fahd Razy)


4. Anugerah Novelis Alam Siber 2004 (Asjas 2004)

Hadiah Wang Tunai RM1000.00, Sijil, dan Cenderamata
Nimoiz T.Y

Tempat Kedua Hadiah Wang Tunai RM100.00, Sijil, dan Cenderamata
Muhammad Zakir (RM100)

Tempat Ketiga Hadiah Wang Tunai RM50.00, Sijil, dan Cenderamata*
Abdullatip

5. Anugerah Haiku Melayu (2004)

Hadiah Wang Tunai RM1000.00, Sijil, dan Cenderamata
Arisel BA

Tempat Kedua Hadiah Wang Tunai RM100.00, Sijil, dan Cenderamata
Rudy Bluehikari

Tempat Ketiga Hadiah Wang Tunai RM50.00, Sijil, dan Cenderamata*
Abdullatip

2 Hadiah Sagu HatiAirmas
Penggiran

6. Anugerah Sajak Multimedia/Interaktif (2004)

Hadiah Wang Tunai RM600.00, Sijil, dan CenderamataAirmas

Hadiah Wang Tunai RM400.00, Sijil, dan CenderamataDipinggiran


3. Sayembara "Pada Talian" 2003/04Hadiah Wang Tunai RM100.00, Sijil dan Cenderamata

Di sepanjang tahun 2003 dan 2004, esastera.com telah mengadakan empat sayembara khas untuk sambutan tertentu. Pemenang-pemenangnya adalah seperti yang berikut:

(a) Sayembara Menulis Sajak Puasa & Raya 2003
1. Airmas ("Selamat Hari Raya Abah")2. Dahri Zakaria ("Dan Pohon-pohon Pun Sujud")3. Abdullatip ("Menuai Pahala Ramadhan")
4. Ummu Hani ("Kg. Ramadhan")
5. Mosna ("Memasuki Sekolah Ramadhan")

(b) Sayembara Menulis Sajak Ramadhan 2004
1. Raja Rajeswari ("Bulan Barakah")2. Zainallasim ("Jurang") 3. Rudy Bluehikari ("Penghujung Ramadhan")

(c) Sayembara Menulis Puisi Pilihan Raya
1. AbdullahJones ("Kronologi Pengundi")2. Nilamsuri ("Di Medan Pertembungan Ini, Watanku Bersama Kita Saksikan")3. Tintasukma ("Lelaki Berbaju Biru")

(d) Sayembara Menulis Pantun Merdeka
1. Ramy2. Abdullatip3. Dipinggiran
---------------------------------------------
*Hadiah hanya diberi kepada mereka yang menghadiri majlis penyampaian hadiah pada 25.12.2004.

No comments: