Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Sunday, August 20, 2006

I'm look stupid speak malay

"I'm look stupid speak malay"

Syarifah Amani mengungkapkan kata-kata di atas bila diberi peluang berucap setelah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik FFM19.
"Saya kelihatan (jadi) bodoh bila bercakap B.Melayu" itulah maksudnya. Ungkapan yang menafikan catatan sejarah bahawa Bahasa Melayu adalah lingua franca di Nusantara ketika kegemilangan Tamadun Melayu. Tidak sedarkah dia bahawa JWW Birch, Raffles dan lain2 penjajah British pada masa itu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan. Jika demikian halnya Orang Inggeris yang dipuja pelakon ini telah menjadi bodoh kerana bercakap Bahasa Melayu.
Dangkal sungguh manusia ini, andainya beliau ketemu pensyarah2 Bahasa Melayu di Fakulti2 Pengajian Melayu di UK,US,China dll yang fasih berbahasa Melayu. Adakah mereka juga akan kelihatan/jadi bodoh?
Orang lain tubuhkan Fakulti Pengajian Melayu, berusaha bercakap Melayu dan mengkaji Tamadun Melayu, tetapi masih ada lagi manusia Melayu yang menganggap diri mereka bodoh jika bercakap Melayu.
Inikah gambaran sebenar pandangan generasi merdeka terhadap Bahasa Melayu? Mereka jadi bodoh bila bertutur Bahasa Melayu?
Aduh!!!! Alangkah beratnya lagi tanggungjawab kita khususnya Dewan Bahasa dan Pustaka ( yang menjangkau 50 tahun usia) dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu.
Ataukah juga ia menjadi petanda terhakisnya semangat patriotik dan nasionalisme Melayu di jiwa Melayu?

1 comment:

ramy0722 said...
This comment has been removed by a blog administrator.