|
Penyair adalah insan yang menukilkan peristiwa di persekitarannya dalam susunan kata-kata puitis.
Banners
About Me
- ramy0722
- Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.
Friday, December 31, 2004
Selamat Tahun Baru 2005
Thursday, December 30, 2004
Pantun Kemerdekaan
Pagi-pagi berjalan ke pekan
sambil mengunyah gula Sugus
Kempen Merdeka selamat dilancarkan
di hari ini 17 Ogos
Duduk bersembang bersama member
jangan bercakap perkara sesia
kempen tamat 16 September
sempena penubuhan Negara Malaysia
Jangan kita tersilap kata
nanti susah hendak betulkan
marilah kita turut serta
Jalur Gemilang kita kibarkan
Jumpa member terus disapa
minta autograf hulurkan pena
cara lain jangan dilupa
meriahkan jua sepanjang kempen
-As SyramyPasir Mas,17 1822H Ogos 2004
PANTUN KEMERDEKAAN II
Meraut muka di awal pagi
menutup mata duduk bersila
musim merdeka datang lagi
semangat kita membara semula
Membaca mentera tangan ditepuk
hidupkan bara di dalam ketur
cintakan negara kita pupuk
pelbagai acara kita atur
Sirih pinang jadi pengeras
duit dihulur jadi habuan
kasih sayang jadikan teras
semangat luhur bela watan
Orang ramai tak kira masa
tunggu giliran di tengah laman
aman damai sejahtera sentiasa
itulah perjuangan sepanjang zaman
Tuesday, December 28, 2004
Puisiku : Poster
Poster
Sepanjang perjalanan pulangku ke rumah bonda,
pepohon telah berkulit kertas,berkulit plastik,
pepohon telah berdaun kertas,berdaun plastik,
pepohon telah berpucuk bendera.
Sepanjang perjalanan pulangku ke rumah bonda,
terentang bergayutan poster partai siasah,
tertegak berkibar bendera partai siasah,
merentas dari kiri ke kanan,dari kanan ke kiri jalanraya.
Duhai penyokong,duhai penampal poster,
jangan sampai mengganggu pandangan pengguna jalanraya,
jangan sampai bergaduh,berkelahi kerana poster,
kerana kita ingin mendabik dada.
Ingatlah,kita hanya ingin pilihanraya,
memilih kerajaan,memperbaharui mandat memerintah negara.
-AsSyramy
Rumah Warden SMKSID, Sabtu ,06 2206H Mac 2004.
Puisiku : Aduhh...sakit kepalaku
bingit tangisnya,
jijik leleh hingusnya,
busuk bau muntahannya.
budak ini, sudah lancang mulutnya,
budak ini, amat pedih tujahan kakinya,
dicili mulut, patutnya,
dicekik leher,tamat riwayatnya.
HESCOM 2004
(Laporan Sementara)
Malam penyampaian Hadiah e-sastera.com 2004 (HeS.com 2004) telah diadakan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya pada mulai jam 8.00 malam, 25 Disember 2004. Majlis itu berbentuk makan malam, persembahan baca puisi, dan penyampaian hadiah. Majlis telah dihoskan oleh Hasimah Harun dan adik Wan Muna Amirah (Innocent One).
Malam HeS.com dirasmikan oleh penulis mapan dan pemenang SEA Write Award 2004, Puan Zurinah Hassan.
Tujuan majlis itu diadakan adalah untuk menyampaikan anugerah kepada penulis-penulis pilihan berdasarkan mutu karya mereka yang diterbitkan di majalah elektronik e-sastera (www.esastera.com) sepanjang tahun 2003. Majlis dianjurkan oleh syarikat Esastera Enterprise serta dilaksanakan oleh aktivis-aktivis esastera.com.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Founder e-sastera.com, iaitu Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas (penyair Irwan Abu Bakar).
Ucapan Irwan diikuti oleh ucapan perasmian oleh Puan Zarinah Hassan. Dalam ucapannya, Puan Zurinah menegaskan peri pentingnya penulis menjaga mutu karya walau apapun media tempat menulis.
Majlis makan malam bermula sebaik-baik sahaja Puan Zurinahh menamatkan ucapan beliau dan merasmikan majlis.
Selepas 20 minit majlis makan bermula, acara persembahan pertama telah dihidangkan. Lapan orang penyair dari esastera.com telah dijemput untuk mendeklamasi sajak mereka secara berterusan, seorang demi seorang. Mereka ialah Mohd Dahri Zakaria (Dahrie), Ramy, Iltizam, Anasuraya (wakil), Rudy Bluehikari, HMS Abu Bakar, dan peserta dari USA, Mr. George Manos.
Acara penyampaian hadiah bermula dengan penyampaian hadiah sayembara pada talian, iaitu sayembara menulis sajak Puasa dan Raya 2003, sayembara menulis sajak Ramadan 2004, sayembara menulis puisi pilihanraya (3 hadiah), dan sayembara menulis pantun merdeka (3 hadiah). Setiap hadiah mengandungi wang tunia RM100 berserta hadiah sampingan.
Majlis diteruskan dengan acara persembahan kedua yang melibatkan baca puisi oleh penyair-penyair esastera.com. Acara ini telah disertai oleh Ahkarim, Arisel BA, Raja Rajeswari, Saleha Ahmad, Muhammad Zakir, Abdullatip, Elmi, Nilamsuri, Anbakri, dan Airmas).
Selepasa persembahan, majlis telah menjemput pengadil Hadiah Esastera.com 2004, sdr Dinsman, untuk menyampaikan ucapannya.
Majlis diteruskan pula dengan acara cabutan bertuah. Sebelas orang hadirin dari kalangan ahli esastera.com telah menerima hadiah cabutan bertuah berupa novel-novel sumbangan Karangkraf Sdn. Bhd. Kemudiannya diadakan pula lima cabutan bertuah khas apabila dua pemenang pertama menerima sebakul seorang buah-buahan sumbangan Abdullatip (buah-buahan dari kebunnya sendiri di Jelebu) dan tiga pemenang berikutnya setiap satu menerima voucher high-tea untuk dua orang sumbangan Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.
Selepas acabutan bertuah, majlis diteruskan dengan Baca Puisi 3 oleh Drvictor, Drirwan, Zurinah Hassan, dan Dinsman.
Acara itu diikuti majlis penyampaian anugerah-anugerah. Penyampaian anugerah dimulai dengan Anugerah Sajak Multimedia dan Interaktif Asmi). Kemudiannya disusuli oleh penyampaian Anugerah Haiku Melayu Alam Siber (Ahmas), Anugerah Novelis Alam Siber (Anas), Anugerah Cereka Alam Siber (Acas), Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber (Asjas), dan Anugerah Penyair Alam Siber (Apas).
Hadiah telah disampaikan oleh Puan Zurinah Hassan.
Seramai enam orang penyair telah memenangi hadiah utama.
Hadiah utama bagi Apas 2004 yang membawa gelaran “Penyair Alam Siber 2004” telah disandang oleh penulis muda Nik Mohd Iznan Tuan Yaacob (atau Nimoiz T.Y). Beliau menggondol hadiah wang tunai RM2004.00 dan sijil. Nimoiz T.Y juga memenangi hadiah utama bernilai RM1000 untuk ANAS. Guru muda yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan ini telah tidak dapat hadir di majlis tersebut kerana baru ditugaskan di Sarawak. Hadiah diterima oleh wakilnya.
Hadiah utama bagi Asjas 2004 telah disandang oleh moderator komuniti Sajak Jenaka, Arisel BA. Beliau juga menggondol hadiah-hadiah utama wang tunai RM1000 untuk ACAS dan JY2000.00 untuk Ahmas.
Hadiah-hadiah utama bagi Asmi dimenangi oleh Airmas s_z (administrator "Poets"), RM600 dan sdr Dipinggiran, RM400.
Majlis tamat pada kira-kira jam 10.45 malam selepas Dr. Irwan menyampaikan cendermata kepada perasmi, pengadil, dan penyanyi jemputan. Selepas itu, Peserta mengambil kesempatan untuk beramah mesra serta bergambar ramai. Kemudiannya masing-masing pulang dengan penuh kenangan manis.
Senarai lengkap hadiah serta nama pemenang yang berpadanan adalah seperti dalam Lampiran kepada tulisan ini.
Lampiran
KEPUTUSAN HADIAH eSASTERA.COM 2004(Penaja Utama : Talam Corporation)
Di sini disenaraikan nama-mana pemenang empat hadiah* yang disampaikan di malam Hes.com 2003:
1. Anugerah Penyair Alam Siber 2004 (Apas 2004)
Penyandang Gelaran "Penyair Alam Siber 2004" Hadiah Wang Tunai RM2003.00, Sijil, dan Cenderamata*
Nimoiz T.Y.
Tempat Kedua Hadiah Wang Tunai RM100.00, Sijil dan Cenderamata*
Abdullah Jones (Sajak "Kembara Diri")
Tempat Ketiga Hadiah Wang Tunai RM50.00, Sijil dan Cenderamata*
Anbakri
7 Hadiah Sagu Hati Hadiah Wang Tunai RM50.00, Sijil dan Cenderamata setiap satu*
1. Dahrie 2. Fahd Razy 3. Saleha 4. Rudy Blueikari
5. Raja Rajeswari6. Elmi Zulkarnain7. Glateh
2. Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber 2003 (Asjas 2004)
Hadiah Wang Tunai RM1000.00, Sijil, dan Cenderamata
Arisel BA
Tempat Kedua Hadiah Wang Tunai RM300.00, Sijil, dan Cenderamata
Alaieffa
Tempat Ketiga Hadiah Wang Tunai RM200.00, Sijil, dan Cenderamata*
Ahkarim)
3. Anugerah Cereka Alam Siber 2004 (Asjas 2004)
Hadiah Wang Tunai RM1000.00, Sijil, dan Cenderamata
Arisel BA
Tempat Kedua Hadiah Wang Tunai RM300.00, Sijil, dan Cenderamata
Ghafirah Idris (RM100)
Tempat Ketiga Hadiah Wang Tunai RM50.00, Sijil, dan Cenderamata*
Fahd Razy)
4. Anugerah Novelis Alam Siber 2004 (Asjas 2004)
Hadiah Wang Tunai RM1000.00, Sijil, dan Cenderamata
Nimoiz T.Y
Tempat Kedua Hadiah Wang Tunai RM100.00, Sijil, dan Cenderamata
Muhammad Zakir (RM100)
Tempat Ketiga Hadiah Wang Tunai RM50.00, Sijil, dan Cenderamata*
Abdullatip
5. Anugerah Haiku Melayu (2004)
Hadiah Wang Tunai RM1000.00, Sijil, dan Cenderamata
Arisel BA
Tempat Kedua Hadiah Wang Tunai RM100.00, Sijil, dan Cenderamata
Rudy Bluehikari
Tempat Ketiga Hadiah Wang Tunai RM50.00, Sijil, dan Cenderamata*
Abdullatip
2 Hadiah Sagu HatiAirmas
Penggiran
6. Anugerah Sajak Multimedia/Interaktif (2004)
Hadiah Wang Tunai RM600.00, Sijil, dan CenderamataAirmas
Hadiah Wang Tunai RM400.00, Sijil, dan CenderamataDipinggiran
3. Sayembara "Pada Talian" 2003/04Hadiah Wang Tunai RM100.00, Sijil dan Cenderamata
Di sepanjang tahun 2003 dan 2004, esastera.com telah mengadakan empat sayembara khas untuk sambutan tertentu. Pemenang-pemenangnya adalah seperti yang berikut:
(a) Sayembara Menulis Sajak Puasa & Raya 2003
1. Airmas ("Selamat Hari Raya Abah")2. Dahri Zakaria ("Dan Pohon-pohon Pun Sujud")3. Abdullatip ("Menuai Pahala Ramadhan")
4. Ummu Hani ("Kg. Ramadhan")
5. Mosna ("Memasuki Sekolah Ramadhan")
(b) Sayembara Menulis Sajak Ramadhan 2004
1. Raja Rajeswari ("Bulan Barakah")2. Zainallasim ("Jurang") 3. Rudy Bluehikari ("Penghujung Ramadhan")
(c) Sayembara Menulis Puisi Pilihan Raya
1. AbdullahJones ("Kronologi Pengundi")2. Nilamsuri ("Di Medan Pertembungan Ini, Watanku Bersama Kita Saksikan")3. Tintasukma ("Lelaki Berbaju Biru")
(d) Sayembara Menulis Pantun Merdeka
1. Ramy2. Abdullatip3. Dipinggiran
---------------------------------------------
*Hadiah hanya diberi kepada mereka yang menghadiri majlis penyampaian hadiah pada 25.12.2004.
Monday, December 27, 2004
Puisi Apresiasi HESCOM '04
Malam itu terasa siang yang panjang
di sinari bintang gemilang
cahayanya mentari pun tak setanding lagi
dan bintang-bintang menyerah kilauan
gemerlap serakan cahaya
terangi buana
Silau cahaya gemilang
memupuk setia bakat
dari dua insan budiman
budi yang tak tertelan dek zaman
tak terbalas dek harta berkoyan
sejuk hati ini di laman pesona
Malam itu hadir bintang tak terlawan lagi
betapa hebat suara bergema
terdiam terkesima
impian menjadi nyata
bintang-bintang kan gemilang
mutiara kan terus agung
sinarkan cakrawala
gemakan buana
Dari lantunan kecintaan pada bahasa dan budaya
fasa sastera dan esastera
menyerlah
Luhur cinta ini
pada bangsa dan negara
tulus dua jiwa bersatu
pada sastera dan esastera
tangan-tangan kami menjulang bangga
Hati-hati kami berbunga megah
kerna kami warganya
tak akan serik dengan karenah
tak akan letih dengan amanah
-Airmas_sz dan ramy0722
ALAM SIBER,27 1427H Dis 2004
Friday, December 24, 2004
Puisiku : Seorang Abu Bakar di Gua Thur
Seorang Abu Bakar di Gua Thur,
menadah peha bantal tidur,
menahan titis mutiara walau bisa menjalar disengat binatang,
memperjudikan nyawa anakanda penghantar santapan,
risau hatinya,keluh- kesah jiwanya,kan selamatkah kami?
"Jangan engkau takut,jangan engkau sedih,sesungguhnya Allah bersama kita"
tenanglah rasa,amanlah dada,
seorang Abu Bakar di Gua Thur.
Puisiku : Pujian
Halwa telinga,
enak didengar,merdu bunyinya,
menongkah awan,menggapai langit,
sebuah realitikah?
atau sekadar pemanis bicara?
lontarkanlah penguat semangat,
bukan penambah riya',
ungkapkanlah kalimat ajaib,
bukan pembawa ujub,
pujilah kerana Allah,
pujilah pada-Nya.
Thursday, December 23, 2004
Puisiku : Tarian Penaku
Penaku ini menari ikut rasa,
tanpa irama,
tanpa ritma,
di pentas sastera.
Penaku ini menari ikut otak,
tanpa rentak,
tanpa juak,
di pelabuhan putih melepak.
Penaku menari meski pincang,
tetap tenang.
Puisiku : Aku
Aku yang berlantaikan bumi,
Aku yang berbumbungkan langit,
Aku yang menyedut nafas bayu segar,
Aku yang menelan hasil tanah bumi ini,
Aku masih aku yang dulu,
Aku tetap aku.
Wednesday, December 22, 2004
Puisiku : Sinar Matamu
Sinar Matamu Sinar matamu
Sinar matamu
Sinar matamu
Sinar matamu
|
Monday, December 20, 2004
Sajen : Botox vs Susuk
Botox vs Susuk Botox teknologi moden
Susuk teknologi dulu
Botox dan susuk
Satu cuma beza
|
Sunday, December 19, 2004
Puisi : Akukah
WTC diletup
"Uncle Sam" nak jadi hero
Dunia cElaRu
|
Friday, December 17, 2004
Restoran Episod 21 : Sembunyi
Pagi-pagi lagi Nurtilawatil dan Kamal bersarapan dengan nugget dan fries yang dibeli oleh Kamal malam tadi.Rancak dan riang mereka berbual sambil menikmati horlicks suam.Setelah siap bersarapan,Kamal bergegas ke bilik tidur utama untuk tukar pakaian manakala Nurtilawatil membawa cawan dan piring ke dapur untuk dicuci setelah menutup baki makanan dengan tudung saji .
“Tok!tok!tok!”bunyi ketukan dipintu rumah mereka.Nurtilawatil bergegas membuka pintu,terjongollah empat orang anggota polis di muka pintu.Tiga lelaki dan seorang wanita,lalu bersuaralah polis lelaki berbangsa India berpangkat sarjan”Puan, ini rumah Encik Kamal dan Puan Siti Nurtilawatil?””Ya,saya Siti Nurtilawatil””Puan, kami ada waran menghendaki puan dan suami puan hadir di balai polis untuk memberi keterangan””Waran ?Bang!!!!!!!!”Nurtilawatil rebah,namun dapat disambut oleh polis India tersebut lalu diisyaratkannya polis wanita memapah Nurtilawatil ke sofa.
“Ya, Siti,kenapa???”Kamal bergegas ke ruang tamu,alangkah terkejutnya bila terlihat empat orang anggota dan isterinya terbaring di sofa.Kamal terasa nak lari,
tetapi terbantut kerana kehadirannya telah disedari anggota-anggota polis tersebut.Dia mendekati mereka dan bertanya “Encik kenapa dengan isteri saya? Boleh saya tolong encik berempat?””Encik Kamal?””Ya””Begini encik,isteri encik pengsan bila kami beritahu bahawa kami membawa waran yang menghendaki encik dan isteri hadir ke balai polis memberi keterangan””Kenapa?””Oooooo,ekoran laporan isteri encik tentang penderaan Encik Irwan kepadanya dan laporan kedua yang bercanggah dengan laporan pertama.””Hah!!!!””Ya,jika encik tak hadir encik boleh ditangkap kerana mendera isteri dan isteri encik boleh ditangkap kerana membuat laporan palsu.”
“Baiklah kami akan ke sana.”
Setelah dikipas dan diletakkan dengan baik,Nurtilawatil tersedar dari pengsan dan menerkam kepada suaminya.Sambil teresak-esak dia berkata “Bang,mereka datang nak tangkap kita bang.””Sabar Siti,mereka bukan nak tangkap kita tapi mereka datang minta kita beri keterangan di balai polis.Bersiaplah Siti,jom kita ikut mereka”
“Baiklah bang.”
“Jom bang”Nurtilawatil mengajak suaminya mengikut anggota-anggota polis itu ke balai polis.”Jom.”
Terbantutlah program yang telah Kamal dan Nurtilawatil atur untuk pergi shopping,mereka terpaksa berada di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman.Mereka di bawa ke suatu bilik yang bertulis “DSP Abdullatip bin Ahmad,Pegawai Penyiasat,Unit Siasatan Jenayah”Sarjan berbangsa India yang bertulis pada tanda namanya sebagai Aru mengetuk pintu bilik tersebut.”Masuk”kata suara dari dalam bilik,setelah bunyi hentak kaki Sarjan Aru bersuara”Tuan,mereka ada diluar tuan.”
“Baiklah sarjan,bawa mereka masuk”
Sarjan Aru menolak pintu dan menjemput Nurtilawatil dan Kamal masuk ke bilik DSP Latip.”Assalamualaikum,tuan.”Kamal memberi salam.”Waalaikumussalam wrt.wbh.,silakan duduk Encik Kamal dan Puan Siti Nurtilawatil”Kamal dan Nurtilawatil pun melabuhkan punggung di kerusi di depan DSP Latip dengan berbagai perasaan.Ada rasa takut,ada rasa seram,ada rasa kesal dan yang paling ketara rasa suspen.
Rasa takut jika tersilap cakap buruk padahnya,rasa seram kerana maklumlah terpaksa berdepan pegawai polis berpangkat pulak tu,rasa kesal atas tindakan mereka dan rasa suspen apa akan terjadi selepas ini.
“Begini Encik Kamal dan Puan Siti,saya menerima laporan dari Balai Polis Pantai bahawa mereka menerima dua laporan yang bercanggah dari Puan Siti.Jadi pihak kami ingin mengambil keterangan dari encik dan isteri tentang hal ini sebelum dapat diambil tindakan lanjut.Kami telah mengambil keterangan daripada Encik Irwan petang semalam berhubung laporan pertama Puan Siti.Ini bukan sessi soalsiasat ye Encik Kamal dan Puan Siti,tapi kami ambil keterangan anda berdua sebagai bukti. Jika keterangan encik berdua bercanggah dengan keterangan Encik Irwan,maka terpaksalah kami mengadakan soalsiasat kepada anda semua.Kami terpaksa meminta mahkamah keluarkan waran tahan reman kepada anda semua.Saya harap encik berdua faham dan memberi keterangan yang sebenarnya.”
“Bang,macamana ni?”Kata Nurtilawatil sambil menangis di bahu suaminya.
“Sabar siti,biar abang yang cakap.”Kamal memberi keterangan dengan menceritakan segala-gala tentang komplot dia dan orang yang dia tidak tahu namanya untuk menganiaya Encik Irwan dan dia diupah sebanyak 50 ribu ringgit.”Oooo begitu,beginilah Encik Kamal dan Puan Siti,saya cadangkan encik berdua lari dan sembunyikan diri di mana-mana sementara kami menyiasat kes ini.Saya rasa wang 50 ribu ringgit tu cukup untuk membuat modal berniaga dan menyara hidup keluarga encik buat sementara waktu sementara encik mendapat kerja.Kami bimbang orang tersebut akan mencari encik berdua dan mencederakan encik berdua.Encik berdua bolehlah pilih nak ke mana dan kami janji akan lindungi encik berdua.”
“Huuuuuuuuuuuuhuhuhu bang,jom kita balik rumah mak abang kita jaga anak-anak kita bang.”Nurtilawatil menjelaskan rancangannya sambil menangis.”Ya tuan,kami memilih untuk balik kampung saya dan memulakan hidup baru bersama anak-anak kami di sana,tuan””Kalau begitu,Encik Kamal dan Puan Siti bagi segala butir-butir terperinci seperti yang kami kehendaki kepada Sarjan Aru.Kami akan lindungi encik sekeluarga,kami akan hantar mesej ke balai polis terdekat dengan kampung encik untuk mengawasi sebarang kemungkinan.Kami akan iring encik berdua balik kampung,kalau kami rasa perlu kami akan letakkan anggota kami di balai polis terdekat dengan kampung encik.”
“Terima kasih atas keterangan Encik Kamal dan Puan Siti,encik berdua jumpa Sarjan Aru dan beri keterangan yang perlu serta isi borang-borang yang perlu.Silakan”
Setelah memberikan segala keterangan yang perlu serta mengisi borang yang sepatutnya,Kamal dan Nurtilawatil keluar dari balai polis terus balik ke rumah.Mereka dilindungi di bawah Program Perlindungan Saksi,polis akan melindungi mereka sehingga kes ini selesai.
Esoknya,Kamal dan Nurtilawatil balik ke kampung setelah singgah di Restoran Esastera dan tempat kerja Kamal untuk memberi notis perletakan jawatan berkuatkuasa serta-merta.
Wednesday, December 15, 2004
Haiku : Monsun berubah
Monsun berubah Monsun berubah
Air melimpah
Banjir melanda
Berpesta banjir
Monsun berubah
|
Monday, December 13, 2004
Puisiku : Serpih kaca di tumit
Selepas Solat Subuh
tika mengemas rumah
tersauk isteriku mainan kaca
hadiahku untuknya
berserak kaca di lantai
berderai mutiara di pipi
Bahunya kupegang
tenangkan pilunya
biar di hati
turut luka dan berdarah
Kami berlabuh tenangkan diri
bersandar di sofa empuk
kakiku..oh Tuhan
sakitnya di tumit
ada titis darah menguntum
kubelek di balik kuntuman itu
ada serpih kaca menikam
merodok ganas tumit kakiku
Ahhhhhh...Serpih kaca di tumit
biar sebesar butir pasir
tikaman dan rodokannya
menjalarkan luka di hati
ke jasad kerdilku
Pasir Mas,01 2313H Dis.2004
Sunday, December 12, 2004
Puisiku : Tajam
Tajam pisau
bisa memotong
bisa menghiris
bisa mengerat
Tajam paku
hujung runcing
bisa tembus
Tajam pandangan
kuat perhati
kuat menangkap
Tajam fikir
kuat ingatan
kuat menanggap
Tajam lidah
bisa melukai
bisa mengesankan
Pasir Mas,30 1254H Nov 2004
Saturday, December 11, 2004
Restoran Episod 20: TEKAD
“Aku tak kira apapun terjadi,biarpun aku ditangkap kerana membuat laporan palsu aku nekad.Tak sanggup aku mengikut kata Abang Kamal mengkhianati Encik Irwan dan Kak Solehah yang begitu baik. Walaupun mereka majikanku,tapi aku tidak terasa begitu bahkan aku anggap mereka sebagai abang dan kakakku”Siti Nurtilawatil bermonolog di atas sofa di ruang tamu rumahnya selepas solat Maghrib dan makan malam berseorangan.Selalunya dia akan tunggu suaminya untuk makan malam bersama,
tapi...malam ini....entahlah.
“Ke manalah agaknya Abang Kamal ? Lewat dia balik ni.Shifnya habis pukul enam,sekarang dah pukul lapan lebih Kenapalah dia sanggup buat begini padaku?Setan mana yang merasuknya.”
Lamunan Nurtilawatil dikejutkan oleh terang lampu kereta dan bunyi hon.Dengan penuh malas dia bangun dan menuju ke pintu untuk menyambut suaminya Kamal yang baru pulang.Setelah pintu ditutup,Kamal meletakkan barang yang dijinjingnya ke meja.Dirangkulnya Nurtilawatil penuh manja lalu dicium dahi isterinya itu penuh kasih sayang,seolah-olah tiada apa yang berlaku antara mereka."Abang dah makan?""Dahhh".
“Maafkan abang ye Siti,abang tahu abang salah.Maafkan abang ye.” Luncur perkataan maaf dari mulut Kamal.”Mmmmmmmm”hanya itulah pula yang terkeluar dari bibir lebam Nurtilawatil.”Tengok,abang beli Dunkin’s Donat dengan jem strawberi kegemaran Siti,ada nugget,fries dan drummet untuk sarapan esok.Petang esok kita pergi shopping”Kamal seolah menyogok isterinya.
“Mimpi apa abang beli semua ni? Nak shopping esok?Banyak duit abang ?Abang dapat bonus berapa bulan gaji?”Soal Nurtilawatil.”Alaaaa… jangan la tanya banyak sangat,ada la abang dapat duit buat kerja tambahan sikit””Duit halal ke duit haram bang?Duit rasuah?Kalau duit haram janganlah abang nak gula-gulakan Siti dengannya,dosanya sampai turun-temurun bang”
Nurtilawatil membimbit barangan yang dibeli suaminya ke dapur.Kamal merebahkan dirinya di sofa lepaskan penat.”Isyisyisy..kenapa aku boleh lupa dunia dan termakan pujukan untuk buat kerja terkutuk tu? Betul kata isteriku tadi,ye aku nekad inilah kerja kali pertama dan terakhir yang aku buat.Takkan aku terhasut lagi”Jiwa Kamal terpukul dengan kata-kata Nurtilawatil tadi,kesal terdetik di hatinya.Namun,dia tak bisa berundur,tak sanggup rasanya dia melepaskan dan menghantar balik wang RM 50,000.00 itu.”Gilalah aku,bodohlah aku kalau hantar balik duit tu.Tidak,aku takkan buat begitu.Inilah yang pertama dan terakhir.Ya,duit tu takkan jadi darah daging keluarga aku.”
“Bang, air bang”huluran jus oren yang dibelinya tadi di dalam gelas tinggi putih oleh Nurtilawatil,isterinya memecah benteng lamunannya.Kamal meneguk laju air digelas,rakus sekali.Habis jus oren itu diteguknya.”Siti,ambilkan abang air sejuk”Dihulurnya gelas tadi kepada isterinya,Nurtilawatil bergegas ke dapur memenuhi permintaan suaminya.Kemudiannya dia datang mengunjukkan air sejuk permintaan suaminya,kali ini hirupan Kamal tidaklah selaju dan serakus tadi.Perlahan-lahan diteguknya air sejuk sambil diperhatikan oleh isterinya.
“Siti,marilah duduk di sebelah abang.Siti masih marahkan abang?”Kamal memanggil isterinya duduk.”Taklah”Itu yang terluncur dari mulut Nurtilawatil walau di hatinya masih luka.”Mari kita tulis apa yang kita nak beli,nak shopping esok.Pergi ambil kertas dan pen.”Nurtilawatil akur.Setelah pen dan kertas di tangannya dia duduk kembali di sisi Kamal.”Kita nak shopping di mana bang ? Kita nak beli apa sebenarnya?.””Beli pakaian,beg,kasut,alat mekap,alat-alat letrik,perkakas rumah dan mainan anak.Siti sebut saja nak apa dan kat mana Siti nak pergi abang bawak”
Mereka berkira-kira dan mencatat segala yang diinginkan pada kertas.Kamal rasa gembira kerana dapat memenuhi keperluan diri,isteri dan anaknya.Siti Nurtilawatil pula masih kebingungan dan penuh tanda tanya,dari mana datangnya duit Kamal sebegitu banyak.
Jam menunjukkan pukul sebelas malam,Kamal dan Nurtilawatil berpimpin ke kamar beradu.Nurtilawatil berlalu dengan pertanyaan yang belum terjawab dan tekad hati untuk membela majikannya.Kamal pula ke kamar tidur dengan tekad inilah kerja gila dan bodoh kali pertama dan terakhir baginya,takkan diulanginya.
Friday, December 10, 2004
Puisiku : Sebab dan Musabab
Sebab dan Musabab Segalanya
Musabab terjadi kerna sebab
Hukum akal
Sebab dan musabab
|
Thursday, December 09, 2004
Puisiku : Teori Kabur
Teori Kabur
Huru-hara ini di Selatan, kenapa
Alasan mudah cari, teori “Abang Besar”didokong Islam pengganas
Datuk Perdana Menteri ! bergolak diamuk Selatan malang
lain agama, lain bangsa, lain peri bimbang mereka diangkat menteri
Teori tentera lain cerita
Segenting Kra nak jadi terusan kapal dan minyak itulah laluan “Abang Besar” mula campurtangan
Islam, muslim dan pejuang pembebasan
mengalir darah, nyawa terkorban pedulikan, persetan, mereka bajingan Sungai Golok airnya merah
hingga terpaksa membayar nyawa?
Pasir Mas,24 1414H Nov.2004 |
Tuesday, December 07, 2004
Novel Restoran Episod 19 : Bertemu Buku Dengan Ruas
Irwan meneliti kembali salinan laporan polis yang dibuat Nurtilawatil setelah ke klinik kali kedua tadi.Setelah kali pertama di hantar Solehah ke hospital sakit Nurtilawatil masih kuat terasa.Kerana kasihan,Solehah meminta dihantar ke klinik pula. ”Kenapa si Kamal tu sanggup berbuat begitu ? Berapa “Mambang” bagi kat dia agaknya? Tapi bijak juga aku memujuk si Nurtilawatil tu cerita hal sebenarnya”Irwan mengkagumi dirinya.
Dibeleknya dua laporan polis berasingan yang dibuat Nurtilawatil,biarpun terpaksa mengeluarkan wang untuk mendapatkan salinan itu tetapi berbaloi rasanya.
Apalah sangat empat ringgit untuk salinan tu dan empatpuluh sen upah fotostat berbanding faedahnya untuk dirinya nanti.
Laporan polis itu dibaca keseorangan di bawah lampu bacaan.Inilah laporan polis Nurtilawatil yang pertama :
“Setiap hari saya didera oleh majikan saya. Pantang tersilap sedikit, saya didera. kadang-kadang dipukul dengan penyapu. Ada waktunya saya dirotan, dipukul dengan periuk, belanga, senduk, cerek dan segala macam perkakas yang ada di Restoran tersebut. Bagaimanapun, semalam, 25 November 2004, saya menjaga kaunter hingga larut malam, sejumlah wang telah hilang dari simpanan saya. Saya tak tahu siapa yang telah mencuri wang tersebut. Apabila mendapat tahu jumlah wang yang hilang itu, majikan saya, Encik Irwan, telah menumbuk dan memukul saya seperti orang gila. Saya tidak berani melawan. Takut juga kerana diugut akan dibunuh...”
“Hahaha,”Mambang”kau jadikan Kamal suami si Nurtilawatil umpan terbaikmu dan Marlia kail sejengkalmu untuk menanggukku.Kau silap “Mambang”,kali ini bertemulah buku dan ruas.Kamal?Nama dan bentuk fizikalnya hanya kukenali dari mulut Nurtilawatil,macamana rupanya agaknya?”
Laporan kedua Nurtilawatil ditelitinya pula :
“….Saya mengakui bahawa saya telah membuat laporan palsu ke atas majikan saya Encik Irwandi balai polis ini atas paksaan suami saya.Sayasebenarnya dipukul ,ditumbuk dan diterajang oleh suami saya Kamal tanpa sebab.Sedangkan sebelum tarikh 25 November 2004,suami saya merupakansuami yang bertanggungjawab dan baik.Dia tidakpernahpun mencubit saya apatah lagi mendera sayabegini.Sekian,inilah laporan saya.”
“Kau akan masuk perangkapmu sendiri “Mambang”,akan kupersiapkan segala kelengkapan untuk memastikan kau derita melihat aku menari-nari di dalam perangkapmu. Kau yang alunkan lagu “Mambang”,aku akan menari dengan seronoknya dipentas ciptaanmu.Dan kau…akan menderita melihat keseronokanku
menari.Mambang,Mambang…kalau tak tahu sedalam mana lubuk,sederas mana arus,usahlah berdayung.Apa lagi melempar mata pancing,kelah diidam “Anak Pak Ya” pulak yang kau dapat.Rupanya kau memang terlalu berdendam denganku Mambang”
Irwan nekad,dia akan menelusuri perangkap Mambang.Biarpun Solehah sendiri yang akan dijadikannnya alat,ingin dilihatnya sejauh mana Mambang berdendam dengannya.
Walaupun begitu,Irwan tidak hanya bertawakal kosong,tidak hanya bertindak sendirian.Dalam diam-diam dia telah berbincang dan mengadu pada kawannya di Unit Siasatan Jenayah di Bukit Aman.DSP Latip namanya,rakannya di sekolah menengah yang diketemu semula tahun lepas secara tak sengaja.Mereka bertemu di suatu majlis kesyukuran syarikat penerbitan yang kebetulan menjemput media dan polis.
Latip adalah antara rakannya di sekolah yang agak menonjol,bukan kerana terlalu bijak atau aktif,bukan jugak kerana terlalu handsome.Bukan tak handsome tapi tidak terlalu handsome,aku selalu ikut dia dalam kelab dia yang cukup terkenal.Dia terkenal kerana dia ketua kelab tak rasmi inilah “Kelab Naga Bertanduk (KNB)”.
KNB ditubuhkannya untuk mengorat wanita dan membuat lawak antarabangsa dengan mereka ala-ala filem “Ali Setan”.Tapi KNB cukup anti pada buaya-buaya darat yang mengorat wanita untuk merosakkan atau main-mainkan wanita,bahkan KNB bertindak membela mereka.Sungguh tak sangka Latip dah jadi polis dan berpangkat pulak tu,lebih tak sangka lagi kami boleh bertemu dan dia sanggup menolong aku.Irwan tersenyum sendiri.
“Bang,Solehah buat kopi ye?Nak tak?”Urutan lembut Solehah dibahunya benar-benar mengejutkannya dan membantutkan lamunannya.Irwan cepat-cepat menyembunyikan salinan-salinan laporan polis di dalam fail peribadinya.
“Nak,kasi kaw sikit,kalau boleh masukkan madu dalamnya”
Monday, December 06, 2004
Puisiku : Bila kata tak terungkap
Bila kata tak terungkap Kelu lidah tidak terkata
Betapa berkecamuk di hati
-As Syramy
|
Sunday, December 05, 2004
Puisiku : Sampaikanlah
Sampaikanlah “Sampaikanlah walau sepotong ayat” Sampaikanlah tentang hukum
Sampaikanlah tentang akidah Allah dan rasul-Nya malaikat dan kitab-Nya takdir dan hari kiamat
Sampaikanlah tentang akhlak terpuji dan tercela jiwa dan tingkahlaku pancaindera dan rasa
Sampaikanlah tentang kisah teladan rasul dan anbia’ aulia’ dan solihin
kekasih dan musuh “Permudahkanlah urusan
Pasir Mas,20 2112H Nov 2004 |
Saturday, December 04, 2004
Puisi : Puasa Enam
Puasa Enam Ramadan telah berlalu
Syawal menjelma
Enam hari Syawal ini
Kerna umat ini...
Catatan :
|
Friday, December 03, 2004
Sajen : Raya
Thursday, December 02, 2004
Puisiku : Aidil Fitri
Aidil Fitri Tangan dihulur
Balik kampung
Riakan
Ingat Allah
Segalanya
|
Wednesday, December 01, 2004
Puisiku : Sepi
SEPI "Bila kau berangkat pergi"
"Sepi itu indah"
"Sepi mengolah rindu"
"Rindu tandanya cinta"
Di lebaran ini
|