Restoran Episod 19: BERTEMU BUKU DENGAN RUAS
Irwan meneliti kembali salinan laporan polis yang dibuat Nurtilawatil setelah ke klinik kali kedua tadi.Setelah kali pertama di hantar Solehah ke hospital sakit Nurtilawatil masih kuat terasa.Kerana kasihan,Solehah meminta dihantar ke klinik pula. ”Kenapa si Kamal tu sanggup berbuat begitu ? Berapa “Mambang” bagi kat dia agaknya? Tapi bijak juga aku memujuk si Nurtilawatil tu cerita hal sebenarnya”Irwan mengkagumi dirinya.
Dibeleknya dua laporan polis berasingan yang dibuat Nurtilawatil,biarpun terpaksa mengeluarkan wang untuk mendapatkan salinan itu tetapi berbaloi rasanya.
Apalah sangat empat ringgit untuk salinan tu dan empatpuluh sen upah fotostat berbanding faedahnya untuk dirinya nanti.
Laporan polis itu dibaca keseorangan di bawah lampu bacaan.Inilah laporan polis Nurtilawatil yang pertama :
“Setiap hari saya didera oleh majikan saya. Pantang tersilap sedikit, saya didera. kadang-kadang dipukul dengan penyapu. Ada waktunya saya dirotan, dipukul dengan periuk, belanga, senduk, cerek dan segala macam perkakas yang ada di Restoran tersebut. Bagaimanapun, semalam, 25 November 2004, saya menjaga kaunter hingga larut malam, sejumlah wang telah hilang dari simpanan saya. Saya tak tahu siapa yang telah mencuri wang tersebut. Apabila mendapat tahu jumlah wang yang hilang itu, majikan saya, Encik Irwan, telah menumbuk dan memukul saya seperti orang gila. Saya tidak berani melawan. Takut juga kerana diugut akan dibunuh...”
“Hahaha,”Mambang”kau jadikan Kamal suami si Nurtilawatil umpan terbaikmu dan Marlia kail sejengkalmu untuk menanggukku.Kau silap “Mambang”,kali ini bertemulah buku dan ruas.Kamal?Nama dan bentuk fizikalnya hanya kukenali dari mulut Nurtilawatil,macamana rupanya agaknya?”
Laporan kedua Nurtilawatil ditelitinya pula :
“….Saya mengakui bahawa saya telah membuat laporan palsu ke atas majikan saya Encik Irwandi balai polis ini atas paksaan suami saya.Sayasebenarnya dipukul ,ditumbuk dan diterajang oleh suami saya Kamal tanpa sebab.Sedangkan sebelum tarikh 25 November 2004,suami saya merupakansuami yang bertanggungjawab dan baik.Dia tidakpernahpun mencubit saya apatah lagi mendera sayabegini.Sekian,inilah laporan saya.”
“Kau akan masuk perangkapmu sendiri “Mambang”,akan kupersiapkan segala kelengkapan untuk memastikan kau derita melihat aku menari-nari di dalam perangkapmu. Kau yang alunkan lagu “Mambang”,aku akan menari dengan seronoknya dipentas ciptaanmu.Dan kau…akan menderita melihat keseronokanku
menari.Mambang,Mambang…kalau tak tahu sedalam mana lubuk,sederas mana arus,usahlah berdayung.Apa lagi melempar mata pancing,kelah diidam “Anak Pak Ya” pulak yang kau dapat.Rupanya kau memang terlalu berdendam denganku Mambang”
Irwan nekad,dia akan menelusuri perangkap Mambang.Biarpun Solehah sendiri yang akan dijadikannnya alat,ingin dilihatnya sejauh mana Mambang berdendam dengannya.
Walaupun begitu,Irwan tidak hanya bertawakal kosong,tidak hanya bertindak sendirian.Dalam diam-diam dia telah berbincang dan mengadu pada kawannya di Unit Siasatan Jenayah di Bukit Aman.DSP Latip namanya,rakannya di sekolah menengah yang diketemu semula tahun lepas secara tak sengaja.Mereka bertemu di suatu majlis kesyukuran syarikat penerbitan yang kebetulan menjemput media dan polis.
Latip adalah antara rakannya di sekolah yang agak menonjol,bukan kerana terlalu bijak atau aktif,bukan jugak kerana terlalu handsome.Bukan tak handsome tapi tidak terlalu handsome,aku selalu ikut dia dalam kelab dia yang cukup terkenal.Dia terkenal kerana dia ketua kelab tak rasmi inilah “Kelab Naga Bertanduk (KNB)”.
KNB ditubuhkannya untuk mengorat wanita dan membuat lawak antarabangsa dengan mereka ala-ala filem “Ali Setan”.Tapi KNB cukup anti pada buaya-buaya darat yang mengorat wanita untuk merosakkan atau main-mainkan wanita,bahkan KNB bertindak membela mereka.Sungguh tak sangka Latip dah jadi polis dan berpangkat pulak tu,lebih tak sangka lagi kami boleh bertemu dan dia sanggup menolong aku.Irwan tersenyum sendiri.
“Bang,Solehah buat kopi ye?Nak tak?”Urutan lembut Solehah dibahunya benar-benar mengejutkannya dan membantutkan lamunannya.Irwan cepat-cepat menyembunyikan salinan-salinan laporan polis di dalam fail peribadinya.
“Nak,kasi kaw sikit,kalau boleh masukkan madu dalamnya”
Penyair adalah insan yang menukilkan peristiwa di persekitarannya dalam susunan kata-kata puitis.
Banners
About Me
- ramy0722
- Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment