Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Saturday, December 11, 2004

Restoran Episod 20: TEKAD

Restoran Episod 20 : TEKAD

“Aku tak kira apapun terjadi,biarpun aku ditangkap kerana membuat laporan palsu aku nekad.Tak sanggup aku mengikut kata Abang Kamal mengkhianati Encik Irwan dan Kak Solehah yang begitu baik. Walaupun mereka majikanku,tapi aku tidak terasa begitu bahkan aku anggap mereka sebagai abang dan kakakku”Siti Nurtilawatil bermonolog di atas sofa di ruang tamu rumahnya selepas solat Maghrib dan makan malam berseorangan.Selalunya dia akan tunggu suaminya untuk makan malam bersama,
tapi...malam ini....entahlah.

“Ke manalah agaknya Abang Kamal ? Lewat dia balik ni.Shifnya habis pukul enam,sekarang dah pukul lapan lebih Kenapalah dia sanggup buat begini padaku?Setan mana yang merasuknya.”

Lamunan Nurtilawatil dikejutkan oleh terang lampu kereta dan bunyi hon.Dengan penuh malas dia bangun dan menuju ke pintu untuk menyambut suaminya Kamal yang baru pulang.Setelah pintu ditutup,Kamal meletakkan barang yang dijinjingnya ke meja.Dirangkulnya Nurtilawatil penuh manja lalu dicium dahi isterinya itu penuh kasih sayang,seolah-olah tiada apa yang berlaku antara mereka."Abang dah makan?""Dahhh".

“Maafkan abang ye Siti,abang tahu abang salah.Maafkan abang ye.” Luncur perkataan maaf dari mulut Kamal.”Mmmmmmmm”hanya itulah pula yang terkeluar dari bibir lebam Nurtilawatil.”Tengok,abang beli Dunkin’s Donat dengan jem strawberi kegemaran Siti,ada nugget,fries dan drummet untuk sarapan esok.Petang esok kita pergi shopping”Kamal seolah menyogok isterinya.

“Mimpi apa abang beli semua ni? Nak shopping esok?Banyak duit abang ?Abang dapat bonus berapa bulan gaji?”Soal Nurtilawatil.”Alaaaa… jangan la tanya banyak sangat,ada la abang dapat duit buat kerja tambahan sikit””Duit halal ke duit haram bang?Duit rasuah?Kalau duit haram janganlah abang nak gula-gulakan Siti dengannya,dosanya sampai turun-temurun bang”

Nurtilawatil membimbit barangan yang dibeli suaminya ke dapur.Kamal merebahkan dirinya di sofa lepaskan penat.”Isyisyisy..kenapa aku boleh lupa dunia dan termakan pujukan untuk buat kerja terkutuk tu? Betul kata isteriku tadi,ye aku nekad inilah kerja kali pertama dan terakhir yang aku buat.Takkan aku terhasut lagi”Jiwa Kamal terpukul dengan kata-kata Nurtilawatil tadi,kesal terdetik di hatinya.Namun,dia tak bisa berundur,tak sanggup rasanya dia melepaskan dan menghantar balik wang RM 50,000.00 itu.”Gilalah aku,bodohlah aku kalau hantar balik duit tu.Tidak,aku takkan buat begitu.Inilah yang pertama dan terakhir.Ya,duit tu takkan jadi darah daging keluarga aku.”

“Bang, air bang”huluran jus oren yang dibelinya tadi di dalam gelas tinggi putih oleh Nurtilawatil,isterinya memecah benteng lamunannya.Kamal meneguk laju air digelas,rakus sekali.Habis jus oren itu diteguknya.”Siti,ambilkan abang air sejuk”Dihulurnya gelas tadi kepada isterinya,Nurtilawatil bergegas ke dapur memenuhi permintaan suaminya.Kemudiannya dia datang mengunjukkan air sejuk permintaan suaminya,kali ini hirupan Kamal tidaklah selaju dan serakus tadi.Perlahan-lahan diteguknya air sejuk sambil diperhatikan oleh isterinya.


“Siti,marilah duduk di sebelah abang.Siti masih marahkan abang?”Kamal memanggil isterinya duduk.”Taklah”Itu yang terluncur dari mulut Nurtilawatil walau di hatinya masih luka.”Mari kita tulis apa yang kita nak beli,nak shopping esok.Pergi ambil kertas dan pen.”Nurtilawatil akur.Setelah pen dan kertas di tangannya dia duduk kembali di sisi Kamal.”Kita nak shopping di mana bang ? Kita nak beli apa sebenarnya?.””Beli pakaian,beg,kasut,alat mekap,alat-alat letrik,perkakas rumah dan mainan anak.Siti sebut saja nak apa dan kat mana Siti nak pergi abang bawak”

Mereka berkira-kira dan mencatat segala yang diinginkan pada kertas.Kamal rasa gembira kerana dapat memenuhi keperluan diri,isteri dan anaknya.Siti Nurtilawatil pula masih kebingungan dan penuh tanda tanya,dari mana datangnya duit Kamal sebegitu banyak.

Jam menunjukkan pukul sebelas malam,Kamal dan Nurtilawatil berpimpin ke kamar beradu.Nurtilawatil berlalu dengan pertanyaan yang belum terjawab dan tekad hati untuk membela majikannya.Kamal pula ke kamar tidur dengan tekad inilah kerja gila dan bodoh kali pertama dan terakhir baginya,takkan diulanginya.


No comments: