Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Friday, December 03, 2004

Sajen : Raya

Mums Apple PieMailbox Arm MoneyBoy Dancing
Raya
Di penghujung Ramadan
persalinan baru dibeli
di Pasir Mas, di Kota Bharu, di Rantau Panjang
baju raya untuk seisi famili
muat tidaknya dicuba pakai
Jay seolah tak ingin pecat
bersuaralah uminya “Jay, tukar baju tu, baju ni untuk raya”

Kuih raya dibeli jua
nak buat ?
Nanti belum masuk oven
kuih dah habis

lepas berbuka kuih raya pula dirasa
tak ingin dilepas tupperware kuih
itu lagaknya Jay
”ni kuih raya Jay, janganlah dihabiskan.
Nanti raya nak makan apa?”tegurku

Jay bertanya “abah, raya tu apa?

“ooooooo raya tu pakai baju baru, makan kuih raya, salam-salaman, dapat duit raya, pergi rumah Baba Tok dan Abah Tok”

1 Syawal menjelma
bersoraklah anak-anak
”yea..yea..esok hari raya, esok hari raya”
seronok mereka bunga api dicucuh

Pagi raya
berpersalinan barulah semua
juadah raya disantap

bersalam-salaman, bermaaf-maafan kami

kuhulur anak-anakku duit raya

selesai solat kami berziarah

ke rumah Baba Tok mereka

ke rumah Abah Tok mereka

di dalam mobil balik rumah
”abah, umi, gatal baju melayu ni.Jay nak pakai baju lain”

“raya belum habis lagi Jay,pakailah dulu”

“abah kata raya kita pakai baju baru, makan kuih raya, salam, dapat duit raya, ke rumah Baba Tok dan ke rumah Abah Tok.semua kita dah buat kan, rayalah dah tu.Jay tak nak dah pakai baju ni”

Terpegunlah aku
siapa silap
Jaykah?

akukah?

-As Syramy
Pasir Mas,11 1308H Nov 2004


No comments: