Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Thursday, December 09, 2004

Puisiku : Teori Kabur

Dynamite BombLeather Holster Colt Double Trouble

Teori Kabur

Huru-hara ini di Selatan, kenapa
bukan di Utara, Barat atau Timur?

Alasan mudah cari, teori “Abang Besar”didokong

Islam pengganas
muslim pengganas
di mana-manapun mereka pengganas
suratkhabar jadi panas

Datuk Perdana Menteri !

bergolak diamuk Selatan malang
demi menjaga hati walang
datuk dicemuh tak sedar diri
menang sokongan Selatan negeri

lain agama, lain bangsa, lain peri

bimbang mereka diangkat menteri

Teori tentera lain cerita
ada Jeneral nak jadi panglima
jadilah hero tagih percaya
di Selatan timbulkan huru-hara
peduli apa mereka bukan bangsa kita

Segenting Kra nak jadi terusan

kapal dan minyak itulah laluan

“Abang Besar” mula campurtangan
takut bankrap “anak butir” kesayangan

Islam, muslim dan pejuang pembebasan
mereka jua dipersalahkan

mengalir darah, nyawa terkorban

pedulikan, persetan, mereka bajingan

Sungai Golok airnya merah
Bumi Selatan dah makin parah
apakah sebab, apakah dosa

hingga terpaksa membayar nyawa?
pamerkan biar nyata
usah selindung di balik kata

-As Syramy

Pasir Mas,24 1414H Nov.2004


No comments: