Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Sunday, October 03, 2004

Mini Konvokesyen

Rantau Panjang,Oktober 02,2004 - Tepat jam 8.30pagi di Dataran Wawasan, SMK Rantau Panjang berlansung mini konvokesyen yang dinamakan "Majlis Penyerahan Ilmu" untuk pelajar-pelajar Tingkatan Tiga yang akan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).Majlis disempurnakan oleh Pengetua SMKRP,Tuan Haji Muhammad Nordin Mohamad dengan sedikit amanat dan disampaikan alat tulis seperti pen,pensil dan pemadam kepada semua calon PMR 2004 seramai 329 orang.Peperiksaan PMR akan berlansung dari 4 hingga 8 Oktober melibatkan lapan mata pelajaran bagi calon Muslim dan 7 m/pelajaran bagi calon non-Muslim.Calon-calon PMR di SMKRP dibahagikan kepada dua pusat peperiksaan ,yang mana setiap pusat melibatkan satu dewan dan satu bilik darjah.SELAMAT MENGHADAPI PMR,MOGA CEMERLANG.

No comments: