Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Wednesday, October 20, 2004

Sajen : Secawan kopi sampai senja

Secawan kopi sampai senja

Di kedai kopi di kampungku
penuh pengunjung
pelanggan tetap
tak kira siang
tak kira malam

Di satu meja panjang di suatu sudut
berkerumun pelanggan
di papan dam aji
perlawanan antara mertua dan menantu
"nah! jalanlah"kata mertua
"ayah jalanlah dulu,kita kena hormat"balas menantu
"jalan elok-elok,kita makan tu,ayah"
"mu nak makan apa, mu malas kerja"
"tak aci, mu main tak buka aji"
"ayah nak aji macamana,ayah tak sembahyang"
"mu pun serupa je"

Di satu meja lain
tawar menawar berlaku
mengalahkan jualan lelong besar-besaran
"juallah"
"300"
"310"
"murah tu,sini 400"
"ambillah"
leka pelanggan
bermain terup 400


Azan Maghrib berkumandang
aktiviti terhenti tiba-tiba
"tokey! Kira"
"makan apa?"
"kopi"
"kopi je?"
"ye"

-As Syramy ( Piut Tok Kerasak )
Pasir Mas,08 2000H Okt 2004

Catatan :
Terup 400 = sejenis permainan terup popular di Kelantan dan Terengganu

No comments: