Tandus
Tandus bumi,
gersang tanpa pepohon,
kering tanpa denai,
tak bertandang titis sang embun.
Tandus budi,
tiada pekerti,
lancang berperi,
jelek perangai.
Tandus iman,
cetek pengetahuan,
lemah amalan,
longlai pegangan.
Tandus kasih,
sayang tak terpaut,
cinta tak bertaut,
tiada rindu berlabuh.
06 2205H Apr.2004
ASPURA,SMKSID
*******@@@@********
Al-Ikhlas
Inilah mafhum firman :
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang"
"Katakanlah ( Wahai Muhammad ),
Dialah Allah yang Maha Esa"
Sambungkan titah-Ku ini,Muhammad,
Akulah pemilik zat yang tunggal,
Akulah pemilik asma' dan sifat yang tunggal,
Akulah pemilik af'al yang tunggal.
"Allah yang Maha Tunggal"
Akulah Allah satu-satunya,
tiada dua,tiada tiga,
satu-satunya layak disembah.
"Tidak melahirkan dan tidak dilahirkan"
Aku tidak berkeluarga,
tiada ibu dan tiada bapa,
tiada zuriat dan tiada isteri,
bukanlah Mariam seorang isteri,
bukanlah al-Masih Isa dari zuriat-Ku,
kecuali seorang nabi dari para nabi-Ku.
Aku esa sejak azali,usah diragui.
"Tiada sekutu bagi-Nya"
Tiada yang layak disembah kecuali Aku,
Akulah tuhan yang satu,
tiada sekutu,
tiada tuhan selain Aku,
tiada sekutu pada Qudrat-Ku,
tiada sekutu pada Iradat-Ku,
hanyalah Aku.
"Benarlah firman Allah yang Maha Perkasa"
Pasir Mas,08 April 2004
Penyair adalah insan yang menukilkan peristiwa di persekitarannya dalam susunan kata-kata puitis.
Banners
About Me
- ramy0722
- Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment