Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Wednesday, February 02, 2005

Puisiku

10 0740H April 2004

Mungil bibirmu melontar tangis,
saat kau menjengah ke alam baru,
memecah keheningan pagi,
merobek tabir penantian,
hilang segala resah,
hadirmu disambut limpahan kasih.

"Puteri mampir menumpang lalu,
gapailah tangan puteri,
oh...alangkah luas tempat baru ini,
oh...betapa indah panorama pagi,
puteri di sini berteman kini,
ayahanda,bonda,kekanda dan nenda,
tidak keseorangan lagi",

Bahasa tangismu itu penuh harapan,
gembira pamit di sini,
kaget luas dan indah semesta ini,
lega tidak sepi keseorangan lagi.

Puteri,
Iqamah dan Surah Al-Qadr yang kuperdengarkan,
agar awal kalimah memecah gegendang telingamu kalimah suci,
moga puteri dipelihara Ilahi.

Ingatlah wasiat ayahanda ini,
duniamu kini tidak hanya sekisar tembuni,
duniamu kini luas dan indah,
penuh rasa,
suka dan duka,
kasih dan sepi,
sabar dan amarah,
reda dan benci,
penuh gelora,
pada lautan,
pada rasa,
pada iman,
penuh cabaran dan dugaan,
dari syaitan,
dari nafsu,
dari duniamu.

Bekalan buat puteri dari ayahanda dan bonda,
seperti jua buat kekanda-kekanda,
hanya ilmu dan iman di dada,
hanyalah kasih dan cinta di jiwa,
menitilah di jambatan lurus,
dari firman kudus,
dari sabda tulus.

-As Syramy

11 0933H April 2004
Aspura,SMKSID

####******@@@@******####

ANTARA REALITI DAN FANTASI
( Ciptaan Amerika dan Zionis)

11 September, Kotaraya New York,
dunia tergamam pabila Pusat Dagangan Dunia dan PENTAGON dirempuh pesawat pengganas,
musnah mercu tanda terkemuka alam,
dirempuh pengganas?
ataukah diletup Yahudi ?
buat membibitkan permusuhan dunia kepada Islam dan muslim?
Ben Laden,Osama bin Ladin,
perisik CIA yang dikehendaki sebagai pemimpin al-Qaeda pertubuhan pengganas, meletupkan WTC dan pembiaya Rejim Taliban,
pemimpin pengganas?
ataukah watak diherokan Amerika buat muslimin?
menghalalkan pemusnahan dan pengujian senjata di Afghanistan?

Saddam Hussein,Presiden Iraq,
diktator dan kuku besi,
membangun dan menyimpan senjata pemusnah bisa menghancurkan dunia,
wajib dijatuhkan dan rejimnya dinyah, diktator? kuku besi?
ataukah sahabat karib ayahanda tuan presiden Bush yang didiktatorkan? mengharuskan pencerobohan di bumi bertamadun dihuni muslimin?

Syria dan Iran, penyorok senjata pemusnah Iraq dan membina senjata berbahaya,
kan menggugat rantau Timur Tengah lalu perlu dihalang,
penggugat rantau Timur Tengah?
atau demi merealisasikan Piagam Zionis?
negara bangsa Yahudi merentasi Laut Merah ke Sungai Tigris dan Euphrates?

Rejim Pyong Yang,Korea Utara,
mendabik dada negara senjata nuklear,
rela berperang dengan demokrasi jirannya dan Polis Dunia,
bisa meranap Asia jauh dan seantero Asia,
kenapa Amerika berlembut?
kenapa Yahudi memberi muka?
kenapa Zionis tidak gerun?
kerna musuh mereka Islam dan Muslim?

China membuka pintu menyertai WTO,
SARS bermula di sana,
Selsema burung mula dikesan di China jua,
tidakkah ini propaganda Amerika dan Zionis?
kerna takut kuasa ekonomi China?
takut ekonomi dikuasai Asia?
tidakkah Lembu Gila dari Amerika?
tidakkah ia berbahaya.

Realitikah atau fantasi paparanku ini,
persetankan ia,
kerna di mata,
di media,
di minda dan di realitinya,
bukan Islam,muslim,Taliban,Ben Ladin,Saddam,Iraq,Syria,Iran atau China
musuh dunia,
Amerika,Zionis,Yahudi dan kuncunya dajjal yang nyata,
lamun lewat propaganda,merekalah wira,
yang lainnya,semua durjana.


-As Syramy

18 2227H Januari 2004
ASPURA SID
update 12 0810H April 2004

No comments: