Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Thursday, February 10, 2005

Puisiku

Agenda Tersirat

Bergolak tiga Wilayah Selatan
Pattani,Narathiwat dan Yala
sekolah dibakar,muridnya jadi korban
kuil diserang,saminya tercabut nyawa
orang awam dan soldadu
syahid penuh syahdu.

Kata Thaksin Sinawatra
"Ini kerja penyeludup durjana"
Chavalit Yongchaiyut menyampuk pula
"Ini puak pemisah PULO punya angkara"
selisih pendapat,telagah kata.

Tiba-tiba bersuara Polis Dunia
kita kan bina pangkalan tentera
di wilayah yang sedang bergolak
kerna keamanan perlu ditegak.

Wahai perdana menteri yang bijaksana
wahai jeneral timbalannya
kenapa harus berbelit kata
kenapa harus dikorbankan nyawa
lantaran agenda Polis Dunia
ingin membina pangkalan tentera
takut untuk tunjuk reda
takut untuk memberi restunya
nanti dikutuk jiran tetangga
kerna Amerika meleleh liurnya
bukan Thailand ingin dilanda
tapi Malaysia jadi agenda
negara kecil lantang suara
Negara Islam nan mengutuk keras sekutunya.

-As Syramy
Apura,SMKSID,Pasir Mas
05 1706H Mei 2004


&&&&&&&&&&&&&&&&&

Sarapan Pagiku

Setiap pagi jam lima
bangun isteriku memasak air
membancuh sejag MILO
dicicah biskut kering
dicicah sekeping roti

Secawan air MILO
dicicah biskut kering
dicicah sekeping roti
mengisi perutku
mengisi perut anak-anakku
sarapan pagi kami

Sarapan pagi kami
terhidang seringkasnya
terhidang jua bersama roti dan telur
terhidang jua bersama sandwich sardin
terhidang jua bersama kuih-muih
alas perut kami.

-AsSyramy
16 1629H Jun 2004
Pasir Mas



No comments: