Hujan
Hujan di langit limpahan rahmat
menyegarkan bumi suburkan yang gersang
basahkan pakaian banjirkan lembah
Hujan di hati limpahan duka
hanyut segala rasa meski tiada bah melimpah
terbayang cuma mendung di wajah
Hujan di wajah limpahan airmata
suam rasa tanda gembira reda
dingin rasa tanda walang duka
Hujan di langit bisa hujan di hati di wajah
hujan di hati bisa hujan di wajah tidak di langit
hujan di wajah tak bisa hujankan hati
hujan di wajah tak bisa hujankan langit
30 1936H mei 2004
Pasir Mas
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Minyak dan Air
Minyak masak menumis,menggoreng masakan
minyak petrol,diesel bahanapi kenderaan
minyak angin mengurut badan
minyak hitam melicinkan enjin
Air mutlak pelbagai guna
suci dan mensucikan segala
jadi minuman dicampur perasa dan gula
jadi rebusan dan kuah enak rasa
Minyak dicampur air
menumis,menggoreng
bahanapi,urut badan,licinkan enjin
tidak menjadi lagi
Air dicampur minyak
suci dan mensucikan tidak lagi
minuman , rebusan dan kuah tidak menjadi
Air dan minyak takkan bercampur
jadi sebatian mustahil
andai bercampur lain jadinya
berubah faedah,bertukar fungsi
02 1257H Jun 2004
Pasir Mas
Penyair adalah insan yang menukilkan peristiwa di persekitarannya dalam susunan kata-kata puitis.
Banners
About Me
- ramy0722
- Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment