Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Friday, February 18, 2005

Puisiku

Terasing di suatu sudut di daerah terpencil

Angin Tenggara berlalu penuh sayu, berat meninggalkan daerah ini
Angin Timur Laut muncul tersenyum girang, jadi tamu di daerah ini jua
Sang Tenggara, Sang Timur Laut
menjengah bersama rakus ombak Laut China Selatan
tanpa belas merangkul ganas setia pantai
tanpa belas merenggut tenang bahtera nelayan
tanpa belas menenggelam harapan jeti dijengah perahu.

Sang Tenggara, Sang Timur Laut
mencakar ombak Laut China Selatan
menjilat sang biduk terhuyung-hayang
ke tengah, ke tepi, dilambung, dihempas
tanpa sekelumit simpati
hanyut tanpa arah
tenggelam tanpa digapai
terdampar
terasing
di suatu sudut
di daerah terpencil.

-AsSyramy
Pasir Mas, 03 2352H Julai 2004.

))))))))@@@(((((((((((

Tak kusangka

Wafatmu anakanda ingin kami bela
hingga terhukum empunya angkara
dirimu dicabul melayang nyawa
takkanlah kami berdiam saja
melayan diri nan muram durja

Kes ditutup kami mohon dibuka
dibicarakan di mahkamah seadilnya
laporan forensik dan postmortem selesai sudah
kondominium mewah selesai digeledah
bukti dan saksi dikumpul semua
suspek kes perlu didakwa

Perbicaraan kes pun berlangsung
ayahanda bonda jadi bingung
dalam rahimmu ada lima sample sperma
dua dikenalpasti yang misteri tiga
anakanda bukan bahan eksperimen
tapi berlaku hubungan badan
hubungan terlarang
malu dan segan bukan kepalang

Wang ringgit yang anakanda tabur
rupanya tak tentu sumber
kini satu Malaysia anakanda dipertutur
meniti bibir sudah kecur
tertuduh kes lepas sudah
tiada 'prima facie' nak sabit bersalah
keluarga kita sudah tersisih
bilakah malu akan pulih
anakanda rupanya hidup penuh durhaka
sungguh kami tak sangka

-AsSyramy
Pasir Mas,05 1638H Julai 2004

No comments: