Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Tuesday, February 22, 2005

Puisiku

Kaulah Suriku

Indah parasmu
mencuri hatiku
halus budimu
menawan jiwa
elok bahasa
memikat rasa

manis memori kita nikmati bersama
duka kenangan kita harungi jua
perit cabaran kita tempuhinya
kita bersama beraneka rasa

Kita kini tidak lagi berdua
cahayamata pengikat cinta
amanah tuhan tanggungan bersama
kasih sayang disiram dibaja
harta benda tidak dilupa
diagih dikongsi sama rata

Kaulah permaisuri
kaulah isteri
kaulah bonda putera-puteri
kaulah suri
penghias istana
dulu,kini dan selamanya.

-As Syramy
Pasir Mas,07 2317H Julai 2004


+++++===+++++




Aku Seorang Lelaki

Lelaki,
lebih kuat ,
lebih jauh fikirnya,
lebih panjang akalnya,
sembilan berbanding satu,



Lelaki,
tembok egonya sukar roboh,
usah digoncang,usah digoyah,
kelak runtuh menimpa diri.



Lelaki,
terhad nafsunya,
satu berbanding sembilan,
namun bukanlah lelaki ,
andai nafsunya tidak menginginkan semua jelitawan dan bidadari,
andai nafsunya tidak sampai ke mati.



Lelaki,
tidak memahami wanita,
ketahuilah jua wahai lelaki,wanita tidak memahami lelaki,
kontras inilah sunnah dunia,
selamanya.



Lelaki,
pikullah status dan jantina ini,
kekal bersamanya,
kekal bersamaku,
kerna..aku seorang lelaki.

-As Syramy
Pasir Mas,9 Jul 2004

No comments: