Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Saturday, February 05, 2005

Puisiku

Di bawah sinar rembulan

Sinar lembut itu menyapa wajahku di jendela,
kala kotak fikirku berlegar di kejauhan,
di ruang kosong mengintai-intai paras rupawan,
memanggil-manggil nama indahnya.

Sinar lembut itu bersama dingin bayu malam mengelus tubuhku ,
menyucuk-nyucuk,menggigit rakus jasadku,
menerobos ke sum-sum tulang,
menyentap tangkai jantung,
merobek sekeping hati,
tanpa simpati.

Di bawah sinar rembulan,dipuput dingin bayu,di kesamaran malam,
rinduku tak tersahut,semakin jauh,semakin sayup.


-As Syramy
Pasir Mas,13 April 2004


@@@@%%%%&&&&%%%%@@@@

Inginku bertanya,tapi...

Inginku bertanya sudahkah hatimu dimiliki?
Tapi aku malu kerna dikau merak kayangan dan aku gagak di rimba.

Inginku bertanya siapakah pemilik cinta dan rindumu?
Tapi bukan layaknya aku ajukan soalan itu.

Inginku bertanya bisakah aku menumpang kasih dan rindu?
Biarpun di suatu sudut terpencil dan terasing di hatimu,
tapi aku bimbang dikau lontarkan kasihku jauh di tandus padang pasir.

Inginku bertanya layakkah kupahat nama dan wajahmu di hatiku?
Tapi aku risau ia kan bersemi di sana dan cintaku lebur tiada berbalas.

-AsSyramy
Pasir Mas, 24 1245H April 2004


No comments: