Banners

About Me

My photo
Nama sebenar Wan Mohd Ashraf bin Wan Mohamed,lahir di Kg.Siram,Pasir Mas,Kelantan Darul Naim. Dari nama kampung kelahiran terwujudlah nama pena As-Syramy yang ringkasnya menjadi ramy.Ramy0722 pula gabungan dengan tarikh lahir 22.07.1969.Selain As Syramy,nama pena lain ialah Piut Tok Kerasak dan Abe Long.Pemegang ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam,Akademi Islam,Univ.Malaya(batch of 1989-1993).Pada Mei 1993 ditugaskan sebagai guru di SMK Jalan Apas,Tawau,Sabah(1993-1996) kemudian Julai 1996 dipindahkan ke Maktab Tentera DiRaja(MTD/RMC) hingga Jan.2001.Dari Jan.2001 hingga kini bertugas di SMK Rantau Panjang,Kelantan.Telah berkahwin dan mempunyai 2 putera dan 3 puteri.Terlalu muda dalam dunia penulisan atau sastera ini, genre yang diminati hanyalah puisi,minat menulis sejak dari sekolah menengah lagi. Bukanlah penulis ternama atau mapan.Terima kasih atas tunjuk ajar penulis mapan seperti pak Arisel,DrIr Wan,Nakhoda dan lain-lain di www.esastera.com/penyair. Juga terima kasih atas bimbingan sdr.Aminhad semasa di MTD dan Cikgu Moechtar Awang di SMKRP.

Friday, February 04, 2005

Puisiku

Ah..aku tertipu lagi

Di Vietnam,kujangka dapat menang,
dengan senjata tradisional takkan ke mana Vietkong,
lain jadinya,kusangka mudah dan senang,
perit dan sengit ditentang,diperang,
hampir bangkrap aku,
ramai yang mati,tak kurang yang hilang.

Di Afghanistan,kuburu Al-Qaeda dan Ben Laden,
di padang pasir,
di gunung-ganang,
di celah batu-batan,
Al-Qaeda kan berkubur,
Ben Laden kan kucekup,
kan kucari ke lubang cacing,
bertan-tan bom telah kuletup,

Al-Qaeda masih hidup,
Ben Laden lepas lari,
Pentagon dan Pusat Dagangan Dunia yang ranap,
senjata dah makan diri.

Aku Polis Dunia,
aku tetap hebat,
aku takkan kalah,
di Iraq kubertaruh lagi,
lawan enteng,lagi mudah,
kuhantar armada,kuhantar jet pejuang,
tak kurang tentera darat,
dalam seminggu Iraq kan kutawan,
Saddam kan kukerat,
meleset lagi ramalan,
perang dah lebih seminggu,
moral Saddam dah menang,
mesti menang tak boleh tunggu,
ya..Baghdad telah kutawan,
Saddam dan kuncunya bertempiaran,
Iraq kujanjikan demokrasi,
Saddam dan kuncunya satu-satu kutahan,

Ahlah wasahlan wamarhaban bikum,Selamat Datang,
dengan sorak-sorai kami disambut,
tak terasa bagai pendatang,
ku sangka panas hingga ke petang,
rupanya hujan di tengahari,
sungguh Syiah penuh "taqiyyah",
sungguh kulupa ini Bumi Parsi,
Lembah Tigris dan Euphrates,
di sinilah Tamaddun Mesopotamia,
mereka takkan menyerah mudah,
mereka kuasa terkemuka,
mereka bersatu menentang,
tiada Syiah atau Sunni,
mereka mahu merdeka,
sekali lagi kusalah hitung,salah terka.

Ah..aku tertipu lagi.

-As Syramy
Pasir Mas,15 April 2004


*****&&&&@@@@&&&&****

Laman orang

Orang-orang tua dah berpesan,

jangan diceroboh laman orang,
jangan diintai nak dara orang,
jangan dicuri harta orang,
jangan naik rumah orang tanpa diundang,
nanti kena belakang parang,
nanti kena pelangkung,
nanti disimbah air mendidih,
nanti disimbah cuka getah,
kan cedera berdarah,
kan melecur tubuh,
kan patah tulang.

Ha..tak dengar kata,
baru padan muka,
kan dah kena,
jangan harap orang kesian,
gelak ada,
hahaha.

-As Syramy
Pasir Mas,15 April 2004

1 comment:

ramy0722 said...

Puisi "Ah...Aku tertipu lagi" tersiar dalam Millenia Muslim, Jun 2004.
Puisi "Laman Orang" adalah sambungan kepada puisi "Ah... Aku tertipu lagi"